Skip to main content

#Review Atilia No.3 – “My Future Kids, This Album Is Made Out of Pure Love… It’s For You.”

Ketika Atilia mucul dengan Sangkar 10 tahun lalu, dia benar-benar membuka mata saya akan bakat seni muzik yang ada padanya. Dengan khidmat Roslan Aziz, Atilia bergerak melawan arus Pop semasa ketika itu yang banyak dimonopoli Audi Mok (Dayang, Ferhad, Liza Hanim, Nikki, Zahid, Ning).

Sangkar membawa pendengar jauh kepada idea muzikal yang bermain dengan odd melody yang saya kira sukar dihadam pendengar semasa. Namun itu adalah antara album terbaik yang dihasilkan pada tahun 2007. Even tidak tersenarai dalam top 5 Album Pop Terbaik AIM, saya kira Sangkar masih menjadi penting dalam sejarah muzik tempatan.

Selepas itu Atilia pada tahun 2010, Atilia muncul dengan Indah yang membuat saya sangat teruja kerana Sangkar terlalu bagus penghasilannya. Namun saya kecam teruk album ini kerana saya kurang faham arah Atilia ketika itu (Boleh baca di sini https://muzikkitamy.blogspot.my/2010/08/atilia-indah.html ).

Transisi Pop Indo dalam lagu-lagu seperti Indah, Harus Bagaimana dan Silly Little Thing bagi saya ketika itu bagai satu putaran 360 darjah yang nyata berbeza dengan apa yang ditawarkan dalam Sangkar. And to be frank I hate that album so much (tapi masa tu lah).

Now bila saya tahu Atilia akan keluar full album dengan judul No.3 ini saya buka fikiran juga emosi untuk faham corak muzik Indah. Ya, sound Indah terlalu Indo Pop bagi saya dan kenapa saya kena dengar Indah kalau saya boleh dengar Maliq & d’Essentials, Hivi, Monita Tahalea atau Bonita?

Tapi saya kira Atilia seorang artis yang faham akan kraf yang dia mahu diasosiasikan. Lihat sahaja bagaimana Maliq & d’Essentials evolve sebagai pengkarya. Bermula album Sriwedari mereka merencana satu rentak muzik yang nyata berbeza dengan tiga album terawal (1st, Free Your Mind dan The Beginning of a Beautiful Life). Maliq dalam Sriwedari, Musik Pop dan Senandung Senandika pergi jauh pada idea fusion nusantara dengan pengaruh muzik 70-an khususnya.

Jadi begitu dengan Atilia. Dia tahu dan mahu lakukan apa yang dia percaya baik untuknya. Ya, jika dia terus bergantung pada Roslan Aziz dan Mukhlis Nor album-albumnya akan jadi album yang cukup poetic namun saya kira Alitia hanya menemukan kepuasan sebenar dengan melakukannya sendiri bersama produsernya T.K, Jason Voo dan Adam Sofian.

Maka terlahirlah No.3 dengan single pertamanya Aku Curiga (saduran Salamiah Hassan), Segalanya (Duet Lokman Aslam) dan Bahagiaku (saduran Tiwu Rayi). Sembilan lagu dalam album ini kebanyakannya lagu saduran selain Aku Curiga dan Bahagiaku lagu lain adalah No Fruits For Today (Sore), Cintaku Mengatasi Segalanya (Salamiah Hassan) dan Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan (Payung Teduh).

Saya tiada masalah dengan trak-trak saduran tersebut cuma masalah saya adalah susunan trak keseluruhan album. Jadi untuk memuaskan telinga sendiri saya menyusun lain di akaun Apple Music dan Spotify mengikut continuity muzik serta melodi yang saya kira lebih seronok untuk dilayan. Berikut susunan saya

Bahagiaku (Choky Naingolan)
Sandaranku (Atilia / Derek Jhingoree)
Segalanya (Lokman Aslam)
Cintaku Mengatasi Segalanya (Freddie Fernandez / Habsah Hassan)
No Fruits for Today (Ade Paloh / Mondo)
Aku Curiga (Simon Justin Leo / weizek)
Kurnia Syurgawi (Amirah Ali / Sulu Sarawak)
Perempuan (Is Payung Teduh)
Realize (Atilia / Jason Voo)

Okey, maka dengan itu review album No.3 bermula di sini (intro paling panjang pernah saya buat) dan dengan seronoknya jugalah saya melayan lagu Bahagiaku yang begitu indah sekali penciptaannya. Saya tidak pasti bila kali terakhir saya dengar lagu melayu yang happy (maklumlah budak-budak sekarang suka buat lagu GANTUNG dan MATI. I mean, seriously?)

I really really love this track. Seperti mana judulnya, sebegitulah perasaan saya mendengar lagu ini. Bahagiaku is a happy song (obviously) yang datang dengan melodi catchy, susunan muzik yang tidak terlalu complicated dan lirik yang cantik sekali tulisannya. Bait “Bahagiaku Cuma sama kamu, senang bila ada kamu, kuingin selalu bersamamu.”  Saya ulang berkali-kali mendengarnya.

Kemudian duet Sandaranku bersama Adibah meneruskan segala rasa bahagia yang ada dalam Bahagiaku. Tapi kali ini Atilia membawa idea persahabatan. Saya sangat sukakan kolaborasi ini, vokal kedua-dua mereka complete each other voices. Sangat lembut, sangat sweet dan saya tak pasti bila kali terakhir ada orang buat lagu macam ni. This song definitely one of the best dalam No.3.

Segalanya, satu lagu duet bersama Lokman Aslam yang diubah sikit susunan muziknya. Nak dengar rakaman awal boleh YouTube muzik video lagu ni. Saya prefer version album sebab saya tak suka sound violin dalam original recording. Cuma bahagian intro saya lebih suka versi asal. Segala happiness dalam Bahagiaku dan Sandaranku diteruskan dalam lagu ini. Korus lagu ni sangat sangat sedap dan jujur saya sangat terbuai dengan blend vokal Atilia dan Lokman dalam lagu ini. Sempurna!

Cintaku Mengatasi Segalanya sebuah saduran yang cukup indah. Bagusnya penyanyi seperti Atilia adalah dia tahu bagaimana mentafsirkan nyanyian pada lagu ballad dengan cara yang paling lembut dan soulful. Tanpa perlu struggle untuk capai nota tinggi (dalam erti kata lain berusaha keras get people attention – yes, I can hit the high note tapi sharp dan keras). Saya suka rendisi ini kerana segala kelembutan yang ada dalam lagu ini.

No Fruits For Today dan Aku Curiga meneruskan nota-nota gembira dalam melodi dan susunan muziknya. I can easily relate to both. Saya Cuma gagal dalam memahami rendisi Atilia menerusi lagu Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan. Especially bahagian hujung ada suara Is.

Realize ada esen susunan muzik dalam beberapa trak album Sangkar. Personally, saya suka melodi lagu ini cuma kurang suka dengan susunan muziknya sahaja. But not too bad overall sedap. Album ini ada satu lagi ballad berjudul Kurnia Syurgawi. Verse lagu ini sangat baik cuma koruusnya terlalu Melayu.

Saya sejujurnya gembira dengan kemunculan semula Atilia dengan album penuh No.3 ini. Seperti yang saya katakan awal tadi Atilia (sepertimana Maliq n d’Essentials) evolve sebagai pemuzik juga penyanyi yang tahu apa terbaik buatnya. No.3 bukan untuk pendengar radio semasa atau yang masih mengharapkan esen Sangkar. Saya kira saya sudah move on dari Sangkar dan mula menghargai Indah kerana album No.3 ini.

Buat Atilia, saya berharap anda tidak berhenti. Biar selama mana masa yang perlu diambil menghasilkan album studio keempat nanti kerana jika tidak banyak yang mahu mendengar setidaknya saya masih lagi mengharapkan penyanyi seperti anda terus berkarya (kerana saya semakin lelah dengan penyanyi yang hanya mahu mencapai high note tanpa faham apa itu itu seni nyanyian).


Verdik:  ★★★★

Comments

  1. my fav goes to aku curiga & bahagiaku. aku still x boleh hadam dengan "Indah" haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se