Skip to main content

#PerspektifMuzik Menelusuri 3 Dekad Susur Galur Perkembangan Muzik R&B Tempatan

Meneliti pasaran muzik lokal dalam genre Pop dan R&B, pengaruh muzik R&B kita banyak dipengaruhi mod muzik Indonesia. Rencah melodi masih disulam dengan feel Melayu. Citarasa lokal yang tidak pernah akan lekang biar setebal mana nuansa R&B yang cuba diketengahkan mana-mana penyanyi tempatan sekali pun.

Muzik R&B tempatan sebetulnya digerakkan lebih luas ketika era 80-an di mana produser-produser muzik seperti Michael Verrapan, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan, Johan Nawawi, Susan Goh, Fauzi Marzuki dan Adnan Abu Hassan menggerakkan muzik ini.

Penyanyi seperti Famieza menerusi album Getaran telah mecipta satu nuansa R&B yang cukup baik sekali. Selain Francisca Peters yang hadir dengan debut Komputer Muzik (1984) produksi kemas Michael Veerrapan. Lagu-lagu dalam Komputer Muzik seperti Dia, Malam Sunyi, Keyakinan Diri dan Oh Cahaya memiliki chord muzik yang banyak dipengaruhi Lionel Richie, Phillip bailey dan Stevie Wonder ketika itu. 

Begitu juga Fairuz Hussein yang paling dihormati kredibilitinya dalam memperjuangkan nuansa ini. Dua album Perdana Fairuz yang diedarkan pada tahun 1988 (Kali Pertama) dan Coba Lagi (1990) turut mendapat tempat di Indonesia. Fairuz juga menjadi penyanyi tempatan pertama yang berduet dengan soloist terunggul Jakarta, Harvey Malaiholo. 

Beberapa lagu Fairuz seperti Kali Pertama, Ku Coba Lagi, Lagu Sambaria, Lembayung Sepi dan Apa sehingga hari ini menjadi naskhah terbaik R&B tempatan. Kali terakhir Fairuz muncul dengan album penuh (self-fund) pada tahun 2009 menerusi album Anugerah yang agak dipandang sepi.

FENOMENA SINARAN & TUA SEBELUM WAKTU SHEILA MAJID
Dalam kelangsungan pencarian nota-nota upbeat dalam R&B lokal, Sheila Majid dilihat yang paling dominan sekitar 80-an sehingga 90-an. Album Emosi (1987) kental feel R&B dan neo Pop yang menentang arus muzik perdana ketika itu.

Emosi menampilkan senarai hits terbanyak dalam mana-mana album Sheila Majid. Lagu seperti Sinaran, Tua Sebelum Waktunya, Fikirkan Dulu, Antara Anyer & Jakarta, Persis, Di Dalam Emosi Ini & Relakan meletakkan standard muzik Pop R&B di tahap yang lebih diterima ramai.

Sheila Majid lantas digelar ratu Jazz ketika itu biarpun apa yang ditawarkan bukanlah seratus peratus R&B tetapi hanya menggunakan koding muzik jazz dan melawan apa yang ditawarkan di pasaran ketika itu. Legasi muzik Sheila diterima terus dalam beberapa albumnya selepas itu seperti Warna, Legenda & Ratu. 

KEMUNCULAN BAKAT SOPRANO NING BAIZURA
Tahun 1993, Sony Music Malaysia memperkenalkan bakat bernama Ning Baizura di bawah kendalian penerbit muzik, Jari mencipta satu kejutan manis. Suara Ning ketika itu dianggap sebagai cukup unik bagi memberi warna dalam pasaran muzik tempatan.

Single Curiga mencuri tumpuan luar biasa. Dan bermula dari situ, diversity R&B tempatan yang dikaitkan dengan melodi-melodi upbeat beralih kepada sesuatu yang lebih soulful. Ning memukau dalam debut Dekat Padamu dengan beberapa lagu lain seperti Dugaanku dan Mungkin.

Ning dilihat memiliki pengaruh muzik black ketika itu. Album kedua menyusul dengan lebih baik. Single seperti Pasti, Kau & Aku, Penjara Kasih & In Another Life. Pada tahap ini Ning dilihat sebagai pelapis muzik R&B yang begitu boleh dibanggakan.

Tidak keterlaluan jika saya katakan Ning mencipta momen-momen terbaik muzik tempatan dengan album-album hebatnya yang lain seperti Teguh (album terbaik Ning), Always, Ke Sayup Bintang sehinggalah album Jepunnya Natural Woman.

Kemunculan Ning juga sedikit sebanyak menenggelamkan nama Fairuz Hussein malah Liza Aziz yang turut menghasilkan debutnya pada tahun 1992 yang menampilkan produser hebat seperti Azman Abu Hassan dan Ross Arifin.

Aishah menerusi album yang diterbitkan sendiri bersama EMI berjudul Tiada Duka…Untuk Apa menyuntik elemen cukup moden dalam muziknya. Dengarkan saja lagu-lagu hebat seperti Ombak, Semalamalaman, Orientalism juga feel luar biasa Antara Cinta & Kasih masih lagi menjadi album terbaik yang pernah dihasilkan bintang Pop ini.

DOMINASI SOLOIST LELAKI & REVOLUSI INNUENDO
Casey menerusi debut yang dihasilkan bersama Aubrey Suwito memberi warna dalam pasaran muzik semasa. Menerusi hit Seribu Impian, Casey muncul cukup tersendiri ketika itu sebelum kemunculan Sharizan menerusi trak Inggeris I Am No King ciptaan Helen Yap.

Namun dua nama ini hanya bertahan sementara sahaja kerana sambutan dingin terhadap lagu-lagu begini. Seperti biasa Balada masih mendominasi pasaran ketika itu. Percubaan Fauziah Latiff menerusi lagu Sahabat antara yang cukup berjaya juga ketika itu.

Positive Tone mengembalikan Liza Aziz buat kita semua menerusi album Pop R&B maha hebat berjudul Hati Ini yang menampilkan nama-nama besar seperti Ahmad Izham Omar, Azlan Abu Hassan dan Paul Moss sebagai produser album ini.

Dan antara banyak-banyak album yang dihasilkan Postive Tone, Innuendo mencipta impak serta fenomena tersendiri. Rendisi segar mereka dalam hit asal Carefree berjudul Belaian Jiwa membawa kembali R&B ke pasaran semasa dengan jayanya.

Anuar Zain muncul dengan album solo perdananya bersama Warner Music pada tahun 1998. Tidak salah jika melabel ini sebagai killer album dengan deretan hit malar segar seperti Bila Resah, Jangan Menangis Lagi, Musim Berlalu dan Tangisan Naluri.

Selepas itu muncul Kaer dengan debut Menjelma juga Reshmonu yang lebih solid dengan produksi album yang berkualiti tinggi. Dengarkan sahaja bagaimana dia merencana album Monumental dan Harapan (full album Melayu) dengan feel R&B, Jazz.

KEMUNCULAN DAYANG NURFAIZAH
Setelah tampil dengan album berjudul Pujaanku (1999) kemunculan Ning sedikit dingin dengan segala kontroversi akan cerita peribadinya membuatkan pandangan beralih pada bakat bernama Dayang Nurfaizah yang muncul dengan debutnya pada tahun 1998.

Album solo Perdana Dayang kental nuansa Pop Balada. Dengarkan sahaja lagu-lagu seperti Hakikat Cinta, Hujan Lagi Hati Ini dan Hasrat Nurani. Namun perhatian terhadap vokalnya melebihi lagu-lagu balada yang dipersembahkan.

Remake I Believe I Can Fly dan single Kembalilah Sayang membuktikan pengaruh nyanyian Dayang lebih terarah pada nuansa R&B. 

Album kedua menyusul dengan single Seandainya Masih Ada Cinta, Bahagia, Sedingin Mana Cintamu, Bahagia dan Sekali Lagi menyerlahkan kredibiliti sebenar Dayang sebagai penyanyi yang tidak hanya terikat pada nuansa balada semata.

Selepas itu satu per satu feel R&B Dayang bawa dalam setiap albumnya. To name a few Dayang Sayang Kamu, Ingin Kumiliki sehingga remake Kasih yang saya sifatkan sebagai album remake paling berani sekali dalam menyatukan melayu asli dengan feel R&B yang cukup eksperimental.
Jika anda masih ingat Camelia menerusi album Memori (1999) menjadi antara naskhah penting Pop R&B sehingga hari ini. Karya-karya Ahmad Izham Omar, Azlan Abu Hassan dan Kenny Tay dalam album tersebut antara yang cukup solid nuansa R&B

KESINAMBUNGAN MUZIK URBAN SYAFINAZ, NORYN AZIZ DAN JACLYN VICTOR
Syafinaz diperkenalkan EMI pada tahun 1999 dengan sebuah album Pop R&B yang menampilkan hit malar segar Ingin Bersamamu ciptaan Aubrey Suwito. Persinggahan sementara Syafinaz sebagai penyanyi menghasilakn dua album kesemuanya.

Siapa boleh melupakan album remake Syyh… yang menampilkan rendisi moden lagu-lagu Datuk Ahmad Nawab seperti Rindumu Rinduku, Tiada Maaf Bagimu, Kemesraan, Kusangka Siang Kiranya Malam dan lainnya? Syafinaz berhenti menghasilkan album selepas itu dia hanya membiarkan sejarah menyimpan semat karya yang akan sentiasa dikenang itu.

Noryn Aziz muncul berbeza setelah album terakhirnya Fantasi O Realiti (1997) secara total. Tiada lagi pop alternatif ala Alanis Morrissette atau Natalie Imbruglia – Noryn yang baru lebih musically sensual and sexy. 

Alam Maya diterbitkan sekitar tahun 2006 dengan menampilkan nama Daniel Verrapan sebagai produser. Feel Soul & Jazz melatari album ini dengan cukup yakin sekali. Alam Maya masih saya letakkan sebagai album penting dalam legasi muzik R&B, Soul & Jazz tempatan. 

Dua album terawal Jac – Gemilang dan Inilah Jac antara produksi yang cukup baik namun Jac semakin hilang arah selepas itu terutama sekali bila dia memutuskan untuk bersama KRU Music yang sempat menghasilkan dua album penuh.

PERCUBAAN YANG GAGAL
Saya tidak pasti berapa ramai yang masih ingat dengan penyanyi bernama Taheera. Dia tidak pernah memiliki album penuh tetapi beberapa lagu yang pernah dirilis punya pengaruh R&B dan Jazz yang cukup bagus sekali.

Lagu Keliru bersama Dave Andrew, penampilan dalam lagu kumpulan V.E dan Triple Noize antara kemunculan perdana Taheera. Namun sayang bagai tiada ruang baginya untuk mendapat tempatan di pasaran tempatan.

Beberapa nama lain seperti Nurfatimah, Shahirah, Hetty Sarlene, Wan Hardiah dan Dina muncul dalam nuansa serupa yang diperjuangkan Dayang Nurfaizah. Namun tidak semua mampu bertahan. 

Wan Hardiah datang dengan dua single Balada Seindah Janji dan Tertutup Buatmu. Namun lagu-lagu lain dalam album tersebut nyata sedikit mentang arus perdana. Beat R&B dan Dance dalam album tersebut gagal mendapat perhatian. Lagu karya Dave Andrew berjudul Cahaya antara yang terbaik pernah Wan Hardiah rakam sepanjang kariernya.

Dan muncul Shahira yang pernah dikatakan klon Dayang di bawah kendalian Iman Wan menampilkan hit Cinta Terluhur (Azlan Abu Hassan) juga hanya sekadar one hit wonder sekalipun menurut saya album itu begitu baik sekali penghasilannya.

Begitu juga dengan Dina yang hadir cukup promising tetapi tenggelam kerana kurangnya peluang atau pelan pemasaran yang salah. Nora selepas fasa Menyemai Cinta Bersamamu hadir dengan album Nora | Nora yang menampilkan lagu Kau Tak Pernah Jauh, Mata dan Ajaib Cinta mencuba dengan groove nukilan Audi Mok namun impaknya tidak sehebat album sebelumnya.

R&B MAESTRO TEMPATAN
I would say Michael Verrapan is the music genius yang memberi suntikan muzik bersifat internasional dan global dalam penghasilan lagu-lagu lokal. Lihat sahaja debut Francissca Peters berjudul Komputer Muzik (1984) dan pada tahun 1997 duo ini berkolaborasi sekali lagi dalam album Setinggi Angkasa.

Roslan Aziz menerusi syarikat R.A.P mengahsilkan banyak lagu-lagu Sheila Majid yang cukup hebat bersama pemuzik Mac Chew dan Jenny Chin khususnya. Ahmad Izham Omar meneruskan dengan beat yang lebih bersifat international dengan terhasilnya bakat hebat Innuendo dan Ferhad.

Paling saya suka adalah corak muzik Azlan Abu Hassan baik dalam fast number atau pop ‘Disney’ yang dihasilkan semuanya indah belaka. Masa (Liza Aziz), Fantasia (Hazami), Ku Izinkan Kasih (Camelia), Menyemai Cinta Bersamamu (Nora), Selamanya, Gemawan (Innuendo) dan karya-karya lainnya cukup tersendiri.

R&B HARI INI
Kitaran muzik hari ini nyata berbeza. Semuanya telah dimodenkan dengan teknologi yang sejujurnya membunuh terus feel dalam nyanyian khususnya. Di barat sendiri muzik R&B konvensional sudah tidak lagi mendapat tempat pasaran massa. Semuanya sudah dimodenkan atau saya sebut dimesinkan dengan pengaruh muzik trance, dubstep, K-POP dan muzik elektronik yang lain. 

Pasaran muzik Malaysia hari ini saya kira sudah terlalu stagnant dengan idea serupa. Saya sejujurnya letih mendengar lagu-lagu seperti Aisyah, Zalikha atau Sedalam-Dalam Rindu yang terlalu old-fashioned dan tiada revolusi – baik daripada segi muziknya mahupun nyanyiannya.

Harapan untuk kita mendapat pelapis dalam muzik berteras pop r&b yang dijuangkan Liza Aziz, Sheila Majid, Ning Baizura, Noryn Aziz dan lain-lainnya semakin menipis. Jika ada pun pasti ruangnya terlalu kecil untuk disokong pasaran semasa.

Saya berharap stesen-stesen radio dapat menyediakan slot khusus di stesen mereka agar lagu-lagu ini tidak hilang begitu sahaja dan dapat dinikmati generasi akan datang. Jika tidak, album-album yang bagus seperti Hati Ini (Liza Aziz), Teguh & Always (Ning Baizura), Getaran (Famieza), Kali Pertama (Fairuz Hussein), Hawa (Nikki) serta album lainnya akan dilupakan serta lenyap dalam kitaran muzik semasa.

DAFTAR ALBUM R&B TEMPATAN PILIHAN MUZIK KITA

Azmil - Pilihanku (1983)
Mazlan Hamzah - Aku & Diriku (1984)
Sheila Majid - Emosi (1985)
Fairuz Hussein - Kali Pertama (1988)
Sheila Majid - Warna (1988) 
Fairuz Hussein - Coba Lagi (1990)
Liza Aziz (1992)
Casey (1994)
Ning Baizura - Ning (1994)
Ning Baizura - Teguh (1995)
Sheila Majid - Ratu (1995)
Liza Aziz - Hati Ini (1995)
Sharizan - Hadir (1995)
Innuendo (1997)
Ning Baizura - Always (1997)
Fran - Setinggi Angkasa (1997)
Ning Baizura - Ke Sayup Bintang (1997)
Anuar Zain (1998)
Camelia - Memori (1999)
Dayang Nurfaizah - SMAC (2001)
Innuendo - BrandNuendo (2001)
Anuar Zain (2002)
Reshmonu - Monumental (2003)
Ferhad - Katakan Saja (2003)
Ning Baizura - Selagi Ada (2003)
Syafinaz..Syyh (2003)
Shahira - Cinta Terluhur (2004)
Dayang Nurfaizah - Dayang Sayang Kamu (2004)
Nikki - Maharani (2004)
Dayang Nurfaizah - Kasih (2005)
Jaclyn Victor - Inilah Jac (2006)
Noryn Aziz - Alam Maya (2006)
Hazami - Nyata (2007)
Kaer - Menjelma (2007)
Nikki - Hawa (2008)
Reshmonu - Harapan (2009)
Fairuz Hussein - Anugerah (2009)
Noryn Aziz - I'm Alright (2010)
Dayang Nurfaizah - Sayang & Cahaya (2011)








Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se