Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

#Karya Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan

#Review “Peace Love Rindu” – Persembahan Maha Dahsyat 3 Dekad Seorang Diva Rock!

Penghujung 2016 dan 2017 tahun yang cukup seronok untuk saya sebagai pengikut tegar muzik lokal. Nama-nama besar seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Kopratasa, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Sheila Majid, Atilia, Monoloque, Noh Salleh masing-masing menghasilkan album penuh yang cukup solid sekali. Hal ini penting dan sihat untuk perkembangan muzik tempatan. Album penuh masih penting kerana album adalah portfolio seseorang penyanyi – baik secara fizikal mahupun digital. Sense of belonging pada pembeli lebih tinggi dan dirasai berbanding single yang akan dilupakan. Dan apa yang lebih menggembirakan saya apabila mengetahui Ella akhirnya muncul dengan album penuh setelah 10 tahun selepas produksi Rama-Rama. Bermula dengan single Istimewah yang diedarkan 2 tahun lalu ciptaan Sam Bunkface sehingga single terbaru Ku Sedia (Faizal Tahir / Omar K / Ezra Kong) Ella pakejkan dalam sebuah album yang cukup hebat berjudul Peace Love Rindu. Album ini dibuka sempurna lagu ciptaan

#PerspektifMuzik Muzik Sekarang Mundur! - Bunkface

Saya tertarik dengan statement Bunkface dalam artikel Astro Gempak tentang fenomena banyak lagu popular hari ini mundur dan ke belakang. Biar awalnya saya kira fenomena anak muda dengan idea lama ini okey tetapi nampaknya lambakan muzik begini semakin memualkan. Dan saya kira itulah yang dimaksudkan Bunkface – apabila terlalu banyak menggunakan formula serupa sebagai batu loncatan untuk popular maka tiada lagi perubahan atau peralihan dalam muzik. Dalam kata lain kita stagnant denga idea serupa. Tapi saya kira itu realiti dunia muzik kita. Akar balada, jiwang, leleh, lentok, lunyai itulah jiwa kita. Pasaran muzik rock satu sisi cerita berbeza. Golongan ini saya kira tidak mementingkan lagi airplay kerana apa yang lebih penting adalah untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang kena dengan jiwa mereka. Jika menoleh kepada perkembangan band indie pula tidak banya yang betul-betul menarik perhatian saya. SOG antara yang dominan but they don’t grip my soul . Idea mereka terlalu

#PerspektifMuzik Let Us Be Honest About AF Megastar!

Sebetulnya saya tidak mahu terlalu mengambil serius tentang AF Megastar ini kerana akhirnya ia hanya menjual idea hiburan hujung minggu yang silih berganti. Tetapi saya terus terang pada masa yang sama saya tidak boleh pandang ringan pada AF kerana suka atau tidak ia akan menjadi bahan bual dan saya percaya daripada bahan bual ramai ia akan jadi satu sub budaya dalam showbiz tempatan. Saya sejujurnya juga kurang berminat pabila melihat 24 calon finalis tanpa Kaer, Vince, Farah dan Farhan but again saya kira sebagai manusia mereka berempat evolve dan matang atau mungkin semakin realistik. AF bukan lagi platform yang baik untuk meneruskan kelangsungan minat dalam nyanyian. Jadi Kaer semakin selesa sebagai pereka, Farhan dan Farah semakin bahagia sebagai isteri juga ibu. And yes, that’s how human evolve in life – bukan melepaskan minat dan bakat but more clear dengan tujuan hidup sebab minat doesn’t pay your bills . So, I am okay mereka tidak memilih untuk masuk AF Mega

#Review Atilia No.3 – “My Future Kids, This Album Is Made Out of Pure Love… It’s For You.”

Ketika Atilia mucul dengan Sangkar 10 tahun lalu, dia benar-benar membuka mata saya akan bakat seni muzik yang ada padanya. Dengan khidmat Roslan Aziz, Atilia bergerak melawan arus Pop semasa ketika itu yang banyak dimonopoli Audi Mok (Dayang, Ferhad, Liza Hanim, Nikki, Zahid, Ning). Sangkar membawa pendengar jauh kepada idea muzikal yang bermain dengan odd melody yang saya kira sukar dihadam pendengar semasa. Namun itu adalah antara album terbaik yang dihasilkan pada tahun 2007. Even tidak tersenarai dalam top 5 Album Pop Terbaik AIM, saya kira Sangkar masih menjadi penting dalam sejarah muzik tempatan. Selepas itu Atilia pada tahun 2010, Atilia muncul dengan Indah yang membuat saya sangat teruja kerana Sangkar terlalu bagus penghasilannya. Namun saya kecam teruk album ini kerana saya kurang faham arah Atilia ketika itu (Boleh baca di sini https://muzikkitamy.blogspot.my/2010/08/atilia-indah.html ). Transisi Pop Indo dalam lagu-lagu seperti Indah, Harus Bagaimana dan

#Review Isyana Sarasvati – Paradox: Nuansa Pop Moden Yang Menyenangkan

Saat awal saya mendengar Isyana pada single Keep Being You dengan feel R&B Mariah Carey yang kuat saya kira Isyana hanya sosok bakat baru yang biasa-biasa sahaja sehinggalah balada Tetap Dalam Jiwa menyusul sebagai single. Dan saat ini I have second thought pada bakat ini, Isyana bakal bersinar bisik hati saya. Dan ya, nyata dia bersinar dengan cemerlang menerusi album debut Explore sehinggakan memanjat carta lagu-lagu popular di Malaysia hanya dengan single Tetap Dalam Jiwa itu sehingga menerbangkan Isyana ke pentas Anugerah Bintang Popular Malaysia 2016. Tanpa membuang banyak masa Isyana terus bersinar dengan single Anganku Anganmu (duet Raisa) dan Sekali Lagi (OST Critical Eleven) yang terlebih awal diperdengarkan sebelum Paradox menyusul sebagai album penuh yang saya sifatkan cukup solid dalam mentafsir arah muzik Isyana. Album ini masih berlegar idea Explore tetapi di-enhace dengan kualiti muzik, rakaman dan persembahan matang Isyana sebagai penyanyi. Lagu-lagu