Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Looking Foward

bunkface aku minat vokal penyanyi kumpulan ini. power! faizal tahir baik-baik jgn sampai budak ni go solo! so far 3 track Situasi, Silly Lily dan terbaru Revolusi memang layan habis. Pengaruh punk rock Greenday, Sum 41 yang kental. amylea hopefully first album yang sudah diterbitkan akan bagi tuah buat gadis langkawi ini. Track Selepas Tiga dan Ku Temui ada potensi besar untuk meletup kalau radio push! plus dengan penyertaan beliau dalam OIAM 3 ni aku hope orang akan lebih appriciate bakat Amylea. Ape pun track Akan Tiba (Alif) untuk drama Rona Roni Makaroni sangat layan! yuna track deeper converstaion sangat sensual, aku suka. really looking foward to her debut. but yang kurang pasal yuna adalah originality. but masih relevan farhan aku agak tak sabar untuk debut Farhan. hopefully sound jazz yang menjadi pengaruh muziknya akan jadi tunggak kepada 1st album beliau nanti. so far 3 single yang ada tidak mengecewakan kecuali lagu ballad yang aku tak ingat tajuknya agak bosan. track kelma

KOMPLOT - Konflik Metropolis

Aku tengah layan lagu ni sekarang! blend music rock n roll, jazz dan funk buat aku rasa band ni lain sikit berbanding band indie yang ada. Track Nora Zain pon layan abes! yeah yeah..

Siti Nurhaliza - Lantera Timur

Album: Siti Nurhaliza – Lantera Merah Producer: Johari Teh, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Khairil Johari Johar, Zul Mahat, S.Atan, Fauzi Marzuki dan Pak Ngah. Verdict: 3/5 Dah lama rasanya kita tak dengar lagu-lagu tradisional di radio maybe sebab siti pun dah lama tak keluar album tradisional. Tak salah aku album ini sepatutnya keluar selepas Transkripsi, but maybe belum cukup material, album Hadiah Daripada Hati keluar dulu. Tak kisah mana-mana dulu, yang kita semua tahu every year siti akan keluar album, sama atau lain itu belakang kira sebab peminat masih mahu Siti yang begitu. Aku takkan ulas semua lagu yang ada hanya track2 yang aku fikir aku suka dan ada something. First track Di Kayangan Kita track ciptaan Johari Teh, ini hanya ada susunan melodi tradisional, kalau diubah jadi pop lagu ini akan jadi lagu pop lembik yang banyak kat radio, but I do like this track arrangement lagu ini menarik, flow disusun dengan cantik dan pasti

Nikki - Hawa

Album: Nikki - Hawa Executive Producer: Michael Ang / Vernon Kedit Verdict: 5/5 Nikki is back dan dia kembali dengan satu produk pop yang jauh meninggalkan muzik pop lapok yang berlambak dipasaran. Maharani (album pertama Nikki) menurut aku antara produk pop yang amat fresh dipasaran but malang skali tak banyak lagu dalam album tersebut diexpose selain Caramu. dan apa yang paling mengecewakan aku adalah album tersebut langsung tak mendapat tempat di AIM. so kita taulah yang AIM still mahu pop lapok yang berlambak dipasaran (rujuk - Siti Nurhaliza, Misha Omar). Hawa dimulakan dengan track CANTIK (Audi Mok / Amylea) yes lagu ini memang cantik, ada groove dan fresh. fast number yang ada mood Caramu. TAK PERLU (Audi Mok / Faizal Tahir / Rafidah Abdullah) pula pantas buat aku ingat melodi Umbrella Rihanna. Sekali lagi melodi Audi Mok jauh meninggalkan ramai komposer2 yang ada di Malaysia. mengingatkan aku pada karya - karya Stargate. SELAMAT TINGGAL (Pam Yuen / Imran) bermula dengat sangat

Music Influence Vol.1: Azlan Abu Hassan

Ada banyak benda yang special tentang melodi yang ditulis Azlan, ada yang berpendapat banyak lagu yang beliau buat terlalu cliche sekali dengar dah tau Azlan tapi bagi aku itu adalah signature seseorang composer macam jugak dengar babyface, dia buat lagu untuk siapa pun kadang kita boleh agak yang lagu tu babyface yang buat. so aku takde masalah sangat dengar benda yang cliche sebab apapun yang kita buat pasti berulang atas dasar suka dan kelebihan yang ada. melodi Azlan jarang buat aku rasa gagal untuk ulang dengar, but frankly aku betul-betul minat nak tahu dan ikut karya beliau sejak Selamanya - Innuendo . one of my all time fav track dari Azlan. dan lepas tu aku terus dengar beberapa track yang beliau bikin antarnya Ceria Kembali by Shawn Baharin , Ku Izinkan Kasih - Camelia etc. Dedebu Cinta - Misha Omar adalah antara track yang aku dengar sekali dan bosan. so kat sini beberapa track yang aku rasa benar-benar beri impact untuk aku dengar tanpa jemu: 1) SEKIAN LAMA melodi lagu

Butterfingers - Selamat Tinggal Dunia

Album: Butterfingers -Selamat Tinggal Dunia Producer: Butterfingers Verdict: 5/5 Ye agak lambat untuk review album ni. Bukan apa aku cuma rasa album baru mereka - Kembali tak sekuat album ni. Bagi aku bila kita beli cd tentu skali nak dapat kepuasan maksima muzik, lirik yang genius, susunan yang impresif, kualiti kulit album yang cantik dan paling penting berbaloi dengan harga yang dibayar. dan jarang aku dapat semua tu. tapi kali ini aku betul-betul puas dan kagum dengan hasil kerja loque dan rakan-rakan butterfingers. album ini amazing! dimulakan dengan track "NGILU" yang sangat sempoi dan seronok didengar. lagu begini pula dah jadi anthem butterfingers. track kedua betul-betul buat aku kagum! "DAULAT TUANKU" track ini mengambil durasi hampir sepluh minit dan bila habis sahaja lagu ini buat aku rasa nak tepuk tangan. sangat experimental dan lain daripada apa yang kita selalu dengar di radio. track macam inilah perlu selalu dj radio kita pasang selalu untuk mendi