Filem Selubung (1992) arahan
Shuhaimi Baba dengan lagu tema Suara Binasa dendangan Hattan menjadi antara all time fav soundtrack saya. Lagu tersebut
benar-benar menggambarkan ilham keseluruhan di balik filem tersebut.
Dan tidak salah jika saya katakan
hampir kesemua filem-filem awal arahan Shuhaimi Baba antara yang memiliki esen
runut bunyi yang cukup tepat menggambarkan jalinan cerita yang ditulis ke layar
lebar.
Contoh lain yang cukup tetap
adalah lagu Indah Kassorga dalam dua
versi Hattan dan Susan Lankester – benar-benar beri mood yang cukup baik untuk
filem Ringgit Kassorga. Estetika seni muzik dan filem yang disatukan dengan tepat
sekali.
Dalam entri kali ini saya ingin membawa
nostalgia kita dalam runut bunyi Layar Lara yang diterbitkan Maman (Teachers
Pet) pada tahun 1997. Sepertimana solidnya filem tersebut sebagai naskhah layar
lebar yang terbaik sehingga hari ini, saya kira begitu juga dengan runut
bunyinya.
Album ini saya kira diterbitkan
dengan segala nilai estetika seni muzik yang cukup tinggi. Daripada penciptaan
lagu, penulisan lirik puitis, susunan muzik, persembahan vokal dan kesinambungan
antara satu trak ke trak yang lain dibikin cukup teliti dan kemas sekali.
Sesekali dialog dalam filem
diselitkan menambah mood kita sebagai pendengar menikmati satu pengalaman muzik
yang cukup mengkhayalkan.
Dibuka indah dengan prolog humming dalam anthem Layar Lara yang cukup membuai perasaan
sekali diselang-selikan dialog utama Ena Manjalara – Malik – Daud dan Seniwati
Zai.
“Tanah ini
daging kami,
Air mengalir
di sungai itu darah kami,
Akar-akar
pokok ini urat kami,
Belum ada
harga boleh ganti akar umbi dan keturunan…” – Seniwati Zai
Kehalusan melodi tulisan Maman
diteruskan dalam dua lagu favorite
saya dalam album ini Kasihku Pinjam
Wajahmu dan Manja Lara. Feel Maman
dalam dua trak ini antara yang cukup bernyawa sekali. I mean dengar saja
persembahan soulful Maman dalam lagu Manja Lara and all those piano repertoires! Cantik sekali susunannya.
Translara (Ida
Nerina) antara yang
memiliki penulisan cukup sinikal sekali. Bait berikut;
“Ada filem
takde panggung, ada idea takde duit,
ada pentas
takde pelakon, ada shooting goyang selalu.”
And the best part goes to these
lines
“Ada bakat
takde value,
Ada rupa tapi
kayu…”
Saya kembali terbuai dalam
instrumental Keroncong Lara di mana
petikan gitar Maman dan seruling Mohar menyatu sempurna dalam trak berdurasi 58
saat ini sebelum disambung kemas lagu Kalau
Mahu Kenal (Azean Irdawaty) yang begitu fun
sekali dan diakhiri dengan dialog Seniwati Zai sebelum disambung melodi indah
Man Bai dalam Kau Ilhamku.
Album ini ditutup dengan cukup
sentimental sekali. Dua trak terakhir runut bunyi ini cukup buat saya sayu
sekali. Senandung Lara memuatkan
dialog Ena dan Zeniwati Zai dalam latar seruling Mohar sebelum diteruskan
akustik gitar Maman.
Transisi dari satu lagu ke satu
lagu dalam album ini cukup konsisten sekali. Ia bergerak atas satu landasan perasaan
yang disulam dengan cukup indah sekali.
Saya kira di sini indahnya
menikmati sebuah runut bunyi, kita dibawa jauh melayang mendalami setiap cerita
dan karater yang ditulis sutradara.
Tugas Maman saya kira dalam memberi
justifikasi terhadap filem ini cukup berjaya sekali. Album ini akan sentiasa
diingati sebagai rujukan terbaik dalam sejarah penghasilan album runut bunyi
tempatan.
Comments
Post a Comment