Skip to main content

Music Issue Vol.1: Best Pop Album (so far..)


Entri kali ini agak spesial sebab aku nak list few album-album pop di malaysia yang bagus namun kurang perhatian sama ada diradio mahupun untuk diperkatakan di majalah, tv, dsb. so kita start dengan first album;




1) Camelia - Mimpi (2001)

Sebuah album dengan nuansa jazz yang kuat dan sound-sound r&b yang agak baru dan urban pada masa itu. Album ini aku definisikan sebagai album terbaik Camelia dari segala aspek, pemilihan lagu, susunan muzik malah vokal Camelia yang sangat menyerlah. Album ini diproduced oleh Bodeng membariskan track yang termamat hebat Erti Hidup. Dengar saja intro dah cukup buat aku melayang. Selain itu track favourite adalah Bawa Cinta yang sangat groove, Mimpi, Bukan Yang Terbaik dan ballad Terlanjur sayang. Sayang sekali album ini hanya mendapat nominasi Kulit Album Terbaik (dan menang) dalam AIM. This is a very good jazz/pop album.




2) Liza Aziz - Hati Ini (1995)

Ini antara koleksi rare aku. Hati Ini boleh dikatakan sebuah album yang sangat urban untuk pasaran malaysia 1995. This is one of best r&b pop album ever produced in Malaysia. Album ini diproduced oleh genius muzik seperti Ahmad Izham Omar, Paul Moss, Kenny Teh, Azman Abu Hassan dan pasti Azlan Abu Hassan. Track favourite - Masa, Hati Ini, Tak Rela & Pergilah. Untuk yang belum pernah dengar lagu ciptaan Paul Moss this might be the album.




3) Innuendo - BraNuEndo

Innuendo akan jadi favorite group aku sampai bila2. Remake belaian jiwa adalah antara remake terbaik dunia dan harmoni blend vokal, Taj, Pot, Raymee buat aku fikir mereka setanding Boys 2 Men. Track Only Dancin yang punya fluence 70`s sangat klasik disamping track ballad sing-a-long Gemawan yang buat bulu roma aku meremang mendengar harmoni vokal mereka. Terdapat juga track jazz hasil duet bersama Adibah Noor dalam 1,2 The Movies. sebuah album r&b yang sangat kaya dengan bunyi-bunyian yang segar.




4) Syafinaz - Shhh.. (2001)

Sebut pasal remake ini antara remake yang baik, blend r&b, bossanova dan pop. Syafinaz dikritik teruk oleh Ahmad Nawab di atas keberanian beliau me-remake semula lagu Ahmad Nawab dalam album ini. But who cares gabungan sarjana muzik dalam album ini sangat membuahkan hasil yang baik walaupun kurang mendapat sambutan sama ada dalam bentuk jualan mahupun anugerah. Album ini diterbitkan oleh, Ahmad Izham, Mac Chew, Jenny Chin, Halen Yap dan Aubrey Suwito.



5) Afdlin Shauki - Fuyooo! (2003)

The fact that Afdlin kalah ditangan Ezlynn pada AIM untuk kategori Artis Baru Terbaik adalah satu fakta yang tak boleh aku terima sampai hari ini. Album ini sangat groove dengan sound-sound urban pop, funk, jazz dan r&b. sebuah album yang sangat tersendiri namun dilupakan dan tidak dihargai. Sampai Bila, Waras (tema filem Buli), Daku Percaya, Tiada Lagi dan Aku Lelaki serta jazzy feel dalam lagu Mangsa Keadaan antara track yang sangat layan.




6) Dayang Nurfaizah - Dayang Sayang Kamu

Produk yang dibikin secara indie ini bukan saja ada sentimental value pada Dayang malah peminat setianya. Album ini aku beli sendiri dari tangan Dayang di Tangs Studio BB Plaza pada bulan puasa dan aku all the way dari Shah Alam kesana semata-mata untuk dapatkan album ini dan pulang untuk berbuka puasa. Kepuasan yang amat maksima adalah daripada album ini, dari segala aspek, lagu malah kualiti vokal dayang yang sangat mengagumkan. Album ini mendapat nominasi Album Terbaik untuk Anugerah Planet Muzik namun untuk AIM, satu kategori pun tak tersangkut, what a shame! Favourite track Aku Rindu Aku Jemu, Biar Akhirnya Disini, Kuingin mu Kembali, Andai Kutahu dan semuanya... fuhh album yang perfect dari Dayang!




7) Abot - Sayang Pok Pai

What can i say Abot is one of great singer yang kita ada namun ketiadaan justice untuk penyanyi ini, buat Abot hilang begitu saja. Sayang Pok Pai adalah antara produk yang kreatif sekitar 2002. Abot hadir disaat ramai artis baru wanita yang hadir untuk jadi the next Siti and that is what special abbout her. she`s original, creative and musically brilliant. track favourite aku pasti Bagai lilin yang punya influence jazz dan fusion ethnic. selain Kasih-Mu yang sangat deep, dan Waris Warisan.




8) Sheila Majid - Ratu (1995)

Need to say more? Produk terbaik Sheila Majid setakat ini mengalahkan album Ku Mohon yang agak pop. Track pilihan, Gangguan, Tandanyatandatanya, Embun, Harum.=)






9) Anuar Zain (2002)

Anuar is not my favourite but its not easy not to love his song. Senang cerita dengar saja track hebat Keabadian Cinta, Mungkin, Sesucinya Cintamu dan all time favourite aku Rindu Belaian buat album ini sempurna dan album ini adalah lebih naik berbanding album yang dibikin di indonesia beliau.




10) Atilia - Sangkar (2007)

Album ini paling hampir dengan album Ratu milik Sheila Majid, dan album ini jadi all time favourite aku dengan track hebat seperti Salah Sangka, Ranjau, Sangkar, Selagi dan mellow melodi Duyong yang buat aku melayang. Album yang aku fikir sangat relevan even untuk didengar 10 tahun akan datang.





11) Nikki - Hawa (2009)

Ini adalah album paling impresif untuk tahun 2009, dan sejak beli aku belum gagal untuk ulang dengar album ini. Gabungan muzik pop, r&b, classical dan jazz dalam album ini buat aku fikir Audi Mok adalah genius baru dalam industri muzik Malaysia. Track favourite aku sudah pasti Oh! My, Relakan, Selamat Tinggal, Hawa, Belas-Mu dan poetic melody dalam Cinta yang sangat haunting. Please buy this album sebelum habis!


Comments

  1. I like Camelia, Syafinaz, Sheila Majid and Anuar Zain album. Good review! :)

    ReplyDelete
  2. they always produce a product with a high quality of music.

    ReplyDelete
  3. Camelia (mimpi) - one of my favourites album
    Liza Aziz (hati ini) - sgt suka lagu 'Tak Rela', I wish i have the CD
    Innuendo (Brandnuendo) - i never heard of that song, 1,2,3 the movies; mind to share that with me?
    Syafinaz (Syhh) - I suka remake Salamiah Hassan yang sangat jazz; can't recall the title tho'
    Afdlin Shauki (Fuyoo!) - Yes, this is a very good product!
    Dayang (sayang kamu) - Hey, I was there in Tang's too!
    Abot (Sayang Pokpai) - I agree with u, the best from Abot. Shame that i don't have this album
    Sheila Majid (Ratu) - Yeay, i managed to get the CD!!
    Anuar Zain (2002) - Yes this album is way much better that the indonesian album

    ReplyDelete
  4. branuendo tu i just ada kaset la zain. still looking fr the cd. and i dnt know how to ripped from cassette

    :)

    ReplyDelete
  5. Hey, its ok.
    It happened that i actually found the song on my collection. I ada rupanya lagu tu, just never heard of it.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se