Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

#RetrospektifMuzik Mazlan Hamzah – Peralihan dan Pengaruh Besar Muzik R&B Tempatan

Saya sering mendengar tentang kehebatan muzik Mazlan Hamzah daripada individu-individu senior yang terlibat secara langsung dan tidak dalam lapangan muzik lokal. Namun secara peribadi saya tidak dibesarkan dengan lagu-lagunya. Saya hanya tahu betapa besarnya pengaruh muzik figura yang satu ini terhadap karier Anuar Zain, Hazami dan Sheila Majid khususnya. Sejujurnya juga saya hanya mendengar single Aku Cinta Padamu versi Sheila Majid terlebih dahulu berbanding versi asal persembahan Mazlan Hamzah sendiri. Lagu yang dimuatkan dalam solo album berjudul Refleksi yang diedarkan pada tahun 1987 itu benar-benar memberi intepretasi muzik R&B lokal tempatan yang saya kira punya corak serupa bakat Indonesia seperti Fariz RM dan Utha Likumahuwa khususnya. Dan terima kasih saya buat Aszuad daripada Cloudworks kerana sudi berkongsi album yang sangat ‘rare’ ini untuk saya dengar dan belajar lebih dalam lagi tentang pengaruh muzik yang dibawa Mazlan Hamzah dalam gerakan muzik urban

20 Tahun Adiwarna Sebagai Benchmark Pop Lokal Malar Segar

Ketika Purnama Merindu diedarkan kira-kira 20 tahun yang lalu nama Siti Nurhaliza meniti bibir pengikut muzik Pop lokal bukan sahaja kerana bakat nyanyiannya malah peribadi yang sangat disenangi (sehingga kini). Siti dengan pasukan pemasaran muzik SRC (Suria Records) dengan mastermind Tan Su Lok dan Adnan Abu Hassan meninggikan standard muzik Pop Siti ke tahap yang lebih baik. Saya masih memiliki salinan kaset yang dibeli ketika masih dibangku sekolah dahulu. Dan obsesi terhadap lagu Sendiri juga Satu Cinta Dua Jiwa dan Tak Boleh Lupa ketika itu sehingga hari ini masih menjadi senarai teratas lagu kegemaran penyanyi hebat ini. Adiwarna yang membawa maksud amat indah beredar selepas kejayaan Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu dan Cindai yang meneruskan gemilang nama Siti ketika itu yang cukup digilai semesta nusantara. Tidak salah kiranya kami meletakkan Adiwarna sebagai acuan Pop yang mana formulanya diguna pakai label-label rekod yang lain dalam ‘mencipta’ Siti Nurh

#PerspektifMuzik As Far We Can Tell, Ini Senarai Rilis Terbaik Separuh 2018

Artikel ini sebetulnya sambungan artikel sebelum ini yang mengupas pasaran muzik tempatan yang secara menyeluruhnya masih berlegar dengan lambakan balada daripada bakat muda yang amat diragui bakatnya. Mudah cerita pemasaran muzik yang ada sekarang tidak bervisi dan hanya berdasarkan apa yang seperti dikatakan – pendengar mahukan. Jika benar ini apa yang pendengar mahukan, again saya repeat – kenapa teruk sangat taste muzik korang? Berikut senarai rilis terbaik yang ada sepanjang setengah tahun ini tanpa mengikut turutan. HARAM (Dayang Nurfaizah & Hael Husaini) Hael Husaini / Ezra Kong Diperdengarkan buat pertama kali di pentas Anugerah Neelofa yang lalu –   Lagu ini tidaklah terlalu original (rujuk lagu-lagu dalam album Faizal Tahir 2013) tapi relevan dan segar – baik melodinya, liriknya dan kolaborasi live yang begitu sempurna sekali. Gandingan Hael dan Dayang tidak kedengaran janggal, menyatu dengan sempurna di pentas. Tapi maaf saya  tidak begitu menyukai vers