Tinggal hanya beberapa hari kita akan merayakan
sebuah pesta muzik yang paling dinanti saban tahun. Di saat AIM semakin sepi – sebut
saja tidak lagi relevan. I mean Poova
Artis Baru Terbaik mengalahkan SonaOne? Mana dia sekarang dan SonaOne bersama
Joe Flizzow menang Juara Lagu, duet dengan Yuna etc etc.
Relevan, itu apa yang cuba saya sampaikan. AIM
selepas fasa Ramli MS dan Jennifer Thompson jadi makin krikk krikk. Dan saya
pusing tengok, baca dan perhati semula sejarah Juara Lagu nampaknya juara-juara
pesta muzik ini lebih menepati terma Lagu Terbaik.
Lagu yang bagus bagi saya harus seimbang
segala bentuk. Bukan sahaja keaslian penciptaan melodi yang sedap, lirik yang
puitis dan penyampaian yang baik tetapi kena popular. Kenapa kena popular? Kerana
hanya yang terbaik dan popular sahaja akan mengecap level Evergreen.
Dan disebabkan itu Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku, Isabella, Janji Manismu, Teratai Layu
di Tasik Madu, Tanya Sam Itu Hud-Hud, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta, Gemilang,
Lagu Untukmu dan paling terkini
Lelaki Teragung menjadi lagu yang sentiasa on demand, yang sentiasa radio pasang dan sentiasa boleh didengar
(walaupun kadang jelak jugak).
Lagu-lagu yang saya sebutkan tadi sudah capai
satu tahap evergreen dan yang menariknya
lagu-lagu tersebut bukanlah lagu-lagu yang menang kategori Lagu Terbaik AIM. Di
sini yang saya maksudkan AJL lebih relevan untuk pasaran yang bersifat nasional
setidaknya. Penerimaan berterusan dan keseimbangan antara nilai seni muzik dan komersil.
SISTEM PENJURIAN
DAN PEMILIHAN JUARA
Saya tidak tahu bagaimana sistem penjurian AJL dibuat secara
details. Setakat yang kita tahu, beberapa barisan juri dilantik untuk menilai
dan dan markah secara terkumpul dilaksanakan. Maka yang paling tinggi dikira
sebagai juara. Itu perihal standard mana-mana penjurian.
Pabila Tolong Ingatkan Aku persembahan Ana
Raffali diumumkan pada AJL Ke-25 mengundang suasana kurang senang. Maka banyaklah
pihak yang mempertikai pemilihan yang dibuat juri ketika itu diketuai sifu
M.Nasir. Kisah serupa terjadi pada beberapa tahun sebelumnya, pabila Keliru –
Ajai & Nurul karya sepenuhnya Aidit Alfian menerima respons serupa.
Masa Keliru
diumumkan Juara ramai yang menebak Nirmala atau Menadah Gerimis. Tapi sejujurnya
saya sangat setuju dengan pemilihan Keliru yang lebih Pop, moden dan muziknya
ke depan berbanding lagu-lagu yang lainnya. Bak kata idola saya Saniboey, Nirmala
tu terlalu Pak Ngah and what’s new about it?
Tolong Ingatkan
Aku menepis terus dua lagu hebat Faizal
Tahir Selamat Malam dan Hanyut yang disebut sebagai calon juara sebelum malam
pertandingan. Namun saya kira Tolong Ingatkan Aku cukup besar sifat humanisme-nya
berbanding lagu lain yang terlalu terus bercerita tentang cinta. Lihat sahaja
pesaing lainnya Cinta Sempurna, Sofea Jane dan Ku Ada Kamu umpamanya.
Jika ada satu tahun yang saya kurang setuju
dengan juaranya adalah AJL 30 bila juri decide
untuk memilih Potret (Akim & The Majistret). Saya tidak cakap lagu tersebut
tidak bagus tetapi untuk menewaskan Assalamualaikum (Faizal Tahir) adalah
sesuatu yang tidak masuk akal. Biar sehingga hari ini saya masih rasakan
Assalamualaikum harus menjadi juara tahun tersebut.
Jiwa besar dalam Assalamualaikum bukan calang-calang
naskhah yang kita boleh dapat selalu dan sejujurnya Potret itu terlalu Pop dan forgettable untuk diangkat sebagai naskhah
juara. Mewangi menurut saya lebih baik tetapi gagal ke final pada tahun
sebelumnya.
M.NASIR PEMEGANG REKOD JUARA TERTINGGI
Sifu muzik M.Nasir memegang rekod tertinggi sebagai komposer yang paling banyak
menang sepanjang musim penganjuran Anugerah Juara Lagu dengan empat
kemenangan keseluruhan. 3 kemenangan sebagai komposer dan penyanyi dan satu
lagi kemenangan sebagai komposer menerusi lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud, Ghazal Untuk Rabiah (Bersama Jamal Abdillah),
Andalusia dan Awan Nano
(Persembahan Hafiz).
Rekod ini diekori rapat Arwah Adnan Abu Hassan (Jerat Percintaan & Bunga-Bunga
Cinta) dan Pak Ngah (Cindai &
Balqis) dengan kemenangan sebanyak dua kali sepanjang 32 tahun penganjuran
AJL sehingga hari ini.
PRISMA POP
AJL 32
Sejujurnya dua belas lagu yang bertanding
tahun ini tidaklah berada di tahap yang terlalu bagus. Semua masih berlegar
ilham Pop semasa, tidak kurang juga yang
sekadar mencedok ilham muzik 90-an yang dah terlalu banyak bagi saya.
Kejutan manis yang saya harapkan tahun ini. Tentu
saja saya tidak mahu Warkah Untukku, Lebih Sempurna atau Bayang menang juara. Kalau
tiga lagu ini diangkat top 3 sekali pun saya rasa AJL jadi makin tak menarik.
Kejutan manis bagaimana yang saya harapkan? Kita
imbas kembali kemenangan Apa Khabar yang cukup-cukup membanggakan. Dan sejujurnya
saya memang sangat berharap Apa Khabar menang untuk duo hip-hop ini pulang
bangga.
Kenapa saya mahu Apa Khabar menang tahun tersebut?
Sebabnya mudah, lagu tersebut datang dengan formula muzik yang current, memecah dominasi klise muzik Melayu dan punya nilai evergreen yang akan kekal lama sifat juga keberadaannya dalam
pasaran muzik lokal. Korus catchy, lirik jujur telus meaningful dan Apa Khabar sebuah lagu yang bersifat cukup personal
tetapi boleh dinikmati semua. Dan arrangement
Apa Khabar malam tersebut – 5 bintang! A world class performance.
Hal hayat dalam lagu sangat penting bagi saya.
Lagu yang bagus senang dan banyak tetapi lagu yang boleh bertahan lama itu yang
semakin sukar dicari. I mean siapa saja
yang masih mencari Cinta Muka Buku untuk didengar dan lagu tersebut adalah
finalis yang menurut ramai sekadar meninggikan rating tontonan (tapi saya tidak
menidakkan bakat penciptaan lagu yang ada pada Najwa Latiff).
Berderu juga DM di Instagram kami bertanyakan
siapa yang MK jangkakan untuk menang tahun ini. Secara peribadi dan terus dijelaskan
di sini – Jampi memiliki semua elemen yang saya jelaskan dari awal tadi.
Potensi lagu ini untuk dibesarkan sifatnya di
pentas AJL begitu luas. Struktur atau asas Jampi saja sudah menang bab originality. Jika disusun kemas seperti
apa yang dilakukan Justin Timberlake dalam persembahan BRITS Awards (Tonton di
sini: https://www.youtube.com/watch?v=TX2MhqpHfxI)
Jampi akan wow the whole stadium even the
whole country.
Lagu ini punya sifat hampir serupa dengan
Mirror. All the guitar riffs dari
awal hingga ke hujung lagu disatukan dengan susunan string dan tambah trumpet repertoire
dan back-up vokal yang strong, Jampi akan buat semua terjampi
dengan the whole production
persembahan tersebut.
Akan tetapi itu hanya visual saya sahaja. Bagaimana
team Hael mahu membentuk Jampi saya
tidak tahu tapi apa yang saya tahu Jampi cukup segala elemen untuk jadi calon
juara terbaik tahun ini. Saya cuma takut kalau Hael tampil dengan idea mirip
persembahan Anugerah Skrin tahun lalu. Saya hanya mampu senyum jelah. It was a
really bad idea! #JanganBuatLagi #Please
Line-up AJL 32 penuh dengan lagu-lagu yang melodious. Tergantung Sepi punya melodi yang paling sedap, korus cemerlang Aku
Cinta dan Akhirnya Cinta juga antara yang bagus. Komposisi istimewa Ajai dalam Separuh Matiku Bercinta antara yang cukup
kemas dan terperinci penciptaannya. Saya juga punya harapan untuk Ajai pulang sebagai juara untuk lagu ini.
Persoalan sama ada Sejati mampu dinobatkan
sebagai lagu terbaik tahun ini selepas kemenangan AIM 2 tahun lalu belum siapa
tahu. Nora dengan Menyemai Cinta
Bersamamu menang besar 2 kategori di AIM tapi tewas dengan Seandainya Masih Ada
Cinta di AJL. Jadi tiada jaminan untuk Sejati bergelar juara tetapi Sejati
kuat di bahagian liriknya begitu juga dengan Aku Yang Sebenar (Hazama) yang mungkin
dilihat sebagai calon underdog.
Sebetulnya siapa pun yang menang itu hal kedua.
Apa yang paling penting adalah sumbangan AJL sebagai apresiasi seni muzik
tempatan itu yang harus kita semua berterima kasih. TV3 setidaknya memberi
hiburan yang ada value dan tidak syok
sendiri (in terms of penerimaan).
Harapan saya agar TV3 dapat pertimbangkan
untuk memperkenalkan kategori Susunan Muzik Terbaik. Sayang arrangement hebat
Apa Khabar, Tak Pernah Menyerah dan Lelaki Teragung tahun lalu disia-siakan
tanpa sebarang apresiasi. Atau setidaknya beri kredit ketika persembahan
dilakukan.
Satu lagi harapan saya buat semua yang akan perform cukup-cukuplah dengan idea drama
pentas. Tak perlu berlakon, tak perlu gimik bukan-bukan. Stand still, bergerak bila perlu dan bernyanyilah sepuas hati anda.
Jangan tenggelamkan lagu yang bagus dengan persembahan yang murah.
Nota kecil: Rujuk betapa besarnya persembahan monokromatik
Lelaki Teragung tahun lalu yang hanya bermain dengan melodi, pencahayaan,
kostum dan figura Dayang kerana di hujungnya jiwa penyanyi itu yang mahu kita rasakan
dan resapi dan merinding. But then again,
tak semua punya kebesaran yang Dayang miliki.
Selamat maju jaya muzik Malaysia…
Kalau x silap, satu2nya Lagu yang menang Lagu Terbaik di AIM dan menjadi Juara Lagu di AJL hanya Jerat Percintaan.
ReplyDeleteso far memang Jerat Percintaan je..
ReplyDelete