Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

#BetariSeni Noraniza Idris: Dasawarsa Seni Penyanyi Saduran ke Biduanita Irama Melayu Asli Paling Dihormati

Agungnya seorang penghibur bernama Noraniza Idris dalam memperjuangkan seni muzik Melayu Asli berdekad lamanya amat dipandang tinggi.  Bermula di pertengahan era muzik 80-an sehingga hari ini Noraniza Idris masih belum berhenti apa lagi mengalah memperjuangkan irama Melayu Asli yang dijuangkan lebih 3 dekad ini. Seperti penyanyi seangkatan Ramlah Ram, Wann, Rohana Jalil dan lainnya – Noraniza Idris juga mula menjual bakat nyanyiannya menerus program Bintang RTM pertama kali pada tahun 1983 dan diikuti tahun 1985. Biar hanya layak ke peringkat separuh akhir, bakat yang dimiliki akhirnya menarik minat Life Records yang menyunting Biduanita ini sebagai penyanyi rakaman. Biar pun di saat itu dia harus siap bersaing dengan penyanyi yang seusianya namun Noraniza berdiri sendiri dengan bermula sebagai penyanyi saduran yang merakam semula hit-hit tempatan dan nusantara seperti Lela Manja. Kemunculan pertamanya menerusi album kompilasi Melayu Deli (1985) yang turut menampilka

#RoadtoAJL32 10 Lagu Malar Segar Yang Terlepas Peluang ke Pentas Akhir Juara Lagu

Menyorot gemilangnya Juara Lagu sebagai sebuah pesta muzik komersil yang dinantikan saban tahun sehingga usia tiga dekad hari ini, tidak siapa mampu menyangkal prestij dan pentingnya AJL sebagai penanda aras siapa yang terbaik dan terpopular sepanjang tahun. Sebetulnya konsep yang digunakan program Muzik-Muzik ini dengan memberi peluang lagu yang popular untuk diiktiraf sebagai yang terbaik ada relevannya. Saya melihat konsep ini sebagai sesuatu yang equal dalam mencari yang seimbang – nilai komersil dan nilai seni muziknya. Berbanding Anugerah Industri Muzik yang seratus peratus menggunakan logik dan genius juri berpengalaman, Juara Lagu bagi saya lebih adil untuk semua – yang popular dan yang terbaik. Tetapi di hujung ceritanya, hanya yang terbaik akan diangkat sebagai sebagai juara. Dalam entri kali ini kami ingin menyenaraikan 10 lagu malar segar dan yang memiliki komposisi muzik terbaik yang terlepas peluang menjadi sebahagian finalis Juara Lagu. AKU CINTA AKU

[PERSPEKTIF MUZIK] Pop Masa Depan – Cerita Tiga Bakat Ali Aiman, Kuizz Shah & Alif

Dalam entri kali ini saya ingin bercakap tentang tiga bakat muda yang punya potensi besar untuk membentuk pasaran muzik lokal ke tahap yang lebih berkelas dan global. Biar bukan terlalu baru dalam pasaran muzik tetapi dengan segala potensi yang ada boleh dikembangkan bagi membantu meluaskan lagi spektrum muzik tempatan supaya tidak lagi stuck dengan idea serupa. Kenapa hal ini penting? Sebab kita ketinggalan sangat jauh dengan Indonesia. Melihat betapa besarnya penerimaan terhadap bakat urban seperti  Dipha Barus  (Best Dance Production),  Adrian Khalif  (Best Rap Hip-Hop),  Teddy Ahitya  (Best New Comer),  Soundwave, Eva Celia  dan lain-lainnya yang diterima baik bukan sahaja di pentas anugerah tetapi secara menyeluruh – radio, strim digital, konsert dan sosial media. Malaysia bukan tiada bakat yang sebagus nama-nama yang saya sebut di atas cuma pendedahan serupa sahaja yang tidak diberi. Media Melayu khususnya bagai tidak berminat untuk menulis tentang bakat-bakat yang

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Ajai yang a