Skip to main content

Tompi - Soulful Ramadhan




Album: Tompi - Soulful Ramadhan

Produced by: Tompi

Verdict: 4/5




Aku fikir tiada masalah untuk aku layan album ini even bukan dalam mood ramadhan sebab bila cakap pasal muzik ia relevan pada setiap masa. So sekarang aku memang tengah layan album special daripada Tompi ini, dan bagi aku Tompi adalah penyanyi, penghibur dan musician yang tak pernah takut untuk bereksperimen dengan muzik malah stail vokal beliau.

Soulful Ramadhan bagi aku adalah satu contoh baik untuk kita dekat dengan lagu-lagu ketuhanan yang selama ini banyak dipengaruhi muzik percussion. 10 track disusun indah dengan influence mood muzik percussion, soul, jazz dan blues. Track Doa buat Aceh amat menarik bagi aku, blend sound trumpet dan dance buat track ini amat special. Dzikir ada beat r&b yang kental, track ini buat aku ingat nyanyian Bilal - Sometimes dalam OST Ali.

Kurindukan Rosul punya mood blues, lagu ini hanya diiring gitar dan vokal Tompi dalam track ini sangat mempesonakan. Menyebut Nama-Mu lebih eksperimental gabungan muzik east dab blend vokal penuh soul dari tompi termamt mengkagumkan. Ramadhan Datang adalah alasan utama untuk memiliki album ini, lagu ini sangat haunting dan melodius. beautiful arrangement! arghhh.. damn beautiful.

Overall this is kind of album yang buat aku rasa muzik itu sangat universal, even Tompi buat album ini untuk Ramadhan namun keindahan melodi dan lirik dalam album ini buat aku rasa ia sangat relevan untuk didengar bila-bila masa!

p/s: hopefully artis nasyid malaysia bole look up for something like this supaya muzik nasyid tidak statik

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjud...