Skip to main content

#RetrospektifMuzik 17 Tahun “Kirana” Sebagai Naskhah Pop Yang Maha Hebat

Ketika album ini beredar sekitar tahun 2000, Nora mengalami satu transisi karier apabila dia tidak lagi berkemudi di bawah kendalian Warner Music dan bergerak cukup agresif bersama BMG Music dengan menghasilkan Kirana yang mengambil sejumlah kos yang cukup tinggi dalam pasaran album tempatan ketika itu.

Dikhabarkan pihak Nora dan BMG mengeluarkan modal melebihi 100k untuk menzahirkan Kirana. Dan jika benar kos sebegitu tinggi yang dikeluarkan, saya kira ia amat berbaloi kerana penghasilan Kirana antara yang cukup teliti dalam banyak-banyak album yang Nora pernah terbitkan.

Album ini cemerlang di Anugerah Industri Muzik 2001 dengan membawa pulang 3 trofi utama beserta 2 pencalonan lain. Kirana dinobatkan sebagai Album Pop Terbaik manakala single perdana Menyemai Cinta Bersamamu (Azlan Abu Hassan / Ucu) membawa pulang trofi Lagu Terbaik & Sususnan Muzik Dalam Lagu Terbaik.

Nora memberi persembahan vokal terbaik dalam Kirana namun tewas di tangan Siti yang pulang bersama trofi Vokal Wanita Terbaik menerusi album Sahmura. Penyampaian Nora dalam Menyemai Cinta Bersamamu, Pinta, Gelisah, Aku Tahu Aku Rindu dan Aku Tidak Di Matamu antara yang cukup jelas kehebatannya.

Namun juri masih sayangkan Siti dan menganugerahkan trofi tersebut buatnya. Biar begitu saya kira tiada mana-mana pihak menidakkan kehebatan penyampaian Nora dalam album ini antara yang terbaik sepanjang zaman.

Secara peribadi saya kira Kirana sebuah naskhah Pop yang balance. Antara persembahan balada, R&B, Pop dan selitan nuansa tradisional moden dalam single Desa Tercinta (Johan Nawawi / Lukhman S). Semua lagu dalam Kirana melengkap antara satu sama lain mencipta satu jalinan cerita dalam lagu yang baik sekali.

Kirana dikeluarkan sama tahun dengan album-album Pop lain seperti Istimewa (Liza Hanim), Formula Luar Biasa (KRU), Kembali (Intan Sarafina), Bintang Hati (Amy Mastura), Pijar Kasmaran (U.K’s) dan Aku & Mentor (Hattan).

Kirana dikendalikan Johari Teh & Johan Nawawi yang bertindak sebagai pengurus projek dibantu penerbit-penerbit muzik handalan seperti Azlan Abu Hassan,  Adnan Abu Hasan, KRU, Ajai, Hattan, Helen Yap & Azmeer. Nama-nama yang sama digunakan dalam formula album Siti seperti Adiwarna khususnya.

Selepas Kirana, Nora tampil dengan nuansa lebih berbeza dalam album dengan judul Nora | Nora. Album ini lebih kental feel R&B menampilkan single utama ciptaan Ajai berjudul Kau Tak Pernah Jauh.

Namun Nora | Nora tidak bergerak sebagai sebuah naskhah komersil dan sedikit gagal dalam percaturan menjadikan ia kurang releven di pasaran semasa biarpun ada beberapa lagu yang cukup kuat dalam album ini.


Percaturan Audi Mok dalam album ini yang menampilkan ritma berat R&B penuh groove tidak diterima baik seperti album Kirana yang berjaya meletakkan Nora di tahap yang membanggakan.

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjud...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...