Skip to main content

#BetariSeni Liza Hanim

Maaf jika saya bias. Liza Hanim adalah favorite vocalist saya melebihi mana-mana pun penyanyi yang pernah dicipta di Malaysia. Dia punya feel, clarity dan projection hebat dalam penyampaian yang tiada tandingan. Saya akan sentiasa terbuai mendengar dendangannya dalam mana-mana trak sekalipun. 

Gelisah Mimpi, Andainya Aku Bersuara, Ku Idamkan Rindu, Merawat Luka Terpendam, Getaran Cinta Di Jiwa sehinggalah magis yang dicipta ketika di pentas P.Ramlee The Musical sebagai Saloma. You are the best Saloma. Saya boleh tonton anda pada bila-bila masa di YouTube. Kata saya padanya. 


P.Ramlee The Musical merupakan satu fasa yang memberi impak berbeza sepanjang karier saya sebagai penghibur. 

"Saya tak pernah bayangkan untuk terlibat dalam produksi teater muzikal sebesar itu tapi Alhamdulillah peluang itu datang pada masa yang betul di saat saya memerlukan sesuatu yang baru untuk dicuba.”

Sama seperti Dayang Nurfaizah bakat ini dicungkil daripada pertandingan nyanyian  Golden Teen Search. Biar gagal mendapat tempat teratas rezekinya sebagai penyanyi masih terbuka dengan peluang yang juga datang daripada Datuk Adnan Abu Hassan dan terlahirlah debut Epilog yang menampilkan produser hebat seperti Azmeer, LY dan Adnan sendiri. 

Ketika Getaran Cinta Di Jiwa memanjat carta radio, Liza harus siap bersaing dengan Siti Nurhaliza yang ketika itu mencipta fenomenanya sendiri. Biar begitu kehadirannya tidak langsung sepi – satu per satu album diterbitkan Suria Records sehingga yang terakhir Ku Teruskan pada tahun 2003 sebelum memutuskan untuk bergerak sendiri.

Selepas album Imagin dan P.Ramlee The Musical, kelibatnya dalam industri muzik semakin menjauh. Soal saya padanya adakah kerana fokus hidup sudah berubah atau sudah tiada lagi tawaran yang menarik perhatiannya. 

"Ketika album Imagin diterbitkan saya baru menubuhkan syarikat sendiri yang fokusnya lebih kepada pengurusan majlis dan pengiklanan.  Slowly somehow I got immerse in this business yang membuatkan fokus saya beralih seketika. "

Biarpun begitu saya rasa peralihan ini sesuatu yang sangat baik kerana saya bermula sebagai front liner dan kurang arif tentang kerja belakang tabir. Jadi bila sudah berada di posisi berbeza saya belajar lebih banyak perkara tentang selok-belok produksi.” 
Tambah Liza lagi “Selain fokus kerjaya berubah saya juga tidak mahu lepas peluang melihat anak-anak membesar. Satu hal harus dilepaskan demi menjaga satu lagi perihal yang harus diutamakan terlebih dahulu. Bukan berhenti terus dari menyanyi tetapi berehat seketika dalam kitaran hidup yang berubah.”

Tahun lalu dia kembali dengan single Egoismu untuk drama siri Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Menjadi bukti vokalnya masih antara yang terbaik dia dicalonkan dalam kategori Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik tahun lalu. 

Bakat seperti ini tidak datang selalu jika datangnya pada masa yang salah dan tidak beriring tuah maka sekejap sahajalah datang menyinggah. Namun saya pasti biar sepuluh atau dua puluh tahun mendatang sekali pun nama Liza Hanim pasti akan kita ingat, kita sebut dan rindu bila disoal siapa penyanyi terbaik yang pernah kita ada sama seperti Dayang, Ella dan Misha.

Soalan akhir saya padanya – apakah momen terbaik  sepanjang kariernya? 


The beginning of the journey is magical but Saloma is the best era of my journey. The feeling is out of this world.

Biar kita kunci ingatan itu di situ dahulu sebelum dia mencipta lebih lagi magis selepas bayi keempat yang dikandung ini melihat bumi. Dan semoga selepas itu impian menerbitkan album sepenuhnya bersama iringan lengkap orkestra mampu mengubat rindu yang datang bertamu.

DISKOGRAFI

Epilog (1997)
Di Manakan Ku Cari Ganti (1998)
Puteri Jelmaan (1999)
Istimewa (1999)
Isyarat Jiwa (2001)
Ku Teruskan (2003)
Imagin (2007)

#Kompilasi Liza Hanim

*Artikel ini disiarkan dalam majalah EH! Mei 2015

Comments

  1. you deserve to be bias because this is you personal blog... i could read your fav act and music from your postings...

    ReplyDelete
  2. As for my personal opinion.. Liza is one of the best but she's not the best vocalist in Malaysia...

    her vocal is not sharp as compared to other pop singer (of course la compare ngn Siti ) in terms of clarity Liza x leh lawan siti..

    but her rendition boleh kalau kan siti..

    sorry siti hs to be used as comparison as you dont like siti obviosly

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se