Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Daftar Nominasi AMI Awards 2018 – Dominasi Pasaran Urban & Persaingan Junior Senior Industri Muzik Indonesia.

Dua hari sudah, pihak AMI Awards 2018 mengumumkan senarai pendek finalis yang berjaya dipilih panel muzik Indonesia yang terbaik antara yang terbaik berada di pasaran muzik penuh warna Indonesia. Dan kategori-kategori ini dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut genre dominan pasaran muzik seberang seperti Pop, R&B, Jazz, Rock, Dangdut, Folk Country, Religi, Teknikal dan lain-lain termasuk kategori khusus muzik Kanak-Kanak. Melihat senarai penuh ini sahaja dapat kita lihat betapa besarnya pasaran muzik Indonesia yang nyata lebih terbuka dan luas (mungkin atas faktor geografi dan demografi). Kategori Pop memberi kejutan yang cukup manis rasanya buat Marion Jola yang merupakan barisan top 12 Indonesian Idol yang lalu. Marion sudah mampu bangga dengan pencapaiannya bagi kami kerana biar tidak dapat meletakkan dirinya di tempat dua tertinggi final Idol dia mampu cukup diterima cemerlang bukan sahaja dengan jumlah 15 Juta tontonan di YouTube malah kini dengan single J