Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

OH MY GERAMNYA-KU...

Sebelum melangkah ke dalam Concorde Hotel last week untuk pc AIM dalam otak aku ada beberapa album yang aku harap akan menominasi AIM kali ini dan judul-judul album yang aku harap dan jangkakan adalah: 1) NIKKI - HAWA 2) YASIN - ARUS QUDUS 3) BUTTERFINGERS - KEMBALI 4) HUJAN - self titled 5) AMYLEA - SELEPAS 3 6) ESTRELLA - self titled As usual it happen again dan AIM tak kan pernah berubah. dalam 5 judul di atas hanya Hujan dan Butterfingers sahaja yang betul-betul dapat nominasi yang aku harapkan. Buat aku ingat last year, betapa aku mengharap album Sangkar - Atilia akan doing well in the award namun hanya sangkut untuk kategori Video Klip sahaja. Frankly speaking aku memang mengharap this year album Hawa - Nikki akan dapat kuasai nominasi teratas especially untuk Vokal,Album Pop, Lagu Pop (Selamat Tinggal - what a beautiful ballad), Rakaman Album dan pastinya untuk kategori Album Terbaik. Manakala untuk Yasin aku harapkan dapat nominasi album Pop Etnik dan Vokal Lelaki serta Vokal D

dayang live

Album: Dayang Live Producer: Jenny Chin Verdict: 3.5/5 Aku tak berpeluang ke showcase Dayang ini but finally selepas berbulan-bulan ditunggu album live dayang ini menjengah pasaran. 13 track dirakam secara live di Planet Hollywood KL dan dirakam kemas oleh Alvin Koh & Jim Teh tanpa sound2 yang weird atau mungkin full of noise yang macam anda rakam melalui phone camera / mp3. Aku suka cover album ni, classic macam 80`s punya stail live album. Kepuasan dalam mendengar vocal dayang adalah perkara utama mengapa album ini dinanti dan dayang tidak gagal, bagi aku disetiap track apa yang aku harapkan diberi dengan sepenuhnya. but to be frank aku sangat teruja mendengar nyanyian live nya dalam 4 track iaitu I BELIEVE I CAN FLY (R.Kelly) medley INGIN KUMILIKI / DAYANG SAYANG KAMU dan sudah pasti my all time favourite CALLIN YOU (Outlandish dengar nangis ok!) dan semestinya SEANDAINYA MASIH ADA CINTA. keseluruhan susunan muzik dalam lagu-lagu yang ada digubah semula dengan nuansa yang agak j

Vidi Aldiano - Pelangi Di Malam Hari

Album: Vidi Aldiano - Pelangi Di Malam Hari Producer: Lala Hamid -Andi Rianto, Erwin Gutawa, Tohpati Verdict: 3/5 Vidi Aldiano dikatakan antara yang bakal menjadi terhip pada java jazz yang akan datang. artikel yang aku baca dalam laman web kompas beria-ia menyatkan Vidi adalah saingan kental Afgan. So tanpa buang banyak masa yang sememangnya tengah banyak ni aku terus cari dan download lagu daripada 1st debut Vidi. NUANSA BENING merupakan single pertama album ini, masuk je intro aku dah dgr sound kental rnb mamat ni, layan habis, buat aku teringat track2 dari Craig David. korus lagu ni sangat haunting!. CINTA JANGAN KAU PERGI cover version daripada jazz singer milik Malaysia Sheila Majid, tak banyak yang berbeza dengan original version, arrangement asal dikekalkan dan hanya sedikit suntikan string dihujung. CEMBURU MENGURAS HATI, KUNANTI CANDAMU dan KISAH KITA pula antara track mellow yang boleh bikin hits diradio, aku tak berapa bekenan sangat dengan melodi begini, terlalu perlahan.