Skip to main content

#PerspektifMuzik Let Us Be Honest About AF Megastar!

Sebetulnya saya tidak mahu terlalu mengambil serius tentang AF Megastar ini kerana akhirnya ia hanya menjual idea hiburan hujung minggu yang silih berganti. Tetapi saya terus terang pada masa yang sama saya tidak boleh pandang ringan pada AF kerana suka atau tidak ia akan menjadi bahan bual dan saya percaya daripada bahan bual ramai ia akan jadi satu sub budaya dalam showbiz tempatan.

Saya sejujurnya juga kurang berminat pabila melihat 24 calon finalis tanpa Kaer, Vince, Farah dan Farhan but again saya kira sebagai manusia mereka berempat evolve dan matang atau mungkin semakin realistik. AF bukan lagi platform yang baik untuk meneruskan kelangsungan minat dalam nyanyian.

Jadi Kaer semakin selesa sebagai pereka, Farhan dan Farah semakin bahagia sebagai isteri juga ibu. And yes, that’s how human evolve in life – bukan melepaskan minat dan bakat but more clear dengan tujuan hidup sebab minat doesn’t pay your bills. So, I am okay mereka tidak memilih untuk masuk AF Megastar.

MENYANYI ITU HARUS MERDU
Saya fikir ramai yang di atas pentas masih keliru tentang apa itu seni dalam nyanyian. Menyanyi WAJIB ada merdunya dan ini yang Indah tidak faham tentang nyanyian. Ada garis panduan sangat jelas antara nyanyian dan jeritan. A very thin fine line! Dua persembahan – Tergantung Sepi dan Tiada Lagi Tangisan sangat bingit dan terlalu nyaring.

Rujuk bagaimana Misha Omar menyanyikan lagu ini. Dia tidak menjerit dan dia sedaya mungkin tidak overdo nyanyiannya. Rujuk persembahan Anugerah Bintang Popular tahun lalu.

Adira seorang lagi penyanyi yang tidak faham apa perlunya menyanyi dengan merdu. And to be honest Adira adalah penyanyi yang tidak serius. Lirik ke laut, feel tak ada langsung dan main-main. Luckily, she’s out and to be frank peluang yang dia ada malam semalam jika diberi pada Amylea akan lebih bermanfaat.

Dan apa masalah Azhar? Suara sedap, feel ada cuma masalah Azhar adalah dia tidak tahu apa yang dia mahu sebagai seorang penyanyi. Dalam Gerimis seperti kata Norman kedengaran awkward atau kata saya – karaoke standard. Seriously ke masuk AF Megastar bagi nyanyian standard karaoke? Saya lebih senang melihat how cool Amir on stage menyanyikan Hanya Kau Yang Mampu malam tadi.

PALING KEMAS, PALING SOLID
Markah penuh saya untuk Syamel. He’s a game changer dan dia tahu what it takes to entertain people to the next level. Syamel muda, full of energy, kreatif, bold, fun to watch and know how to be fun on stage! Dia tidak di pentas untuk tampilkan persembahan yang biasa-biasa dan ini yang tidak ada pada 11 yang lain.

Now the brutal truth! Let’s Talk about Bob. Ramli MS kata Bob is the only penyanyi yang pernah dapat knock daripada orchestra yang pernah dikendalikan. Okey, saya memang tak ada masalah dengan Bob dan sangat suka Bob. Terus terang dia memang penyanyi yang baik dan tak ada satu daripada kita menafikan fakta itu.

Tapi.
Soalan saya – how many of you would buy his song on iTunes?

Bob bukan penyanyi yang komersil not until he gets the right songs. Masalah Bob selain visual adalah dia tidak memiliki naskhah yang tepat. Through all the years dia dalam industri muzik, kenapa dia masih di level yang sama? Kerana dia tidak ada naskhah yang kuat.

Apa maksud saya dengan naskhah yang kuat? Pertama naskhah itu harus bagi justice pada vokal Bob tapi ini bukan masalahnya. Masalah utama adalah naskhah bagaimana yang boleh beri buying power pada pendengar? Saya letak situasi begini. Jika anda ada wang RM20K would you pay Syamel to sings at your events or Bob? Hope anda faham apa yang cuba saya sampaikan.

Added value amat penting dalam pasaran semasa. Semua orang boleh menyanyi dan ramai yang boleh menyanyi dengan baik. Cuma kalau kita boleh bayar satu harga kreativiti luar biasa pada Syamel dengan added value yang lebih why would I pay for Bob? Ini persoalan yang Bob masih bertemu jawapannya. I ask you girls, kalau Afgan itu berwajah Bob would you pay for his concert tickets? Biar saya jawab, secara realistiknya tidak.

Saya agak kritikal tentang hal ini kerana saya tidak menilai apa yang di pentas sahaja. It has to be more and beyond. Saya setuju kata Tok Ram Bob harus double up talent dia which is means dia kena kerja lebih keras daripada orang lain.

Dan atas sebab itu people would pay for Syamel sebab dia faham tentang pasaran dan dia realistik. Jadi dia polish diri dia dengan skil muzik dan taste music yang dia ada untuk orang terus suka dengan dia. Syamel ada ilmu itu dan dia guna pakai sebaiknya untuk kekal relevan.

Jadi Bob harus lebih kritikal pada dirinya sendiri. Jika tidak, soalan yang dia tanya pada Tok Ram dua hari sebelum final AF 2 berbelas tahun yang lalu jawapannya adalah masih krik krik. Bob boleh menyanyikan apa sahaja lagu dengan baik. But what more? Sebagai pendengar we demand for more.

Dan bercakap tentang evolve as an artiste saya suka melihat Idayu mencorak rentaknya kali ini. Dia lebih rasional dalam memikat hati pendengar tempatan. Totally different daripada apa yang kita lihat di AF 3.  I bet you she won’t sing Ya Maulai masa AF dulu.

Jadi saya kira dia semakin bijak dalam percaturan mengkomersilkan namanya. A very good rebranding. Julat suaranya juga semakin baik, jelas dan matang. Idayu buat kita mahu melihat apa lagi yang boleh dia tawarkan.

YANG MASIH ADA HARAPAN
Malam tadi saya buat pertama kalinya suka dengan Ewal. Suara Ewal sebetulnya sangat bold dan lagu Bunga Pujaan itu beri justifikasi yang baik pada suaranya biar kadang kedengaran agak Jamal di beberapa bahagian tetapi feel Ewal sangat bagus. Cuma dia kena work harder untuk berada di standard Syamel dan Idayu. Nasihat saya pada Ewal dengar how Misha Omar ambil feel dalam nyanyiannya.

Amir Masdi seorang lagi yang get attention saya malam tadi. Tak sempurna tapi saya suka lihat penyanyi yang rileks on stage dan deliver it well. Amir Jahari terlalu predictable, Shahir is not important sebab kalau dia menang trust me dia akan hilang lagi. He’s not a serious talent and I reserve my comments on Marsha.

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se