Tanpa sebarang pendidikan formal
dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa
pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar
Melayu khususnya.
Lagu-lagu popular seperti Seksa,
Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku
Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak
Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi.
Saari Amri komposer yang bijak
dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut
paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat /
kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi
dalan hit malar segar Pelamin Anganku Musnah (Azie) selain kisah darjat
(Kekasih ku Di Menara) dan cinta tiga segi dalam lagu Di Sana Menanti Di Sini
menuggu.
Ini isu-isu yang kita orang
Melayu hadapi. Saya sebut hal remeh tetapi ini kita – suka bercinta, mengharap
dan suka kecewa. Ya, suka kecewa. Kalau kecewa tu kira macam one of achievements
dalam percintaan. Cinta dalam konteks Saari Amri tiada yang bahagia. Semuanya berakhir
duka dengan tragedi yang bermacam cara.
Dan melodi-melodi balada Melayu
ini ditulis liriknya sama ada Saari sendiri atau Mama Juwie, Aznida dan
lain-lain penulis yang melengkapkan lagi naskhah Saari Amri dalam satu pengaruh
yang cukup tersendiri.
Sejujurnya saya bukan penggemar tegar lagu-lagu Saari tapi tidak saya nafikan dia seorang komposer yang cukup original dalam menghasilkan melodi sebegini.
Penciptaan lagunya berteras jiwa Melayu dan beberapa lagu ciptaannya saya cukup sanjung tinggi akan keaslian penciptaannya.
Apa yang penting hamper ratusan lagu-lagu
ciptaannya bersifat evergreen. Tidak ramai composer yang mampu mampu menghasilkan
lagu bersifat evergreen sekali pun lagu-lagu mereka popular kerana belum tentu
ia akan diputarkan atau mahu didengarkan pada masa lima atau sepuluh tahun akan
datang.
Saya menghabiskan
berminggu-minggu mendengar dan menganalisa lagu-lagu ciptaan Saari Amri dan
berikut 10 Lagu Terbaik Ciptaan Saari Amri yang saya senarai pendekkan dan
mengapa lagu-lagu ini saya sifatkan sebagai sentuhan emas komposer ini.
CINTA TAK
KENAL SIAPA Aris Ariwatan
Saya sukakan suntikan elemen
muzik Melayu dalam lagu ini. Penyatuan melodi, lirik dan feel Aris Ariwatan
menjadikan naskhah ini cukup sempurna sekali. Ini antara all-time favourite saya
sepanjang membesar dengan lagu-lagu melayu. Lagu ini asli dalam mentafsir lagu
melayu asli dengan sentuhan balada yang cukup cemerlang produksinya.
GERIMIS
MENGUNDANG Slam
Saya letakkan Gerimis Mengundang
sebagai lagu evergreen terbaik yang pernah kita ada dalam sejarah penciptaan
lagu-lagu pop balada tempatan. Sentuhan gitar akustik lembut di intro lagu ini
sehingga killer chorus “Bukan sekejap
denganmu, bukan mainan hasratku” cukup membuai sekali. Lagu ini sentiasa
kedengaran sedap tanpa mengira peredaran zaman.
SEKSA U.K’s
Strumming gitar akustik dibalik vokal
Amir pada intro lagu ini cukup haunting. Seksa sebuah lagi lagu ciptaan Saari
yang mengambil ilham lagu melayu asli dalam balada 90-an. Penulisan lirik cukup
puitis dan ikonik sekali. “Walaupun lena
ku panjang, tiada mimpi bertandang. Menghitung hari berlalu seksanya aku.”
Ziana bukan nama asing dalam
merakamkan lagu-lagu ciptaan Saari Amri. Madah Berhelah, Kekal dan Kemelut Di
Muara Kasih antara yang paling dominan juga paling popular. Dan sehingga hari
ini lagu-lagu ini masih mendapat high-rotation di corong-corong radio. Itulah magis
melodi seorang Saari Amri.
KAU DIPAKSA
AKU TERPAKSA Scan
Sejujurnya saya penggemar suara
vokalis Scan, Azzan. Ada kemerduan dalam setiap bait lirik yang dinyanyikan. Bagi
saya Azzan penyanyi yang faham teks lirik dan works well dengan melodi Saari
berbanding Amir (U.K’S) yang agak bingit. Lagu ini antara yang paling sedap
sekali.
SUCI May
Ilham balada dengan lirik
humanisme dan ketuhanan ini cukup bagus sekali penciptaannya. Dibawa cemerlang
vokalis May yang ketika itu Yantzen dengan persembahan vokal yang cukup memberi
justifikasi pada teks lirik yang ditulis.
Lagu ini ada esen Kemelut Di
Muara Kasih sikit. Cukup leleh yang amat leleh tapi saya kira verse lagu ini is a killer! A very very good verse. Saya
sangat sukakan transisi verse ke
korus lagu ini. Flow yang disusun
Saari sangat cantik sekali dalam bercerita menerusi melodi.
SEMBILU Ella
Antara lagu evergreen Ella dan
Saari Amri. Sembilu bergerak dalam rock balada acuan Ella yang sedikit berbeza
dengan apa yang kerap dibikin Saari. Lagu ini lengkap sebagai sebuah naskhah evergreen
yang akan sentiasa segar buat pendengaran tempatan.
PELAMIN
ANGANKU MUSNAH Azie
Azie one hit wonder yang paling
hebat saya kira. Pelamin Anganku Musnah sebuah karya yang cukup ikonik sekali. Kisah
impian cinta yang tidak sampai ke jinjang pelamin hanya Saari Amri dan Lukman S
sahaja yang pandai buat. This is a masterpiece tak kisah la korang suka ke
tidak – the fact is semua orang tahu akan kewujudan lagu ini.
MASIH
TERSERLAH AYUMU Exists
Intro gitar dalam lagu ini is a
killer. Vokal Ezad beri justifikasi terbaik untuk melodi Saari yang cukup hebat
ini. Lagu ini punya paten muzik Exists dan di sini bijaknya Saari dalam setiap
produksi lagunya kerana lagu sebegini anda tidak akan dapat dalam mana-mana
lagu U.K’s atau Slam. Fundemental-nya serupa tetapi finishing keseluruhan lagu bikin
ia berbeza antara satu dan lainnya.
Comments
Post a Comment