Skip to main content

#Review Andien (Metamorfosa) Jaluran Kisah Hidup Nan Bahagia Yang Diindahkan Dalam Melodi Paling Puitis

Terbukanya pendengar muzik Indonesia satu spirit yang sangat saya kagumi. Pasaran muzik mereka cukup luas dan tidak terikat pada satu genre untuk diterima pasaran semasa. Semua genre punya peluang untuk sama popular dan sama dikenali.

Tidak kiralah sama ada Dangdut Syahrini sehingga jiwang Wali Band dan Pop Tulus juga Afgan urban Rinni Wulandri juga Teza Sumandra dan corak indie Payung Teduh – semua diterima cukup terbuka dan diraikan tanpa prejudis.

Masyarakat di sana meraikan muzik dengan cukup adil sekali dan hal-hal ini membuatkan penyanyi seperti Andien yang sudah bertahan di persada muzik tempatan sehingga 17 tahun lamanya since album perdanya Bisikan Hati yang mula diedarkan pada tahun 2000.

Muzik Jazz dan Pop yang moden diadunkan dalam kesemua album Andien jika dilakukan oleh penyanyi Malaysia pasti dipandang sepi. Dan disebabkan itu jugalah muzik kita stagnant tidak seperti Indonesia meraikan pemuzik mereka.

Metamorfosa sebuah cenderahati terkini Andien buat penggemar muzik di Indonesia khususnya dan buat yang meminatinya di Malaysia juga negara serantau lainnya. Album ini ibarat sebuah intepretasi hidupnya dalam susunan melodi serta penulisan lirik yang bahagia-bahagia semuanya.

Entah mengapa saat menikmati album ini saya memiliki perasaan yang sama mendengar album Atilia No.3 – feel Pop yang cukup moden dan senang sekali untuk dinikmati. Saya semakin dekat dengan idea Pop begini – semuanya cerita-cerita bahagia. “Mengisi dunia dengan cerita indah..” Bait lagu Halo Sayangku yang cukup fun sekali.

Kebahagiaan-kebahagiaan ini diteruskan lagi dalam lagu-lagu seperti Indahnya Dunia ciptaan Strio (mantan gitaris Maliq N d’Essentials yang juga pemuzik grup Alexa). This is a very beautiful Pop – saya khayal dengan melodi yang cukup senang sekali dinikmati. Bait-bait bahagia dalam lagu ini tersususun kemas untuk kita nikmata betapa cantik sekali kebahagiaan yang Andien lalui sekarang.

Biru antara favorite saya dalam album ini. Muzik Jazz dengan susunan string yang cukup mahal sekali bunyinya. Petikan piano dalam lagu ini sungguh indah sekali. Pelita antara lagu yang cukup baik dalam album ini. Saya suka sekali dengan bait liriknya

“Menangislah dengan kencang sayang beritahu kau datang
Dengan kilau sejuta terang…”

Belahan Jantungku lagu terbaik dalam album ini. Tulus yang mencipta melodi indah ini cukup bijak dalam rencananya memberi justifikasi kepada segala kebolehan Andien dalam persembahan pop paling baik dalam album ini.

Saya sedikit tidak kecewa dengan penerbitan ini. Biar ia kedengaran terlalu personal untuk Andien tetapi sebagai pendengar saya mampu untuk merasai segala cerita bahagia yang mahu dia kongsikan dalam Metamorfosa.


Verdik: ★★★★ 

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se