Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

#RetrospektifMuzik 15 Tahun Fuuyo! Sebagai Album Urban Pop Paling Tastefully Produced

Pasaran sukar muzik urban ketika era 90-an sehingga hari ini sedikit sebanyak membuktikan sempitnya penerimaan pendengar massa yang tidak begitu memandang muzik ini sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan. Berbanding di era 80-an saya kira muzik kita lebih beragam dan menerima terbuka pasaran muzik yang keluar kepompong pasaran Balada bunuh diri. Nama seperti Sheila Majid, Freedom, Fairuz Hussein dan Mazlan Hamzah diterima baik bukan sahaja pasaran tempatan malah nusantara. Pasaran Pop R&B semakin kecil ketika pertengahan 90-an yang dimonopoli kugiran Pop seperti Spring, Slam dan Ukays serta bakat solo seperti Ramlah, Ziana, Haida, Safura dan lain-lain. Tetapi apa yang baiknya radio masih memutar lagu-lagu Sheila Majid, Zainal Abidin contohnya. Berbanding hari ini yang 90 peratus daripada apa yang kita dengar adalah benda serupa. Afdlin Shauki memulakan karier nyanyiannya bersama Roslan Aziz Production (R.A.P) dengan single Sampai Bila yang dimuatkan dalam album R.

#Perspektif Muzik MenJampi Separuh Lagu Yang Sejati & Yang Akan Terus Tergantung Sepi AJL32

Tinggal hanya beberapa hari kita akan merayakan sebuah pesta muzik yang paling dinanti saban tahun. Di saat AIM semakin sepi – sebut saja tidak lagi relevan. I mean Poova Artis Baru Terbaik mengalahkan SonaOne? Mana dia sekarang dan SonaOne bersama Joe Flizzow menang Juara Lagu, duet dengan Yuna etc etc. Relevan, itu apa yang cuba saya sampaikan. AIM selepas fasa Ramli MS dan Jennifer Thompson jadi makin krikk krikk. Dan saya pusing tengok, baca dan perhati semula sejarah Juara Lagu nampaknya juara-juara pesta muzik ini lebih menepati terma Lagu Terbaik. Lagu yang bagus bagi saya harus seimbang segala bentuk. Bukan sahaja keaslian penciptaan melodi yang sedap, lirik yang puitis dan penyampaian yang baik tetapi kena popular. Kenapa kena popular? Kerana hanya yang terbaik dan popular sahaja akan mengecap level Evergreen . Dan disebabkan itu Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku, Isabella, Janji Manismu, Teratai Layu di Tasik Madu, Tanya Sam Itu Hud-Hud, Jerat Percintaan, Bunga-