Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

#PerspektifMuzik Menelusuri 3 Dekad Susur Galur Perkembangan Muzik R&B Tempatan

Meneliti pasaran muzik lokal dalam genre Pop dan R&B, pengaruh muzik R&B kita banyak dipengaruhi mod muzik Indonesia. Rencah melodi masih disulam dengan feel Melayu. Citarasa lokal yang tidak pernah akan lekang biar setebal mana nuansa R&B yang cuba diketengahkan mana-mana penyanyi tempatan sekali pun. Muzik R&B tempatan sebetulnya digerakkan lebih luas ketika era 80-an di mana produser-produser muzik seperti Michael Verrapan, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan, Johan Nawawi, Susan Goh, Fauzi Marzuki dan Adnan Abu Hassan menggerakkan muzik ini. Penyanyi seperti Famieza menerusi album Getaran telah mecipta satu nuansa R&B yang cukup baik sekali. Selain Francisca Peters yang hadir dengan debut Komputer Muzik (1984) produksi kemas Michael Veerrapan. Lagu-lagu dalam Komputer Muzik seperti Dia, Malam Sunyi, Keyakinan Diri dan Oh Cahaya memiliki chord muzik yang banyak dipengaruhi Lionel Richie, Phillip bailey dan Stevie Wonder ketika itu.  Begitu juga Fairuz

#RoadToAJL32 Daftar Lengkap 30 Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 32

Debaran makin dirasai, pentas semi final Muzik-Muzik 32 bakal menyaksikan 30 buah lagu bertanding bagi merebut gelaran Juara Lagu yang seterusnya selepas Lelaki Teragung tahun ini. Berikut 30 lagu yang layak bertanding. Bold pilihan Muzik Kita tapisan pertama. Full review menyusul dalam minggu ini. 29 Oktober 2017 Aishah – Projektor Band Akhirnya Cinta - Salma Bukan Propaganda – Mawi   Sejati – Faizal Tahir Bayang – Khai Bahar Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Tajul & Wany Hasrita Mati – Ayda Jbat Amboi – Altimet Aku Yang Sebenar – Hazam a Segalanya – Haqiem Rusli 5 November 2017 Jangan Pernah Berdusta - Haiza & Aepul Aku Sanggup – Sufi Rempuh – Tomok & Black Jangan Menangis – Aizat Harus Aku – Sufian Zalikha – Floor 88 Warkah Untukku – Ara Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah Permata Cinta – Aiman Tino Terus Mencintai – Siti Nordiana 12 November 2017 Aku Cinta – Ernie Zakri & Syamel Sedalam-Dalam Rindu – Taju

#BetariSeni Liza Hanim

Maaf jika saya bias.  Liza Hanim adalah  favorite vocalist  saya melebihi mana-mana pun penyanyi yang pernah dicipta di Malaysia. Dia punya  feel, clarity  dan  projection  hebat dalam penyampaian yang tiada tandingan. Saya akan sentiasa terbuai mendengar dendangannya dalam mana-mana trak sekalipun.  Gelisah Mimpi, Andainya Aku Bersuara, Ku Idamkan Rindu, Merawat Luka Terpendam, Getaran Cinta Di Jiwa sehinggalah magis yang dicipta ketika di pentas P.Ramlee The Musical sebagai Saloma.  You are the best Saloma . Saya boleh tonton anda pada bila-bila masa di YouTube. Kata saya padanya.  P.Ramlee The Musical merupakan satu fasa yang memberi impak berbeza sepanjang karier saya sebagai penghibur.  "Saya tak pernah bayangkan untuk terlibat dalam produksi teater muzikal sebesar itu tapi Alhamdulillah peluang itu datang pada masa yang betul di saat saya memerlukan sesuatu yang baru untuk dicuba.” Sama seperti Dayang Nurfaizah bakat ini dicungkil daripada pertandingan nyanyi

#Review Freestyler Blues Cara Jason Ranti Menerusi “Akibat Pergaulan Blues”

Blues dan Folk bergerak atas satu garisan spiritual juga speak of mind sang pengkarya. Bait melodi sebetulnya diinspirasi daripada cerita yang ditulis dalam teks patah lirik yang ditulis. Jadi untuk enjoy Folk dan Blues anda perlu senang untuk diasosiasikan dengan cerita sang pencerita. Sejak Blues Gang dan Ramli Sarip juga M.Nasir – Malaysia sebenarnya semakin kurang pelapis muzik begini. Jika ada pun saya kira terlalu pretentious (sebut Fynn Jamal) untuk mejual kata-kata yang sekadar sedap dalam provokasi yang mehh… Dan berbalik pada ilham mengkomersilkan lagu-lagu begini agar lebih senang diterima masyarakat kumpulan Jamrud menerusi Surti  Tejo (2000) telah mencipta satu revolusi muzik melanggar tabu masyarakat yang ‘takut’ dengan isu seks dalam karya muzik. Namun setuju atau tidak Jamrud juga dilihat sebagai penggerak idea begini baik di Indonesia mahupun Malaysia yang sehingga hari ini masih lagi dilihat sebagai naskhah evergreen. Akhiran ini saya banyak mengara

#RetrospektifMuzik 10 Album Ini Berusia Sedekad Tahun Ini Dan Masih Menjadi Antara Produksi Pop Terbaik Tempatan

Tidak salah jika saya katakan di sini 2007 adalah tahun Faizal Tahir. Selepas tamatnya program One In A Million namanya mula memanjat carta muzik semasa tanpa mengambil masa yang panjang. Semuanya bermula single Mahakarya Cinta dan selepas itu satu per satu sejarah dicipta. Debut Faizal berjudul Aku.Muzik.Kamu tampil dengan beberapa single evergreen seperti Sampai Syurga, Coba dan Gemuruh yang sehingga hari ini masih menjadi antara naskhah penting perjalanan karier Faizal juga penerbitnya ketika itu Audi Mok dan Aubrey Suwito. Dan sebenarnya tidak salah juga jika saya katakan 2007 adalah tahun cemerlang dan laku keras untuk komposer Audi Mok. Selain terlibat dengan penerbitan album FT dia juga antara yang mengemudi album Liza Hanim (Imagin), Dayang Nurfaizah (2007), Farah Asyikin, Kaer (Menjelma) dan Siti Nurhaliza dengan single Ku Mahu daripada album Hadiah Daripada Hati. Berbicara tentang 10 tahun lalu, muzik Malaysia sebetulnya tidak terlalu banyak berubah. Aud

#Review Andien (Metamorfosa) Jaluran Kisah Hidup Nan Bahagia Yang Diindahkan Dalam Melodi Paling Puitis

Terbukanya pendengar muzik Indonesia satu spirit yang sangat saya kagumi. Pasaran muzik mereka cukup luas dan tidak terikat pada satu genre untuk diterima pasaran semasa. Semua genre punya peluang untuk sama popular dan sama dikenali. Tidak kiralah sama ada Dangdut Syahrini sehingga jiwang Wali Band dan Pop Tulus juga Afgan urban Rinni Wulandri juga Teza Sumandra dan corak indie Payung Teduh – semua diterima cukup terbuka dan diraikan tanpa prejudis. Masyarakat di sana meraikan muzik dengan cukup adil sekali dan hal-hal ini membuatkan penyanyi seperti Andien yang sudah bertahan di persada muzik tempatan sehingga 17 tahun lamanya since album perdanya Bisikan Hati yang mula diedarkan pada tahun 2000. Muzik Jazz dan Pop yang moden diadunkan dalam kesemua album Andien jika dilakukan oleh penyanyi Malaysia pasti dipandang sepi. Dan disebabkan itu jugalah muzik kita stagnant tidak seperti Indonesia meraikan pemuzik mereka. Metamorfosa sebuah cenderahati terkini Andien bu

#GegarVaganza Tentang Aishah Dan Mengapa Line-Up Gegar Vaganza 2017 Adalah Yang Terbaik Sepanjang 4 Musim Penganjurannya.

Debaran dan teka-teki siapa yang bakal disenarai pendek bagi musim keempat Gegar Vaganza diumumkan semalam (10 Oktober) dengan beberapa kejutan yang admin sendiri terkejut. Liza Hanim menjadi calon harapan admin kali ini tersenarai dalam 12 peserta yang bakal bertanding 29 Oktober nanti. Gegar Vaganza landasan yang sangat baik sebenarnya untuk artis-artis senior ini menyerlahkan kembali segala kudrat akan bakat serta kebolehan membuat persembahan pentas secara profesional. Ayai, Siti Nordiana dan Azharina telah membuktika ini medan terbaik untuk mereka kembali dihargai akan bakat serta kebolehan yang ada. Pada masa yang sama ini pentas yang cukup baik untuk mereka membuktikan bahawa mereka penyanyi yang bagus dan perlu mendapat tempat yang betul di lapangan seni muzik tempatan. Lihat sahaja bagaimana Siti Nordiana membesarkan skala kebolehan muzik dan nyanyiannya. Berbanding Siti Nordiana yang kita kenal beberapa tahun dahulu, Nana hari ini polish sebagai penyanyi Pop ya