Skip to main content

#BetariSeni Ella

Dua puluh lapan tahun diharungi tanpa lelah dan penuh minat. Berbual dengan Ratu Rock ini memberi bayangan cukup jelas bidang muzik yang dipilih adalah jiwa dan kehidupannya. Album Pengemis Cinta yang diterbitkan Ramli Sarip pada 1989 menjadi titik tolak pembabitan Ella dalam bidang muzik dan dengan pantas dia mencuri tumpuan dengan hit-hit hebat seperti Permata Biru, Sembilu, Layar Impian, P.P.P, Retak, Simbiosis dan Oh! terlalu banyak kiranya jika saya mahu tulis di sini. Hal ini menjadi bukti bahawa pengaruhnya cukup luar biasa kerana jika anda bukan peminat tegarnya sekalipun setidaknya bila disebut namanya pasti akan ada satu trak all time favorite yang akan kita hafal.

Soalan pertama saya padanya, apakah album kegemarannya sepanjang merakamkan album dia pantas menjawab EL (1998) sebelum menyebut Ella U.S.A (1994) dan 30110 (1992). “Album EL begitu personal dan Ella puas dengan kualiti rakamannya. Pada waktu itu teknologi rakaman muzik tidak secanggih sekarang dan untuk mendapatkan hasil yang sebegitu bagus menuntut kreativiti yang cukup tinggi juga kesabaran untuk menyiapkannya.” Tambah Ella lagi peluang bekerjasama dengan pemuzik undangan Slash dari Gun N’ Roses, Richard Marx serta Jascha Richter (Michael Learns to Rock) antara yang paling dia tidak akan lupakan.

Apa yang Ella mahu tawarkan pada peminat tahun ini? “A brand new album. Ella sangat teruja untuk berkongsi lagu-lagu terbaru ini dengan peminat. Kali terakhir Ella muncul dengan album penuh pada 2007 menerusi album Rama-Rama dan apa yang boleh Ella katakan album terbaru ini merupakan satu persembahan muzik yang cukup segar dan terkini.”  Dan saat ditanya apa yang dimaksudkan dengan sesuatu yang segar Ella berkata dia kali ini berkerja dengan bakat muda seperti Sam Bunkface dan Omar K bagi memberi suntikan terkini selain masih menggunakan khidmat penerbit senior seperti M.Nasir dan Edrie Hashim.

Menjadi living legend sepertinya pasti akan punya permintaan tinggi baik daripada peminat sehingga orang sekeliling. Bagaimana Ella mencari kepuasan dalam berkarya soal saya padanya “Menjadi penyanyi buat Ella belajar untuk melepaskan. Sesetengah perkara we should let go and be positive. Ya memang Ella ada banyak perkara yang nak dicapai tapi Ella tak boleh nak kawal semuanya. Ella hanya perlu fokus pada apa yang patut dan selebihnya percaya pada tenaga pakar yang bekerja dengan Ella. You cannot be selfish all the time.”
                           
Tambah Ella lagi setiap kali dia harus berkerja untuk sebuah album baru dia akan sentiasa punya rujukan yang dijadikan sebagai panduan dan meletakkan syarat utama kepada produser untuk menghasilkan sesuatu yang punya keaslian dalam penciptaan. “Rujukan penting bagi Ella supaya apa yang ingin dicapai itu jelas dan menjadi. Ella tak mahu menghasilkan sesuatu bercampur aduk tanpa punya arah yang jelas.” Dan jujur saya setuju dengan apa dikatakan. Sepanjang berbual dengannya dia tidak putus menyebut perkataan minat dan jujur. Katanya tanpa minat yang mendalam dia takkan bertahan sampai hari ini dan tanpa kejujuran orang tidak akan dapat rasa apa yang cuba dia sampaikan.


Jika dilihat cara dia mengadaptasi lagu-lagunya agar relevan dengan trend semasa sentiasa menjadi. Saya beri contoh ketika dia era kugiran indie mendominasi pasaran dia muncul dengan trak Pop Alternatif seperti Nan Berbeza, Teruja dan Simbosis kemudian melodi kugiran Pop Indo menguasai carta radio seperti Radja dia tampil dengan ilham Retak dan Rama-Rama. Malah dia juga pernah merakam trak Melayu asli Jauh Di Mata. Namun semuanya dicipta cukup tersendiri agar ramuan ‘Ella’ dalam setiap lagu yang diterbitkan tidak terlalu dibayangi trend semasa. Dan saya kira itulah alasan mengapa dia masih lagi kekal relevan sehingga hari ini selain kalimat jujur dan minat yang menjadi bahan fikir saya petang itu.


DISKOGRAFI

Pengemis Cinta (1989)
Puteri Kota (1990)
Identiti (1990)
30110 (1992)
Kesal (1992)
U.S.A (1994)
Demi (1996)
EL (1998)
Ilham Bicara (2001)
Simbiosis (2003)
Rama-Rama (2007)


*Artikel ini pernah diterbitkan di majalah EH! Isu Mei 2015 oleh Hafizan Mohd.

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se