Skip to main content

REZA SALLEH - REALIZE (2010)

Penerbit: Reza Salleh / Melina Wiliam
Jururakam / Juru Adun: Keith Yong
Creative: BLAM / Reza Slleh
Verdik: 3/5

Sebetulnya dalam legasi indie nama Reza Salleh bukanlah sesuatu yang asing, hasil pengalaman lebih sepuluh tahun dalam bidang muzik dengan penghasilan beberapa ep, debut Realize menjengah pasaran perdana. Meletakkan sejumlah 14 trak keseluruhan berserta 2 trak bonus, Reza nyata optimis dengan karya yang semuanya dihasilkan sendiri. Album dibuka dengan trak Kasih yang cukup refreshing! Mood pop rock kental melatari trak ini dan catchy lirik Reza memberi justifikasi menarik dalam penghasilan lagu ini. Stracciatella yang menjadi single pertama debut ini hadir dengan mood akustik pada awal lagu yang memberi nyata kepada vokal macho Reza persis John Mayer dan nyata killer sebenar terletak pada korus lagu ini yang buat saya mahu ulang dengar. Antara trak lain menarik pendengaran adalah Soultune dan Ocean Spanning Sorrow yang punya groove jazz yang sempoi.

Angan-Angan Permata antara trak yang mampu menjadi kayu ukur kepada hasil kerja Reza untuk diperdengarkan pada massa. Lagu ini antara yang terkuat untuk menarik perhatian peminat muzik tempatan. Kekuatan melodi, lirik dan susunan muzik yang ampuh membuatkan Anga-Angan Permata menjadi trak favourite saya dalam Realize.

Mungkin dengan sedikit ruang yang adil Reza mampu menyaingi kebanyakan karyawan muzik tempatan yang ada. Lagu-lagu yang dibikin hasil pengalaman 10 tahun dalam bidang muzik ini harus diberi kredit kerana Reza sememangnya punya visi muzik yang jelas dalam journey yang diletakkan melalui Realize. Buat anda yang senang dengan muzik jenisan apa yang pernah dibawa John Mayer atau Jason Mraz, Reza menjadi intrepretasi lokal kepada muzik mereka. Ayuh santai bersama Reza! Realize menghidangkan nuansa selesa buat pendengaran anda. Mungkin jika ada yang perlu ditambah selepas ini adalah sedikit punch pada dinamik melodi dan susunan muzik!

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjud...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...