Skip to main content

#RetrospektifMuzik Mazlan Hamzah – Peralihan dan Pengaruh Besar Muzik R&B Tempatan


Saya sering mendengar tentang kehebatan muzik Mazlan Hamzah daripada individu-individu senior yang terlibat secara langsung dan tidak dalam lapangan muzik lokal. Namun secara peribadi saya tidak dibesarkan dengan lagu-lagunya. Saya hanya tahu betapa besarnya pengaruh muzik figura yang satu ini terhadap karier Anuar Zain, Hazami dan Sheila Majid khususnya.

Sejujurnya juga saya hanya mendengar single Aku Cinta Padamu versi Sheila Majid terlebih dahulu berbanding versi asal persembahan Mazlan Hamzah sendiri. Lagu yang dimuatkan dalam solo album berjudul Refleksi yang diedarkan pada tahun 1987 itu benar-benar memberi intepretasi muzik R&B lokal tempatan yang saya kira punya corak serupa bakat Indonesia seperti Fariz RM dan Utha Likumahuwa khususnya.

Dan terima kasih saya buat Aszuad daripada Cloudworks kerana sudi berkongsi album yang sangat ‘rare’ ini untuk saya dengar dan belajar lebih dalam lagi tentang pengaruh muzik yang dibawa Mazlan Hamzah dalam gerakan muzik urban tempatan.

Mazlan Hamzah dikemudi ilham fikir Nassier Abu Kassim ketika itu merekrut Booty Boys menerbitkan album yang diberi judul Aku & Diriku yang diedarkan pada tahun 1984. Sejujurnya saya tidak begitu menggemari konsep muzik Aku & Diriku yang menurut saya terlalu kuat pengaruh Quinary M (Kugiran yang disertai Mazlan bersama Mazuin Hamzah) especially dalam beberapa lagu balada mendayunya termasuklah duet bersama Sheila Majid berjudul Rindu Pada Ayah yang terlalu biasa bagi saya.

Hanya selepas tiga tahun kemuadian, Refleksi (1987) diterbitkan saya kira muzik Mazlan Hamzah lebih ke depan. Album ini diterbitkan oleh Boon (Saya tak pasti jikan Boon ini adalah Boon Tan) dengan barisan komposer seperti Adnan Abu Hassan, Johan Nawawi, Iman Majid dan Mazlan Hamzah sendiri yang menulis untuk lagu Satu Persoalan dan Kau Tiada Lagi.


Selain hit Aku Cinta Padamu saya paling sukakan groove dalam lagu seperti Beri Setengah Saja (Odie Agam) actually lagu ini juga pernah dirakam oleh Utha Likumahuwa, saya tidak begitu pasti siapa yang asal menyanyikan lagu ini. Jika mengikut selidikan saya, versi Utha Likumahuwa dimuatkan dalam album kompilasi Odie Agam berjudul Beri ½ Saja yang diedarkan pada tahun 1988. Jadi mungkin boleh jadi ia milik asal Mazlan.

All tima favorite saya menerusi debut ini tentu saja duet bersama Liza Aziz menerusi lagu Satu Persoalan yang cukup indah komposisinya. Serta beberapa trak lain seperti Tragedi yang kembali groove dan cukup segar sekali penciptaannya.

Album ini saya kira antara karya awal gerakan muzik urban yang seiring dengan album Famieza (Getaran), Azmil (Pilihanku), Sheila Majid (Dimensi), Salamiah Hassan (menghitung Hari) dan Anita Sarawak (Asmara). Wonderful album tetapi terbiar. Masih kurang atau hampir pasti tiada generasi baru yang mahu meninggikan naskhah ini.



Jujur sedikit terkilan juga sedih melihat karya-karya hebat begini tidak ditinggikan darjatnya. Lihat sahaja di negara seberang Indonesia. Karya-karya Candra Darusman, Odie Agam, Utha, Fariz RM sentiasa dirakam semula dengan intepretasi yang terkini dan moden sekali.

Maliq & d’Essentials mengembalikan pengaruh pemuzik legenda ini dalam album terkini mereka seperti Sriwidari dan Musik Pop dengan cukup kental sekali pengaruh Indo Pop 80-an yang dimodenkan dengan cukup menyenangkan sekali.

Saya tidak tahu siapa yang mahu mengemudi impian Muzik Kita ini untuk menjadi kenyataan. Tapi saya sudah beberapa nama yang molek untuk merakam semula lagu hebat seperti Getaran - Famieza (Dayang Nurfaizah), Persis Kekasihku - Sheila Majid (Liza Aziz), Melodi Cinta - Mazlan Hamzah (Anuar Zain), Pilihanku - Azmil (Ferhad), Cintamu Muzik di Hatiku – Anita Sarawak (Noryn Aziz), Kadangkala - Salamiah Hassan (Adibah Noor), Dia - Fran (Syafinaz), Kau Tinggi di Awan Biru – Sharifah Aini (Siti Nurhaliza) dan Hanya Kasih – Uji Rashid (Ernie Zakri).

Buat setakat ini, hanya impian sahajalah belum ada perkembangan positif media kita untuk meninggikan muzik lokal. Yang masih ditinggikan hanyalah cerita sakit mental pelantunnya.  

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjud...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...