Aku Ingin
Kembali merupakan album penuh Koratasa setelah yang terakhir Mulia yang
diedarkan FMC sekitar tahun 2003. Namun kugiran ini tidak pernah senyap
sebetulnya. Tahun lalu mereka mengeluarkan EP lima lagu berjudul Mathnawi –
Rumi yang cukup deep penghasilannya.
Saya akui
pada tahap ini kebijaksanaan pendengar kita akan benar-benar teruji dengan
teori muzik Kopratasa. Mathnawi – Rumi bukan naskhah komersil yang mudah
dihadam. Akan tetapi kalau anda pendengar yang bijak ad acara yang tepat untuk
menghadam segala isi cerita muzik dan falsafah kugiran senior ini.
Sepertimana
kugiran-kugiran folk nusantara yang lainnya, Kopratasa juga bergerak atas
landasan Folk yang asas. Penulisan lirik menjadi kekuatan muzik ini dan satu
cara paling baik untuk menghayati Aku Ingin Kembali adalah dengan memahami teks
lirik yang ditulis.
Melodi-melodi
dalam album ini bergerak atas penceritaan lirik. Saya kira di sinilah
istimewanya Kopratasa. Tiada melodi yang hook at your first listen tetapi kalau
anda dengar sambal membaca nashkhah liriknya. Anda akan terbuai, melayang dan
berfikir akan segala falsafah seni yang mahu diresapkan mereka.
Isu-isu
ketuhanan dan kemanusiaan menjadi asas cerita dalam setiap lagu dalam album
ini. Seawal pembukaan lagu Hidup mereka sudah berbicara tentang kemanusiaan
“Hidup
adalah seni di dalam seni yang tersendiri.
Kita adalah
diri di dalam diri yang menyendiri.”
Dan bait-bait
puitis ini diteruskan dalam lagu-lagu lainnya seperti Cinta. Saya amat sukakan
intro lagu ini cukup baik sekali penghasilannya. Kesepian dan kesuraman diri manusia ditafsirkan dalam teks
penceritaan yang cukup puitis sekali.
Lagu-lagu
puisi Kopratasa bergerak atas satu landasan yang cukup jelas. Sepertimana saya katakan
awal tadi cara terbaik untuk menikmati album ini adalah dengan menghadam segala
kata-kata mereka dalam setiap lagu yang dipersembahkan.
Dan dalam
banyak-banyak lirik yang ada dalam album ini lagu Mati antara puisi terbaik
yang ditulis.
“Teman
sejati adalah mati,
Teman mati
adalah sepi…”
Album ini
kaya dengan segala kata-kata yang anda perlukan dalam pembersihan jiwa dan
pendengaran. Album ini berjalan atas satu landasan cerita harafiah manusia sebagai manusia, sebagai hamba. Lihat sahaja bagaimana rencana susunan trak dalam album ini. Bermula dengan Hidup dan berakhir dengan Mati.
Peluang untuk mendengar lagu-lagu dalam album ini di radio sudah
hampir pasti tiada. Tetapi andai kata anda sudah terlalu bosan dengan lagu-lagu
anak muda yang mahu mati kerana cinta, saya amat mencadangkan anda untuk ambil
seberapa banyak masa untuk hadam dan faham setiap teks puisi yang Kopratasa
persembahkan untuk kita ini.
Verdik: ★★★
malam ni, baru tdgr album ni..terus tertarik dgn lagu2 nya..terutama 'keroncong jangan bersedih'...terbuai2 dgn bait kata2 itu...
ReplyDelete