Rating saya di Twitter
dengan meletakkan verdik 2 bintang untuk SimetriSiti mengundang cuak penggemar
tegar Dato’ Siti Nurhaliza. Ada mengatakan saya haters dan berat sebelah dan
ada yang menyatakan verdik saya tidak berasas.
Jadi dengan itu saya ingin
membuat pencerahan, sedikit penjelasan dan menjadi lebih kritis dan kritikal
terhadap figura seni yang sudah memiliki lebih 15 album studio sepanjang tempoh
22 tahun dia mencipta nama sebagai anak seni dalam legasi muzik tempatan yang
paling tinggi darjatnya - menyamai Tan Sri S.M Salim, Sudirman, Sharifah Aini
dan Sheila Majid.
Baiklah, sebagai pendengar
saya sentiasa mahu dicabar dengan satu pengalaman mendengar muzik (album)
lengkap yang memiliki satu konsep dengan kesinambungan muzik yang baik.
Bagi saya muzik (album)
adalah satu journey perasaan yang punya cerita lengkap dan cerita lengkap itu
tidak semestinya pada penulisan lirik tetapi continuity penciptaan melodi yang
melengkapi antara satu lagu dengan lagu lain.
Hal-hal ini ada dalam album
Pancawarna, Prasasti Seni, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati dan Fragmen.
Album-album ini contoh terbaik naskhah album yang lengkap pernah dihasilkan
Siti bersama battalion muzik yang dilantik.
Saya harus menjadi lebih
kritis sebagai pendengar, demand dan expectation saya tinggi terhadap Siti
kerana ketika Fragmen dilahirkan saya seronok dengan produksi album tersebut
dan setelah lebih 2 tahun tanpa album, saya mahukan sesuatu yang menyamai
standard album tersebut atau lebih lagi.
SimetriSiti dimulakan
dengan pertaruhan Segala Perasaan yang sangat istimewa penciptaannya. Jujur
saya goosebumps ketika pertama kali mendengarkan lagu ini. Vokal Siti berada di
tahap paling baik dengan feel yang begitu hebat sekali. Bait-bait lirik lagu
ini sangat indah dan ia melengkapi segala aspek melodi, susunan muzik, kualiti
rakaman dan ya saya ulang sekali lagi vokal hebat Siti yang maha dahsyat.
Jadi dengan itu saya sudah
menjangkakan sesuatu yang cukup hebat akan ada pada SimetriSiti. Namun saya
kecewa kerana album ini gagal dalam melengkapkan formula muzik yang saya sebut
sebagai journey (pelayaran) perasaan itu tadi.
Mengapa?
Album ini dibuka indah
cukup indah susunan string dalam lagu Bersandar Cinta. Namun maafkan saya
Aubrey melodi lagu ini terlalu predictable dan entah mengapa mengingatkan saya
pada Layarlah Kembali (Dayang Nurfaizah)
Aubrey Suwito komposer yang
saya sukar menebak karya daripadanya. Contoh termudah Lebih Indah dan Jaga Dia
Untukku - kedua-dua lagu ini tidak ada esen Bisakah atau Beradu Di Khayalan
juga Menatap Dalam Mimpi.
Namun entah di mana
kurangnya Bersandar Cinta hanya bagus pada kemasan muziknya sahaja (string
dalam lagu ini begitu hebat) namun sejujurnya melodi lagu ini sekadar
biasa-biasa.
Sebuah lagi lagu ciptaan
Aubrey berjudul Manis Terindah juga begitu, Melodi lagu ini terlalu mudah dan
tidak dinamik. Momentum album ini bagai dimatikan begitu sahaja dengan trak
ini. Saya tidak punya masalah dengan lagu yang datang dalam melodi yang simple
tetapi simple tidak perlu menjadi bosan dan outdated.
Lagu seperti Sayang (Faizal
Tahir) atau Sabar (Ismail Izzani) contoh terbaik lagu simple yang diadun dengan
nuansa semasa yang membuatkan 2 lagu tersebut segar, relevan dan tidak
kedengaran old-fashioned. Namun Manis Terindh tidak ubah seperti beberapa lagu
Siti yang saya sebut sebagai naskhah yang mudah dilupakan atau orang sebut
sebagai filler. Lagu seperti Hanya Dirimu (Ajai) dan Pejam Matamu (G-Nola)
daripada Prasasti Seni contohnya.
Aku Bukan Malaikat sebuah
lagi lagu dengan formula yang diulang guna dalam lagu Ketika Cinta atau Batasku
Asaku menerusi album Tahajjud Cinta. Saya sukakan alunan ketuhanan Siti dalam
Mula dan Akhir (Awi Rafael) menerusi Fragmen. Lagu tersebut membawa standard
muzik pop Siti lebih bercitarasa dan kedengaran asli. (Asli di sini maksud saya
- dengarlah mana-mana lagu ciptaan Opick semuanya serupa).
Dalam hal ini saya tidak
ada masalah dengan lagu Aku Bukan Malaikat tetapi selepas fasa Mula dan Akhir
yang bagi saya sejujurnya antara lagu terbaik pernah Siti rakam, saya berharap
Siti kekal pada tempo serupa tanpa kembali pada formula Tahajjud Cinta.
Kisah Ku Inginkan (Duet
Judika) kembali pada aliran muzik semasa Siti. Bukan sesuatu yang baru tapi
setidaknya tidak kedengaran outdated. Lagu ini kesinambungan yang baik Muara
Hati, Seluruh Cinta dan Dirgahayu. Korus lagu ini sangat baik dalam memberi
justifikasi yang hebat pada kedua-dua vokalis ini.
Saya hentikan review
SimetriSiti di sini kerana lagu-lagu lain yang ada menerusi album ini di bawah par
expectation yang saya harapkan. Lagu-lagu melodi sedih dengan lirik gembira,
melodi la la la..,pop rancak yang sekadar mengisi ruang kosong dan balada ala
Hapuslah Air Matamu (rujuk lagu Ikrar Cinta) yang saya yakin hanya akan menjadi
sebahagian daripada ratusan lagu yang bakal dilupakan.
u got the point, but berbalik kpda konsep yg siti ingin ketengahkan, citarasa peminat. itu je yg sya boleh ckap. sbb tuh ad lagu yg kedengaran outdated tpi dekat di hati peminat sebenarnya. kembali kpda nostalgia siti dulu2.,sbb tuh ad yg persis lagu2 yg prnah dikeluarkan sbelum ni, benar2 menceritakan akan 'simetri' siti nurhaliza.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI must say. I was a little bit disappointed with SimetriSiti
ReplyDeleteAnd why semua lagu happy happy je
I still find transkripsi the best