Skip to main content

#PerspektifMuzik Pola Muzik Sebahagian 2018 – Wacana Keraguan Dalam Perkembangan


Sebahagian 2018 berjalan tanpa kejutan menghidang sejumlah lambakan balada yang datang dengan formula serupa. Dan setelah hampir 2-3 single saya masih tidak faham apa yang membuatkan Khai Bahar begitu dijulang dan lebih saya tak faham lagu sebagus Sentiasa Merinding tak dapat airplay langsung.  I mean kenapa teruk sangat taste muzik korang?

Melihat carta 10 teratas JOOX, Spotify dan RIM buat saya tepuk dahi. Radio masih lagi dengan prinsip atas permintaan tanpa mahu menjadi ‘pendidik’ – what should you listen and what you should not. Media di TV atau akhbar pun serupa. Masing-masing sibuk menjilat yang paling popular demi rating dan circulation.

Pasaran urban Pop (Bukan hip-hop) semakin jauh dengan pasaran semasa, album No.3 Atilia jauh sekali dapat kita dengar diperkatakan, NJWA yang muncul dengan EP tiga lagu yang cukup membanggakan juga semakin meragukan permintaannya. Dan jumlah 2 juta strim di Spotify untuk lagu Vibe oleh Kuizz Shah bagai tiada makna untuk pendengar lokal.

Single Vibe saya kira sudah cukup rencah untuk popular, disenangi malah digilai anak muda. Maksud saya kalau korang boleh enjoy The Chainsmoker, Post Malone, Marshmello, Sahwn Mendes tak ada alasan rasanya untuk tidak enjoy corak muzik Kuizz.

Salammusik antara grup urban yang cukup membanggakan. Saya kira kraf muzik Debar Lembut cukup membanggakan. Intepretasi muzik Melayu asli mereka cukup authentic tanpa diganggu dengan efek bunyi bising sehingga hilang keaslian penciptaan melodi.

Power Pop Vocalist seperti Sarah (Semakin), Misha Omar (Sampai Bila), Azharina (Cinta Terbagi Dua), Liza Hanim (Mimpi) dan Nora (Ada Dalam Tiada) sudah melakukan tugas mereka atas permintaan anda untuk mereka keluar dengan lagu baru. Tapi yang masih berjuta view nya di YouTube masih nama-nama pelik Floor 88 yang ulang guna formula Khalifah, Arif Bahran, Asad Motawh atau Fara Hazel yang urban pada Namanya sahaja.

Jika ada bakat baru yang benar-benar menarik perhatian saya hanyalah Aziz Harun. Setidaknya harapan untuk melihat wujudnya Jason Mraz Malaysia masih lagi ada. Aziz di bawah kendalian Faithful Music punya citarasa muzik yang ke depan dan produksi muziknya bukanlah sebarang. Yang lain tu, mungkin boleh belajar corak muzik Aziz.

CORAK PEMASARAN KAMAR SENI – BUNGA KEJAYAAN
Saya paling tertarik corak pemasaran produksi Kamar Seni yang meminggirkan terus pemasaran digital YouTube dan Online streaming. Fokus terhadap gig dan jual cara konvensional – membuktikan CD does matter! Terima kasih kerana masih percaya corak pemasaran begini kerana after all next 10 atau 20 tahun andai kata tiada lagi YouTube atau Spotify haaa nak dengar kat mana?

Saya harus respek cara Kamar Seni ini dan saya kira mereka cukup berjaya mencipta satu kelompok penggemar muzik yang menyimpang sedikit daripada pasaran radio lokal. Hari ini, back in 2016 bila saya begitu mahu Masdo dan Orkes A. Hizadin popular ketika bekerja sebagai Editor Pengisian Lokal di JOOX menjadi nyata juga setelah penat berkempen untuk menaikkan banner serta memuatkan lagu Bunga dan Kejayaan dalam most of top JOOX Playlist.


KAER, AMYLEA DAN IDAYU
Saya kira Tak Pernah Hilang persembahan Kaer dan Amylea satu kejayaan manis buat dua bakat kelahiran Akademi Fantasia ini. Duet yang paling finest menurut saya – melodinya baik, liriknya okey dan yang pastinya vokal mereka tidak dimesinkan seperti suara Dayang dimesinkan dalam Haram (betul-betul haram).

Persembahan mereka sederhana tetapi feel sangat mendalam dan sempurna. Tiada antara mereka - baik Kaer atau Amylea ada yang mahu 'menjerit' menunjukkan siapa yang lebih tinggi nyanyiannya (Come on dah 2018, menyanyi nada tinggi melampau atau nak show off skil untuk bukti yang awak hebat menyanyi is so passe). 


Tak Pernah Hilang dibikin lembut dan menyenangkan tanpa perlu berusaha membuktikan apa-apa - just feel!

Mendengar teaser lagu-lagu baru Kaer di Insta Story miliknya buat saya fikir kita masih ada harapan untuk pasaran Urban Pop berkembang seperti mana di Jakarta. Saya ingin sekali melihat Yura, Tulus, Jaz, Vidi, Kunto Aji, Raisa dan Diastika versi Malaysia berhasil.

Dan mendegar kembali album Selepas 3 (Amylea) yang beredar kira-kira 10 tahun lalu membuatkan saya fikir album tersebut lebih segar muziknya berbanding lagu-lagu carta teratas yang ada sekarang. Semoga Amylea juga berhasil terus dengan single yang lebih baik selepas ini.

Dan dalam clan ini, seorang lagi iaitu Idayu – power house vocalist yang saya kira masih lagi mencari naskhah yang mampu memberi justice untuk kariernya. Nasihat saya, Idayu perlukan senior dalam produksi lagu yang betul-betul dapat memberi justifikasi pada vokal hebatnya. Ajai dan Azlan Abu Hassan dua nama yang saya pasti mampu memberi naskhah yang baik buatnya. Dan saya rasa Bob should join this clan. A duet with Idayu produce by Ajai akan bagi justice buat kedua-dua bakat ini. #percayalah

NOTA AKHIR:
Kita tidak lagi perlukan lagu seperti Bunga (Ara), Luluh (Khai Bahar), Di Matamu (Pian), Yang Terindah (Achey), Aqilah (Floor 88), Sandiwara(Xpose), menahan, menanggung, merintih, merindu semua tu... - Lemas, membimbangkan dan mundur!


Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjud...