Skip to main content

#RetrospektifMuzik 15 Tahun Fuuyo! Sebagai Album Urban Pop Paling Tastefully Produced



Pasaran sukar muzik urban ketika era 90-an sehingga hari ini sedikit sebanyak membuktikan sempitnya penerimaan pendengar massa yang tidak begitu memandang muzik ini sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan.

Berbanding di era 80-an saya kira muzik kita lebih beragam dan menerima terbuka pasaran muzik yang keluar kepompong pasaran Balada bunuh diri. Nama seperti Sheila Majid, Freedom, Fairuz Hussein dan Mazlan Hamzah diterima baik bukan sahaja pasaran tempatan malah nusantara.

Pasaran Pop R&B semakin kecil ketika pertengahan 90-an yang dimonopoli kugiran Pop seperti Spring, Slam dan Ukays serta bakat solo seperti Ramlah, Ziana, Haida, Safura dan lain-lain. Tetapi apa yang baiknya radio masih memutar lagu-lagu Sheila Majid, Zainal Abidin contohnya. Berbanding hari ini yang 90 peratus daripada apa yang kita dengar adalah benda serupa.

Afdlin Shauki memulakan karier nyanyiannya bersama Roslan Aziz Production (R.A.P) dengan single Sampai Bila yang dimuatkan dalam album R.A.P 96 yang memberi warna Pop berbeza ketika di pasarkan.

Selepas fasa R.A.P Afdlin mengambil masa cukup panjang untuk mengedarkan debut berjudul Fuuyo! Yang hanya diedarkan pada tahun 2013. Megambil masa 12 tahun untuk menyempurnakan Fuuyo! Album self-fund ini bagaimanapun dipandang sepi tanpa sebarang pendedahan radio khususnya.

Afdlin keluar daripada kepompong Balada bunuh diri dengan menghasilkan sesuatu yang lebih moden. Nuansa Funk, R&B, Jazz yang diadun dalam Pop cara Afdlin saya kira menjadikan muzik kita pada ketika itu ke depan dan lebih bercitarasa antarabangsa (Selain Innuendo, Ferhad dan Reshmonu).

Album ini datang dengan 17 trak yang masih segar biar sudah 15 tahun beredar di pasaran. Funk dalam Aku Lelaki dan Sampai Bila killer album ini. Saya tidak tahu ada atau tidak penyanyi lelaki yang memiliki sisi funk seperti apa yang Afdlin persembahkan dalam album ini.

Aku Lelaki all time fav saya, I can listen to this song at any time. Masterpiece karya Afdlin yang saya letakkan antara terbaik sejarah dalam penghasilkan muzik funk R&B tempatan. Groove dalam trak ini diteruskan dalam lagu seperti Ku Tak Mahu dan Tuan & Hamba.

Fuuyo! Tidak hanya fokus pada lagu-lagu berentak rancak sahaja percubaan balada Afdlin tidak juga mengecewakan. Tapi ballad Afdlin bukanlah jenis balada bunuh diri. Afdlin lebih senang bercerita tentang keindahan dalam cinta, persahabatan, tentang istimewanya wanita dan humanism dalam lagu seperti Waras antara kritikan sosial terbaik dalam penghasilan muzik Pop tempatan.

Waras saya letakkan sebagai lagu terbaik dalam album ini. Bait lirik di bawah cukup memperlihatkan betapa Afdlin peka dalam penghasilan muzik yang tidak hanya terikat pada idea putus cinta sahaja.

“Di Malam Ini Aku Mahu Bersendiri
Bertemankan Sunyi
Untuk Ku Tenangkan Hati
Selama Ini Kerap Saja Diganti
Disaat Ini Kulupakan Segala
Masalah Dunia Yang Sering Melanda
Sementara Walaupun Untuk Sementara.”

Keindahan balada Afdlin diteruskan dalam tiga lagi lagu lain seperti Bukan Cinta (Dirakam semula versi duet Amylea & Azan), Hingga ke Akhirnya (Dirakam semula oleh Dayang Nurfaizah) dan Mia Sara. Tiga balada indah, lembut dan tidak meleweh yang pastinya.

12 TAHUN PEMBIKINAN, BERMODALKAN RM130K & DIPANDANG SEPI?
Afdlin dengan batalion produksi Fuuyo! Seperti Mac Chew, Jenny Chin, Acis, Pacai, Aji dan Fendi telah memberikan satu citarasa muzik yang bersifat global. Cuma masalanya, radio tidak ambil pusing akan album ini, syarikat pengedaran ketika itu malah menganggap album ini tiada demand yang memaksa Afdlin menjual sendiri albumnya di blog peribadinya.

Tapi saya selalu percaya demand hanya akan datang pabila adanya pendedahan yang betul. Benda yang baru, yang belum biasa tentu akan ambil masa. Tapi itu bukan alasan untuk kita meminggirkan terus produk yang baru, yang masih kurang permintaan. Apresiasi muzik harus sama rata tanpa adanya double standard.

Menurut Afdlin, Fuuyo! Dicetak sebanyak 7500-unit (CD & Kaset) yang sepatutnya diedarkan secara menyeluruh oleh EMI ketika itu. Tetapi entah di mana silapnya, keberadaan album ini hampir tiada di kedai-kedai CD semenanjung Malaysia.

Hal ini membuatkan Afdlin melakukan kerja gila dengan menjual album Fuuyo! Sendiri dengan projek yang dinamakan Afdlin Dah Hilang Akal. Apa yang dia lakukan adalah menyerahkan kepada pendengar untuk meletakkan harga album tersebut jika mereka berminat membeli dengan harga serendah 10 sen. Ya sepuluh sen.

Hal ini saya kira sudah cukup jelas memperlihatkan kekecewaannya terhadap diskriminasi muzik ketika itu terhadap penyanyi yang bergerak sendiri sepertinya ketika itu.

Membaca komen mereka yang berminat mendapatkan album tersebut, banyak yang menyatakan Fuuyo! Sukar didapati di kedai dan saya kira ini adalah masalah  pengedaran. EMI tak buat kerja? Atau bukan priority kerana hanya dilantik sebagai pengedar?

Mendengar kembali Fuuyo! Bagi saya ia bukanlah naskhah yang berat atau sukar dihadam. Afdlin sudah merencana album ini dengan corak paling Pop yang catchy, easy-listening tapi tastefully produced. Sama seperti apa yang Amy Mastura lakukan dalam Pop-nya. Semuanya ringan tetapi kemas dan berkelas (Ini yang artis hari ini tiada).

Jadi saya tidak pasti mengapa radio menolak Fuuyo! Dan disebabkan sikap atau taste orang radio yang hanya mahu main suicidal teenage ballad sehingga hari ini kita masih dengar lagu dengan formula serupa. Yang berganti hanyalah generasinya.

Terima kasih daripada Muzik Kita buat Afdlin dan batalion muzik Fuuyo! kerana menghasilkan sesuatu yang akan terus kami dengar bangga dan tidak malu untuk diperkenalkan pada kenalan seberang setidaknya. 

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se