Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

#Review Retorik Seni Muzikal Monoloque

Saya mula mendengar Butterfingers lambat sebetulnya. Muzik mereka hanya mampu saya hadam dan faham semasa Selamat Tinggal Dunia diedarkan. Dan hanya selepas itu saya perlahan-lahan belajar mendengar Transcendence juga Malayneum (Transcendence all time fav saya) untuk lebih memahami corak muzik mereka. Biar tidak faham pada awalnya (sebelum Selamat Tinggal Dunia) saya tidak menafikan mereka antara genius muzik lokal yang kita ada. Eksperimental dalam Selamat Tinggal Dunia antara album paling hebat yang pernah dihasilkan dalam Bahasa Melayu – sehebat Gamal (Zainal Abidin) Sheila Majid (Ratu) KRU (Oh La! La!) Selepas itu, saya mendengar Loque dalam satu gig menyanyikan lagu Cinta dan ya saya jatuh cinta. Lagu Cinta turut dimuatkan dalam album Hikayat Halimunan Abad ke-21 – Jejak Tanah yang sekali lagi membuka mata saya betapa kreatifnya Loque dalam memanipulasi melodi nusantara dengan apa jua influence barat yang ada dalam dirinya. I mean, dengar saja kolaborasi maha hebat

#Review Angin Kencang - Kedewasaan Muzik Noh Salleh

Album studio perdana yang diedarkan pada tahun 2014, Angin Kencang membuka satu haluan baru arus muzik perdana. Noh Salleh yang asal bergerak sebagai penyanyi hip-hop kemudian menjadi indie rock star sekali lagi beralih pada satu genre yang lebih dewasa dan ‘berat’. Saya tidak pasti jika ada pemuzik muda yang begitu berani selain Noh dalam menghasilkan sebuah album yang seberat ini. Jika di negara seberang pasaran muzik begini bukan sesuatu yang baru. Nama seperti Sore, Payung Teduh, Pandai Besi, White Shoes, Float atau Mondo Gascaro bukan nama asing dalam legasi muzik sebegini. Feel jazz dan psychedelic pop dalam Angin Kencang cukup tebal dan saya kira album tersebut masih antara album terbaik dan paling yang pernah diterbitkan pada tahun 2014. Selepas itu, Noh diam tanpa sebarang rilis baru namun nyata diamnya bukan diam kosong. Awal Ogos lalu Angin Kencang dilancarkan semula dengan kejutan 3 lagu baru yang saya sifatkan sebagai maha dahsyat. Tiga lagu tersebut adalah

#MERDEKA60 “POPTRIOTIK” Cara Kita

Standing In The Eyes of The World yang ditulis Wah Idris bersama vokalis kugiran asal Amerika Syarikat, David Gates daripada kumpulan Bread mencipta satu impak sempurna dan ikonik Sukan Komanwel 1998. Ella dilihat sebagai pelantun paling sempurna mengalunkan melodi yang cukup hebat tersebut. Selepas itu, kita masih berkira-kira dalam menghasilkan pop patriotik (saya sebut sebagai Poptriotik) untuk diketengahkan. Sama ada kita tidak punya material yang bagus untuk diketengahkan atau kurangnya minat terhadap lagu-lagu begini. David Gates turut merakam lagu ini dalam versinya selain remake sempurna V.E bersama Ella, Too Phat, Ruffedge dan Sazzy. Susunan muzik diubah dengan feel gospel blues dan hip-hop dimasukkan unsur koir yang cukup harmoni. APA YANG PERLU ADA DALAM SEBUAH ‘POPTRIOTIK’? Bercerita tentang melodi Poptriotik, apa yang penting adalah penulisan lirik yang positif selain pemilihan melodi yang kuat daripada segi susunan muzik. Rujukan paling mudah adalah gos

20 Tahun Innuendo – Warisan Legasi R&B Yang Tertinggal

  Ketika Belaian Jiwa pertama diperkenalka pada halwa massa sekitar 1998, saya baru menginjak masuk usia 13 tahun. Kiranya baru nak masuk form 1 dan sejujurnya saya tidak kenal apa itu muzik R&B kecuali mendengar beberapa lagu daripada Boyz II Men atau Mariah Carey (itupun kerana lagu mereka popular di radio). Jadi dengan kemunculan Innuendo sebetulnya buat saya makin dekat dengan genre muzik ini. Selepas itu barulah saya kembali mengorek balik kewujudan muzik R&B tempatan dengan bahan bacaan (esp. daripada Saniboey Ismail) dan mendengar kembali semua album-album awal Sheila Majid, Ning dan Fairuz Hussein. Innuendo cukup istimewa bagi saya. Selepas pasca Awie dan KRU (saya fans berat dua nama ini ketika di sekolah rendah) saya kira kita semua diperkenalkan dengan R&B berat oleh Positive Tone (yang dikemudi genius berkelulusan Berkely, Ahmad Izham Omar) Menerusi Positive Tone juga saya mengenal Liza Aziz yang maha hebat vocal dan feel dalam nyanyiannya. Album

#RetrospektifMuzik Sharizan – Hadir (1996) Persembahan Pop Yang Terpinggir

Tahun 1996 nama Sahrizan terbit dalam sinar Siti Nurhaliza yang cukup membangkit satu fenomena yang luar biasa menerusi hits Jerat Percintaan. Nama Sharizan diangkat sebagai pemenang Artis Baru Lelaki Terbaik AIM menewaskan Joe, Mel, Elji dan Dr. Wan Zawawi (I have lost memory about this four). Bersama-sama Siti Nurhaliza mereka berdua pulang megah trofi Artis Baru Terbaik ketika itu. Album diberi judul Hadir menghasilkan dua single yang cukup dominan bagi kerjaya Sharizan iaitu I Am No King (Helen Yap) dan Aku Masih Sayang (Georgie Leiwakbessy). Lama sebetulnya saya mencari album ini, maklumlah ketika album ini diedarkan saya baru berusia 11 tahun dan for sure memang takkan mampu membeli sebuah CD ketika itu. Jadi dengan saluran radio dan televisyen yang ada sahajalah cara saya untuk dengar dan enjoy I Am No King yang saya sangat hafal ketika itu melodinya. Album ini bukan album Pop biasa. Mengapa saya berkata begitu? Lihat sahaja senarai produsernya – Mus Mujiono,