Kolaborasi bukan idea baru dalam
pemasaran muzik tempatan. Gabungan dua atau tiga penyanyi dalam satu sebetulnya
satu strategi yang baik dalam memberi pendedahan penyanyi yang digabungkan pada
masa yang sama mengukuhkan portfolio seseorang penyanyi itu sendiri.
Akhiran ini, semakin banyak lagu duet
dipertaruhkan sebagai single perdana mengisi frekuansi radio tempatan dan strim
digital. Nama Datuk Siti Nurhaliza paling dominan dalam menghasilkan single
duet yang saya sifatkan sebagai percaturan bijak membuat namanya relevan di
pasaran semasa.
Siti berduet dengan Hafiz dalam lagu
Muara Hati (lagu tema Adam & Hawa) menjadi naskhah yang meneruskan
keberadaannya dalam pasaran semasa seiring dengan artis-artis baru meningkat
naik ketika itu.
Formula ini diteruskan dengan duet Siti
Bersama bakat seberang, Cakra Khan yang ketika itu (2014) sedang digilai tidak
hanya di Indonesia tetapi di Malaysia. Dan sekali lagi formula ini nyata
berjaya menjadikan nama Siti terus kekal mekar dalam carta lagu thits tempatan.
Tanpa perlu mengambil masa yang lama
Faizal Tahir digabungkan bersama Siti menghasilkan balada terhebat 2016
berjudul Dirgahayu yang dimuatkan dalam album studio FT berjudul Anatomi. Lagu
tersebut nyata cukup berhantu. Kejayaan ini diteruskan dengan duet terkini Siti
Bersama Judika dalam lagu Kisah Kuinginkan yang dimuatkan dalam album
terbarunya, SimetriSiti.
2015 Tahun Paling Banyak Hits Duet?
Buka kembali kalender muzik 2015, saya
kira ia memang tahun yang meneruskan fenomena “duet” yang hebat. Gandingan Misha
Omar bersama Hafiz dalam Terimaku Seadanya (Ajai), Shila & Alif Satar
menerusi Selamanya Cinta (Shila Amzah) dan Faizal Tahir bersama Elizabeth Tan
menerusi Setia.
Kesemua lagu-lagu ini menjadi lagu
penting sepanjang tahun lalu dan diiktiraf sehingga ke pentas Anugerah Juara
Lagu yang berlangsung Januari lalu.
Kolaborasi hip-hop lebih awal dimulakan
dalam skala besar oleh Too Phat. Gabungan mereka bersama legenda Sharifah Aini,
Siti Nurhaliza, Innuendo dan Camelia mencipta sesuatu yang lebih segar dan
tersendiri. Dan selepas itu formula serupa diikuti rapper yang lain sehingga
hari ini.
“Duo Star” Penerus Fenomena
Idea Astro memperkenalkan Duo Star saya
sifatkan sesuatu yang sihat untuk perkembangan muzik lokal. Pertama kerana ia
medan bagi mengetengahkan bakat sebenar dan kedua mampu menambah jumlah
lagu-lagu yang berkualiti.
Haiza bersama Aepul menghasilkan Jangan
Pernah berdusta – pop dengan esen rock yang didangdutkan. Ayai dan Firman dalam
Pop rock Yakin Aku.
Dan yang paling saya suka adalah
kolaborasi Awi Rafael & Kaka menerusi Ada Jalannya serta yang paling serasi
juara Duo Star Ernie Zakri dan Syamel menerusi balada terbaik Aku
Cinta. Gabungan Ernie dan Syamel saya sifatkan sebagai yang paling sempurna.
Tidak salah jika mahu meletakkan mereka sebagai pelapis penghibur masa depan.
Wangikanlah Hatimu Naskhah Terbaik Tahun Ini
Sebuah lagi duet yang menarik perhatian
saya adalah gabungan Noraniza Idris bersama bakat baru Tyqa menerusi Pop Etnik
– Wangikanlah Hatimu yang cukup segar, moden dan pada masa yang sama masih
kekal pada akar muzik tradisi.
Karya yang menggabungkan dua anak muda
AG Coco dan Amir Jahari yang bertindak sebagai pencipta dan composer memberi
nafas segar irama Malaysia. Namun entah di mana silapnya lagu ini bagai tidak
mendapat perhatian.
Tahun lalu juga Yuna dan SonaOne sempat
membuat single duet yang turut diproduksi AG Coco namun lagu tersebut tidaklah
begitu hebat diperkatakan.
Bakat baru seperti Tajul dan Wany
Hasrita yang dikatakan generasi baru Siti Nordiana dan Achik berjaya menawan
pasaran semasa dengan cukup meluas. Biar lagu ciptaan Patrick Khamis itu
sekadar mengulang serupa tetapi ia masih menjadi pilihan pendengar hari ini.
Saya lebih tertarik dengan gabungan
Farawahida dan Alyah dalam lagu Mengapa Harus Aku. Penciptaan lagu ini sangat
sempurna buat kedua-dua vokalis wanita ini. Malah tidak salah kiranya saya
katakana ia lebih baik daripada duet Nana dan Jac menerusi lagu Nisan Cinta.
Melodi ciptaan Alyah dalam Mengapa Harus Aku lebih melodious dan kemas berbanding duet Nana dan Jac yang agak bingit menurut saya.
Dan mungkin anda boleh juga mendengarkan duet Adibah Noor dan Atilia menerusi lagu Sandaranku yang lebih lembut, soothing dan merdu alunannya.
Melodi ciptaan Alyah dalam Mengapa Harus Aku lebih melodious dan kemas berbanding duet Nana dan Jac yang agak bingit menurut saya.
Dan mungkin anda boleh juga mendengarkan duet Adibah Noor dan Atilia menerusi lagu Sandaranku yang lebih lembut, soothing dan merdu alunannya.
Comments
Post a Comment