Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Music Issue Vol.1

Fenomena pemuzik Indonesia memiliki album sendiri bukan baru, nama-nama seperti Dewiq, Tohpati, Yovie Widianto antara yang berada dibaris atas. Apa yang aku lihat daripada konsep ini adalah meletakkan musician sebagai tonggak utama sesebuah album berbanding penyanyi. Pemikiran seperti ini yang belum aku lihat dalam masyarakat Malaysia. Apa yang dilakukan oleh ketiga2 musician Indonesia adalah apa yang kita harus lakukan. So disini peminat muzik tempatan akan lebih bijak menghargai komposer tempatan. Jika dilihat sejarah pembikinan album di Malaysia, Roslan Aziz punya effort yang sama dalam mengenengahkan nama dan bakatnya dalam album R.A.P 95 (even bukan semua ciptaan beliau). Ajai pun pernah keluar dengan kompilasi beliau, namun sekadar lagu-lagu re-cycle daripada album artis yang menyanyikan lagu beliau, serta album sountrack Kayangan. Fenomena ini buat aku berfikir beberapa nama-nama hebat antaranya Mohram instead of buat instrumental album dan tak ada orang beli, bukankah lagi b

Potret - Positive+POSITIVE (2003)

Potret - Positive+POSITIVE Produced by: Potret Verdict: 5/5 Album baru potret - I Just Wanna Say I.L.U antara album yang aku tengah layan sekarang few track dalam album tersebut betul-betul buat aku fikir melly dan anto adalah genius muzik di Indonesia. Namun bila aku belek semula album-album lama Potret hati aku kembali berkata positive+POSITIVE adalah ultimate kepada karya-karya hebat melly. Muzik dan susunan muzik mereka invatif dan jauh kehadapan berbanding band-band indo yang berada dipasaran. Seharusnya Potret jadi paksi kepada band-band indo yang ada sekarang untuk bagaimana sesebuah karya itu 'lain' dan 'tersendiri' Album ini dibuka dengan track Ketika Cinta Itu Hilang , apa yang menarik tentang lagu ini selain melodi yang cool, adalah lirik selamba melly "sedikit demi sedikit rasa cinta hilang juga, melihat raut wajahmu seperti melihat sampah busuk.." brilliant! Melly bijak mengadun-kan muzik, melodi dan liriknya menjadi se-berani dan se-istimewa in