Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

#PerspektifMuzik Pola Muzik Sebahagian 2018 – Wacana Keraguan Dalam Perkembangan

Sebahagian 2018 berjalan tanpa kejutan menghidang sejumlah lambakan balada yang datang dengan formula serupa. Dan setelah hampir 2-3 single saya masih tidak faham apa yang membuatkan Khai Bahar begitu dijulang dan lebih saya tak faham lagu sebagus Sentiasa Merinding tak dapat airplay langsung.     I mean kenapa teruk sangat taste muzik korang? Melihat carta 10 teratas JOOX, Spotify dan RIM buat saya tepuk dahi. Radio masih lagi dengan prinsip atas permintaan tanpa mahu menjadi ‘pendidik’ – what should you listen and what you should not. Media di TV atau akhbar pun serupa. Masing-masing sibuk menjilat yang paling popular demi rating dan circulation. Pasaran urban Pop (Bukan hip-hop) semakin jauh dengan pasaran semasa, album No.3 Atilia jauh sekali dapat kita dengar diperkatakan, NJWA yang muncul dengan EP tiga lagu yang cukup membanggakan juga semakin meragukan permintaannya. Dan jumlah 2 juta strim di Spotify untuk lagu Vibe oleh Kuizz Shah bagai tiada makna untuk pendenga

#Karya Hazami – Dinamik Komposisi Melodi Dalam Memberi Justifikasi Vokal Yang Membekas Perasaan

Saya mendengar Takdir (Dayang Nurfaizah) ketika album ini diedarkan sekitar awal tahun lalu dan terbit satu rasa betapa istimewa karya ciptaan Hazami dalam mencorak satu komposisi muzik yang memberi justifikasi pada vokal Dayang. Dan jujur dalam banyak-banyak lagu dalam album sepenuhnya balada itu, Takdir antara lagu dengan persembahan vokal terbaik Dayang. Dalam erti kata lain saya puas mendengar butir sebutan dan feel Dayang dalam lagu tersebut. Takdir menjadi lagu kedua ciptaan Hazami buat Dayang. Kredit juga goes to Genervie Kam sebagai produser lagu tersebut pastinya. Coretan Cinta yang dimuatkan dalam album Dayang Sayang Kamu menjadi naskhah pertama ciptaan Hazami buat Dayang. Kemudian saya mencari semula beberapa lagu ciptaan Hazami yang dinyanyikan penyanyi lain seperti Sarah (Tiada Dikau Tiada Makna & Cuma Permainan), Fazli Zainal (Harapan), Anuar Zain (Simpati Cintamu), Azharina (Rawan), Nikki (Pinta) dan Liza Hanim dengan lagu Cinta Kelana yang dimuatkan