Skip to main content

20 Tahun Innuendo – Warisan Legasi R&B Yang Tertinggal

 Ketika Belaian Jiwa pertama diperkenalka pada halwa massa sekitar 1998, saya baru menginjak masuk usia 13 tahun. Kiranya baru nak masuk form 1 dan sejujurnya saya tidak kenal apa itu muzik R&B kecuali mendengar beberapa lagu daripada Boyz II Men atau Mariah Carey (itupun kerana lagu mereka popular di radio).

Jadi dengan kemunculan Innuendo sebetulnya buat saya makin dekat dengan genre muzik ini. Selepas itu barulah saya kembali mengorek balik kewujudan muzik R&B tempatan dengan bahan bacaan (esp. daripada Saniboey Ismail) dan mendengar kembali semua album-album awal Sheila Majid, Ning dan Fairuz Hussein.

Innuendo cukup istimewa bagi saya. Selepas pasca Awie dan KRU (saya fans berat dua nama ini ketika di sekolah rendah) saya kira kita semua diperkenalkan dengan R&B berat oleh Positive Tone (yang dikemudi genius berkelulusan Berkely, Ahmad Izham Omar)

Menerusi Positive Tone juga saya mengenal Liza Aziz yang maha hebat vocal dan feel dalam nyanyiannya. Album Hati Ini yang diedarkan pada tahun 1995 masih lagi saya letakkan sebagai album Pop terbaik yang pernah bakat lokal kita hasilkan.

HARMONI VOKAL TERBAIK
Back to cerita Innuendo, tahun ini debut yang dihasilkan sepenuhnya kreativiti Ahmad Izham Omar bersama pemuzik hebat lainnya menjadikan Innuendo sebagai benchmark baru hala Pop tempatan ketika itu.

Biar muzik mereka agak ke depan berbanding pemuzik yang lain dan dianggap sebagai terlalu berani – tiada siapa yang menyangkal Belaian Jiwa adalah remake terbaik yang pernah dihasilkan.

Saya masih ingat kali pertama mendengan If I Could yang pantas mengingatkan saya pada lagu Boyz II Men. Harmoni vocal mereka begitu hebat sekali, dengarkan saja lagu-lagu seperti Selamanya, So Good Inside, Just For You, Until End of Time dan tentu saja Belaian Jiwa.
 
Saya fikir jika tiada Innuendo sebagai penggerak utama kumpulan vokal yang berani mempertaruhkan R&B sebagai percaturan, nama-nama seperti Rufffedge dan V.E belum tentu ada untuk mengisi demad yang dicipta.

REKOD ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-5
Debut ini tidak hanya membuka mata pendengar muzik semasa ketika itu, namun perhatian diberi ke peringkat lebih tinggi. Percaturan album ini nyata bukan sesuatu yang sia-sia apabila Innuendo mencipt asejarah tersendiri dengan membawa pulang 6 anugerah utama AIM ke-5.

Mereka membawa pulang trofi bagi kategori Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, Persembahan Vokal Berkumpulan TerbaikRakaman Album Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Belaian Jiwa) dan Lagu Terbaik (Selamanya) ciptaan Azlan Abu Hassan.

Dan sehingga hari ini saya kira rekod anugerah terbanyak dalam satu majlis masih lagi dipegang oleh mereka.

Hari ini tiada lagi Innuendo, atau tidak salah jika saya katakan tidak akan ada lagi Innuendo. Namun apa yang mereka tinggalkan buat perkembangan industry muzik  tempatan sudah tercatat dalam sejarah yang takkan mungkin dapat dipadam dan akan sentiasa diingat SELAMANYA. 

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjud...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...