Skip to main content

#RetrospektifMuzik Menelusuri 39 Tahun Kolaborasi Hamzah Dolmat & Sharifah Aini – Lela Manja Sebagai Naskhah Magnum Opus Muzik Melayu Asli



Saya mula mendengar album ini hanya kira-kira tiga empat tahun kebelakang. Sebelum itu nama biduanita Sharifah Aini bukanlah berada dalam rujukan muzik saya namun album Lela Manja atau lebih tepat lagu Ratapan Kamarulzaman benar-benar membuka mata saya terhadap muzik Melayu Asli.

Mendengar lagu tersebut buat saya tersentuh, terbuai dan khayal dalam satu pelayaran muzik yang penuh emosi yang kaya sekali bunyian Melayunya. Ratapan Kamarulzaman is a masterpiece – antara karya Melayu Asli yang cukup kaya sekali perasaannya. Saat biduanita Sharifah Aini melantun bait “Sayang… Kiambang” Sudah jauh membawa saya melayang dengan alunan yang cukup merdunya itu.

Lela Manja diterbitkan maestro muzik Alfonso Soliano dengan bantuan Arshad Ismail dan Harris Harun yang banyak menyumbang terhadap perkembangan muzik tempatan sepanjang era 60-an dan 70-an. Kolaborasi Sharifah Aini dan Hamzah Dolmat dalam penghasilan album ini bagaikan penyatuan dua alunan yang paling merdu kita ada dalam sejarah – suara buluh perindu Sharifah Aini dan gesekan biola Hamzah Dolmat.

Menyatu cukup sempurna dalam sebelas lagu Melayu Asli yang dijaga santun keaslian melodi asalnya. Tidak diusik apa lagi dicemar malah dirakam semula setiap lagu ini dengan penuh etika dan kehalusan muzik rakaman langsung di studio.

Saya hanya dapat mendengar full album ini selepas mendapat CD Kenangan Lela Manja – sebuah album repackage Lela Manja yang diedarkan semula pada tahun 2010. Namun kepuasan sebenar saya adalah setelah memiliki album penuh ini dalam bentuk LP asal yang diedarkan pada tahun 1979 oleh pihak EMI.

Pengalaman menikmati muzik Lela Manja dalam bunyian vinyl adalah yang terbaik menurut saya. Bergema ruang bilik bunyian dengan gesekan biola dan merdunya alunan biduanita Sharifah Aini menerusi album hebat ini. Selain Ratapan Kamarulzaman, lagu seperti Bentan Telani, Sri Sarawak dan Mega Mendung antara alunan kegemaran saya dalam album ini.

Keaslian bunyi, perasaan dan lirikal melodi Melayu Asli dalam album ini saya kira patut dijadikan benchmark akan rujukan lagu-lagu Melayu Asli. Dan saya kira tidak malu rasanya mahu menjual album ini kepada orang luar dalam kelangsungan meneruskan repertoire muzik Melayu Asli yang cukup halus penghasilannya ini yang hayatnya pasti mekar biar 30 tahun mendatang kerana inilah keunikan dan jiwa sebenar jati muzik kita.

Album: Lela Manja (1979)
Produser: Alfonso Soliano
Susunan Muzik: Alfonso Soliano, Arshad Ismail & Harris Harun
Verdik: ★★★★★

NOTA:
Pada tahun 1991 album ini dihantar untuk proses digital remastered bagi diedarkan dalam versi cakera padat buat pertama kalinya dan habis dijual kesemuanya. Dan hanya diulang cetak pada tahun 2010 dengan judul Kenangan Lela Manja menampilkan lebih 10 lagu tambahan daripada rakaman lagu-lagu Melayu Asli yang pernah dirakam Sharifah Aini. 


Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...

#Karya Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan...