Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

#REVIEW Orkes A. Hizadin – Politik Impian, Cita-Cinta, Rezeki & Korupsi Dalam Persembahan Muzik Paling Telus Sepanjang Tahun

Pertama kali saya mendengar Orkes A. Hizadin ketika mengemudi meja local content di JOOX tahun lalu. Saya bisik pada diri sendiri, kalau tak ada radio yang nak main lagu Kejayaan dan buat mereka jadi nombor satu, biar saya yang buat! Jadi ceritanya dengan segala kuasa yang saya ada sebagai editor pengisian lokal ketika itu, saya naikkan banner dalam aplikasi, blast dekat WeChat dan saya masukkan Kejayaan dalam top 20 carta Hits Tempatan dan Hits Terbaru (Thank me later 😉 ) Saya juga sempat tulis artikel buat kugiran ini dalam aplikasi tersebut. Namun jodoh saya di JOOX tak lama dan saya tak mampu lagi mengekalkan Kejayaan dalam carta top 20. Ceritanya bukan apa, saya terlalu seronok melihat anak muda seperti Amiruddin Hizadin dan rakan-rakan pemuziknya yang dikemudi AG Coco menghasilkan sesuatu yang buat saya senyum mendengar lagu berjudul Kejayaan ini. Kenapa saya senyum? Let me ask you something, siapa yang boleh tulis lirik dengan segala nilai kemanusiaan, human

#PerspektifMuzik Dipha Barus – Joki Cakram Paling Hangat Dari Kota Jakarta

Kitaran muzik Indonesia tidak pernah membosankan saya. Sebagai seorang yang membesar dengan mendengar Harvey Malaihollo, Katon Bagaskara, ME, AB3, Ruth Sahanaya sehingga munculnya Krisdayanti, Maliq n D’Essentials dan era kugiran Dewa 19, SO7 dan Padi – saya kira piramid muzik Indonesia sentiasa memberi keterujaan bagi saya. Tahun ini tahun besar untuk joki cakram (DJ) paling hangat Jakarta mencipta nama dalam skala yang cukup besar sekali. Nama Dipha Barus hari ini menjadi dambaan semua penyanyi yang mahu berkolaborasi bersamanya. Rakaman semula lagu saduran Aku Wanita oleh Bunga Citra Lestari antara yang paling popular tahun ini. Kolaborasi ini antara yang begitu menjadi sekali selain all-time favorite saya tahun ini Made In Jakarta kolaborasi Dipha bersama Adrian Khalif yang penuh groove namun masih terasa esen muzik Indonesianya. Saya mula mendengar nama Dipha ketika kolaborasinya bersama Andien dalam lagu Rindu Ini yang dimuatkan dalam album rakaman semula Let It

#RetrospektifMuzik 20 Tahun Layar Lara: Penyatuan Estetika Seni Muzik & Filem

Filem Selubung (1992) arahan Shuhaimi Baba dengan lagu tema Suara Binasa dendangan Hattan menjadi antara all time fav soundtrack saya. Lagu tersebut benar-benar menggambarkan ilham keseluruhan di balik filem tersebut. Dan tidak salah jika saya katakan hampir kesemua filem-filem awal arahan Shuhaimi Baba antara yang memiliki esen runut bunyi yang cukup tepat menggambarkan jalinan cerita yang ditulis ke layar lebar. Contoh lain yang cukup tetap adalah lagu Indah Kassorga dalam dua versi Hattan dan Susan Lankester – benar-benar beri mood yang cukup baik untuk filem Ringgit Kassorga. Estetika seni muzik dan filem yang disatukan dengan tepat sekali. Dalam entri kali ini saya ingin membawa nostalgia kita dalam runut bunyi Layar Lara yang diterbitkan Maman (Teachers Pet) pada tahun 1997. Sepertimana solidnya filem tersebut sebagai naskhah layar lebar yang terbaik sehingga hari ini, saya kira begitu juga dengan runut bunyinya. Album ini saya kira diterbitkan dengan segala

#PerspektifMuzik Menyelongkar Ilham Indie – Pasaran Muzik Inggeris, Cross Over Market & Cerita Kebangkitan Sub-Genre

Bercerita tentang kebangkitan muzik indie yang banyak digerakkan Positive Tone di pertengahan 90-an sehingga era millennium – muzik Malaysia bergerak atas landasan revolusi secara total dalam skala yang cukup besar. Saat kemunculan nama-nama seperti Butterfingers, Too Phat, O@G, Jason Lo, Pete Teo, Juliet The Orange, Deanna Yusuf dan lain-lain memberi warna dalam pasaran muzik tempatan yang ketika itu agak stuck dengan kitaran ilham muzik Saari Amri, Adnan Abu Hassan dan rock-rock ala Search, Wings dan XPDC. Hal ini memberi lebih ruang untuk artis yang bergerak secara sendiri mendapat saluran tepat memperkenalkan bakat mereka ke peringkat lebih komersil dan seterusnya dikenali untuk mendapat radio airplay, pendedahan media cetak juga elektronik. Tidak sekadar itu, karya-karya artis alternatif ini juga mendominasi sebahagian pencalonan besar Anugerah Industri Muzik terutama bagi kategori teknikal seperti rakaman album, kulit album, susunan muzik, muzik video dan lain-lain

#REVIEW Kopratasa (Aku Ingin Kembali) Persembahan Puisi Yang Dipandang Sepi

Saya tidak pasti berapa ramai yang sedar akan kehadiran album Folk Pop daripada kumpulan legenda folk tempatan, Kopratasa. Aku Ingin Kembali mula beredar pada awal tahun sekitar bulan April yang lalu di semua platform digital. Aku Ingin Kembali merupakan album penuh Koratasa setelah yang terakhir Mulia yang diedarkan FMC sekitar tahun 2003. Namun kugiran ini tidak pernah senyap sebetulnya. Tahun lalu mereka mengeluarkan EP lima lagu berjudul Mathnawi – Rumi yang cukup deep penghasilannya. Saya akui pada tahap ini kebijaksanaan pendengar kita akan benar-benar teruji dengan teori muzik Kopratasa. Mathnawi – Rumi bukan naskhah komersil yang mudah dihadam. Akan tetapi kalau anda pendengar yang bijak ad acara yang tepat untuk menghadam segala isi cerita muzik dan falsafah kugiran senior ini. Sepertimana kugiran-kugiran folk nusantara yang lainnya, Kopratasa juga bergerak atas landasan Folk yang asas. Penulisan lirik menjadi kekuatan muzik ini dan satu cara paling baik

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.