Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

#Review Pop Satu Dekad Afgan!

Ketika awal dia muncul mencuri perhatian dengan single Terima Kasih Cinta (Mario Ricardo) suara gemersiknya sudah mula digilai tidak hanya di pasaran Indonesia malah gelombangnya terasa sehingga ke Malaysia. Dengan tikaman wajah lembut, tutur bersantun dan perwatakan yang menyenangkan, Afgan bikin gadis senusantara menggila dengan kelibatnya dalam pasaran muzik komersil. Nyata percaturan Terima Kasih Cinta yang diikuti dengan beberapa single lain seperti Entah, Sadis dan Klise membawa tuah buat sosok kelahiran asli Jakarta ini. Dan hari ini selepas sepuluh tahun mengemudi pasaran Pop Indonesia dan nusantara, Afgan muncul dengan sebuah naskhah kompilasi yang lengkap dengan 14 lagu terbaiknya termasuk beberapa lagu baru serta rakaman semula. Mengenal Afgan dan corak muziknya sebetulnya dia tidaklah begitu grip my soul . Balada nyanyianya dalam lagu seperti Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa khususnya sekadar meneruskan apa yang pernah dibawa Glenn Fredly, Marcell

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se