Sayang & Cahaya (2011) muncul
ketika pasaran semasa dilonggokkan dengan naskhah indie dan hip-hop. Lagu-lagu
seperti Kekanda Adinda (Mologue & Atilia) , Kotarayaku (Altimet), Senyum
(Malique). Selain Hafiz dan Faizal Tahir masih memonopoli carta
radio.
Dan dengan kehadiran album tersebut
yang sedikit melawan arus muzik perdana membuatkan nama Dayang Nurfaizah
sedikit terpinggir. Namun dia masih kekal relevan dan dihormati sebagai
penyanyi yang hebat.
Sayang & Cahaya hadir lengkap
sebagai sebuah album Pop dengan sentuhan R&B yang memberi justice pada
vokal Dayang. Kepuasan mendengar alunan merdunya dalam lagu seperti Sabarlah,
Perlukan Cinta (bersama Tompi), Sayang (bersama Marcell) dan Stay satu
pengalaman muzik yang cukup hebat.
Tuah “Di Pintu Syurga” Membawa Gelaran Juara Vokal
Biar begitu hebat persembahan album
Sayang & Cahaya secara total sehingga mendapat nominasi Album Terbaik
Anugerah Industri Muzik, namun album tersebut gagal menambat perhatian radio
secara amnya. Namun itu bukan penanda aras untuk dia terus berhenti.
Dua tahun selepas itu, dengan
pengurusan baru di bawah kendalian Sharina Ahmad dan kerjasama Indigital Sdn.
Bhd. membawa satu haluan yang lebih komersil dan bagai satu magis - nama Dayang
kembali menjadi sebutan dek ledakan populariti Di Pintu Syurga (Tam /
Iman Imran)
Populariti single balada tersebut bagai
memberi tuah sekali lagi buat Dayang setelah hits Seandainya Masih Ada Cinta
(Ajai), Pintaku Yang Terakhir (Fendi) dan Hilang (Audi Mok).
Biar secara peribadi, ketika Di Pintu
Syurga diedarkan saya merasakan ia terlalu ‘lembik’ untuk seorang Dayang
Nurfaizah, ia tetap berjaya sebagai pelan pemasaran yang baru untuk Dayang
kembali relevan dalam pasaran semasa.
Dan yang lebih manis, populariti yang
diraih itu memberikan gelaran Juara Vokal buat pertama kalinya untuk Dayang di
pentas Anugerah Juara Lagu dan sekali gus membawa kemenangan tempat ketiga
buatnya, Tam dan penulis Iman Imran.
Dayang Nurfaizah 2017 - Pertaruhan Balada Kelas Satu
Album ini dibuka cukup sempurna dengan
balada indah Aubrey Suwito dalam lagu Layarlah Kembali. Jika ada satu perkataan
untuk saya gambarkan tentang lagu ini adalah sempurna - melodi, lirik dan
susunan muzik memberi justifikasi yang tepat untuk karakter vokal serta feel
Dayang.Dayang Nurfaizah 2017 - Pertaruhan Balada Kelas Satu
Ajai menulis Usah Dibilang Cinta dengan
mood Indo Pop dengan similarity opening lagu Selagi Ada Cinta (Ning Baizura)
dan seperti biasa sekali lagi feel dan vokal Dayang sempurna untuk balada indah
ini.
Lelaki Teragung meneruskan kehebatan
album ini. Genervie Kam arranger yang genius. Cara dia menyusun transisi melodi
Lelaki Teragung benar-benar berpaksi pada kemampuan vokal Dayang. Saya
meletakkan trak ini antara lagu terbaik album Dayang ini.
Selain Lelaki Teragung, Genervie turut
bertindak sebagai arranger dan produser untuk lagu Nanti (Syed Syahmirr / Aepul
Roza) dan Takdir (Hazami). Kedua-duanya datang dengan pakej penulisan melodi
yang yang cukup bagus. Nanti is one of my fav in this album.
Dia (Ezra Kong / Omar K / Hael) cukup moden dan current but my
least favorite. Melodi lagu ini terlalu predictable. Dalam Diam (Aizat Amdan) punya korus yang bagu dan dua lagu lain
adalah single terawal Tak Pernah Menyerah (Akid / Poji) dan Di Pintu Syurga
(Tam / Iman Imran).
Killer album ini bagi saya adalah
Separuh Mati Ku Bercinta (Ajai). Semua tentang lagu ini cukup hebat sekali
penghasilannya. Melodi Ajai dalam lagu ini saya sifatkan antara yang terbaik
pernah dihasilkan sepanjang kariernya.
Lagu ini disusun kemas oleh Ajai
bersama seorang lagi maestro muzik tempatan Mac Chew. Pemilihan lagu ini
sebagai single keempat album ini nyata satu pilihan yang cukup baik sekali.
This is a masterpiece, satu lagi hit yang bakal mencipta sejarah tersendiri.
Overall album ini satu persembahan Pop
yang sempurna sekali. Jauh meninggalkan apa yang ada di pasaran hari ini. Ia
bagai siren buat semua penyanyi baru yang obses berkiblatkan balada 90-an untuk
mencabar kredibiliti mereka menghasilkan sesuatu yang lebih berseni, berkelas
dengan hasil yang cukup solid atas ketelitian dalam ilmu serta pengalaman muzik
itu sendiri.
Comments
Post a Comment