Skip to main content

Music Influence Vol.6: CAMELIA

Journey muzik Camelia bagi aku sangat menarik, dari pop singer yang didiscover maestro pop, Adnan Abu Hassan sehingga ke mysteriuos Mysticam, Camelia tak pernah gagal buat aku kagumi bakat yang aku sifatkan natural dan original yang menjadi miliknya. Rindu Padanya hasil ciptaan Adnan menjadi titik tolak untuk kita mengenali anak kelahiran Sarawak ini. Kejelitaan semulajadi menjadi bonus buat kita semua suka dengannya. Dan dengan bonus itu juga membawa Cmelia dari penyanyi pop ke endorsement produk seperti L`oreal, Brands dan lain lagi hingga kini sentiasa menjadi tetamu yang dilabel socialite elite untuk majlis-majlis ekslusif di kota metro Kuala Lumpur, pasti akan ada wajahnya dimana-mana.

Namun biar apa pun label yang diletakkan, suara dan kualiti setiap produk yang dihasilkan adalah perkara yang penting buat aku. Album pertamanya, mengejutkan ramai pihak apabila merangkul 2 anugerah utama AIM, bagi ketegori artis baru dan Vokal Wanita. Selain Rindu Padanya, Dengarlah Kasih dan Bersamamu meletakkan nama Camelia sebaris nama-nama hebat ketika itu. Ya dia tidak dilihat sebagai pesaing namun macam aku cakap tadi, originaliti miliknya buat aku kagum.

Album mini 1,2,3,4,5 yang trak dengan judul yang sama tidak begitu mengujakan sehinggalah album Memori (1999), pop dengan nuansa rnb dan jazz yang kental. Album ini mendapat nominasi Album Pop terbaik dan lagu terbaik namun gagal ditangan Shiela dengan album Ku Mohon. Memori adalah album pop yang menjadi favourite aku hingga kini, trak seperti Akhirnya ft. Innuendo, Pisah, Hidupku Masih bererti dan remake Suratan atau Kebetulan yang aku sifatkan antara remake terbaik sepanjang zaman. Album yang melibatkan banyak penerbit hebat seperti Ahmad Izham, Paul Moss, Azlan, Kenny Tay dan Adnan meletakkan satu tahap dimana Camelia berada di legasi penyanyi pop terbaik tempatan.


Album Mimpi yang diterbitkan pada 2001 menyaksikan transisi sebenar dalam karier Camelia. Album yang diterbitkan Bodeng dan produser indonesia, Budi Bhidun membawa nuansa jazz dengan sound-sound experimental. Trak Erti Kehidupan adalah sebuah trak denga jiwa yang besar, susunan string pada awal lagu dan bunyian gitar yang mengingatkan aku pada Sting dengan Roses in The Dessert. Trak hebat lain dalam album ini antaranya Bawa Cinta yang sangat groove, romantisme Terlanjur Sayang dan Bersamamu. Serta trak yang menjdi hits Duniaku. This is one of the best album in this decade! kualiti keseluruhan dari cover album hingga ketelitian rakaman buat album ini special!



Album Mysticam yang diterbitkan Camelia bersama Dj Gabriele beralih jauh daripada apa yng kita selalu dengar darinya. This is one of my fav album too, keberanian Camelia membawa gemre pop dance disaat penyanyi wanita lain masih layan pop leleh meronta jiwa, Mysticam jauh membawa Camelia ke satu tahap atau kelas tersendiri. Single Seiring Sejalan bersama Joe Flizzow killer album ini dengan beberepa trak menarik perhatian aku seperti Cong, Hypnosis, Jari Jemari, Du Du Du dan Puteri Santubong! Sebuah album dengan sound yang sangat international, Ning pernah hasilkan album begini dalam East to West tapi gagal dalam percubaanya, Myticam jauh lebih hebat. Namun seperti album Mimpi album ini juga dipandang sepi stesen radio dan peminat muzik tempatan. Berikut adalah fav track daripada Camelia

- Erti Kehidupan
- Dugaan Merindu
- Terlanjur Sayang
- Sampai Kapan
- Akhirnya
- Suratan Atau Kebetulan
- Pisah
- Cong
- Bawa Cinta
- Hypnosis
- Hidupku Masih Bererti
- Rindu Padanya
- Bukan Yang Terbaik

She might not be the best vocal female in Malaysia but she is one of the most who always came out with the great tune! Hopefully soon, Camelia akan keluar album lagi dengan sound-sound yang lebih baik and i do believe she got a great taste in music so whatever it is just do your best sebab masih ada yang mahu melayang dengan muzik yang Camelia alunkan.


Comments

  1. i love camelia... dia punya voice & persona tersendiri... Dari Rindu padanya terus jatuh cinta....

    ReplyDelete
  2. thnks asura25, xramai appreciate bakat dia, so lets push her back to the track!

    ReplyDelete
  3. i actually have her mimpi album on cassete, since i live in perth now, i cant seem to find her album online. i really wanna buy that album again, but i cant find it anywhere :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Ajai yang a