Skip to main content

Eyza Bahra – “SUARA” Yang Harus Didengarkan

Bagi yang masih ‘hijau’ tentang bakat Borneo ini, Eyza Bahra merupakan mantan ahli Salammusik (Ingat lagi kelibat Eyza di AJL 28 menerusi hit Aku Pelat). Setelah beberapa single solo perdana dikeluarkan, kini Eyza tampil 100 peratus sedia dengan Suara.

Kalau anda belum pernah mendengar Eyza apa yang saya boleh gambarkan tentang bakat solo ini adalah – nuansa hip-hop yang diadun pop semasa dengan suara keras kadang kasar tetapi masih melodious dan sedap didengar.

Suara dibuka dengan trak Cakerawala yang membawa namanya secara solo di persada mainstream. Trak ini catchy, mudah diingat dan santai. Sebagai single utama saya kira lagu begini tidaklah begitu menyerlahkan kebolehan sebenar Eyza tetapi sebagai naskhahnya komersil, Cakerawala acceptable.

Saya lebih tertarik dengan Bulan yang lebih lembut dan feel Eyza bagus. Dia bijak menyalurkan emosi yang ada untuk trak ini. Eyza bukan power house singer macam Dayang Nurfaizah atau Ernie Zakri jadi usahlah mengharapkan ad-lib atau nota tinggi yang ditarik tetapi Eyza saya ulang – bijak menyalurkan emosi yang sepatutnya dia berikan pada trak ini.

Imaginasiku lagu pertama that hook my ear on this album. Energi trak ini dengan momentum susunan muzik dan kesungguhan dalam penyampaian Eyza is everything! Lagu ini cukup hebat penciptaannya, transisi muzik dari verse ke korus dan second verse sehingga ke hujungnya hadir dalam satu impak muzik yang yang maksima. Ini saya letakkan sebagai antara trak terbaik album ini.

Dan segala momentum muzik yang bagus dalam Imaginasi diteruskan dalam trak Kau Yang Ku Nanti. Remake Dato’ Yusni Hamid to the next level. Feel reggae, melayu dan pop dalam lagu ini mengancam sekali. Saya tak tahu nak express macam mana but this remake betul-betul bagus.

Langkah datang dengan lirik yang cukup bagus. Bait “Berdirilah atas pendirian, tahu apa yang kamu mahu.” Dan “Perlu apa gentar jika kehilangan? Kerana ianya adalah suatu permulaan untuk kau pergi!”

Cahaya dan Mentariku antara least favorite. Tapi penutup album ini dasyat sekali. Trak Jumpa Lagi bersama Lawa Nie Geng lagu terbaik album ini. Feel classic, pop, hip-hop yang diadunkan dalam lagu ini sangat bagus. Trak ini buat saya teringat lagu Oh, My! Oleh Nikki Palikat menerusi album Hawa.

Suara sebuah nashkhah yang solid – penciptaan melodi, susunan muzik, kualiti rakaman, vokal dan kesinambungan album ini bergerak atas satu konsep yang tepat untuk Eyza Bahra. This album should get more attention. Support local, stream this album and buy original. This is a gem! Kudos to Eyza dan DJ Fuzz.


Verdik: 4/5



Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjud...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...