Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

#REVIEW Elyana – Jadi Diriku (2007) Persembahan Muzik Penuh Attitude

Album: Elyana (Jadi Diriku) Penerbit: Aidit Alfian Tahun: 2007 Genre: Pop Rock / Alternatif Edaran: FMC Verdik: 4/5 Lama sebenarnya saya tidak memutarkan album ini. Peluang menonton Elyana minggu lalu sebagai penyanyi jemputan Kilauan Emas bikin rindu mahu dengar album ini. Jadi Diriku sebetulnya adalah kemunculan terakhir penyanyi berbakat ini sebelum dia sepi tanpa sebarang album penuh. Dan sayang sebenarnya dia menghilang di saat Malaysia kekurangan penyanyi yang mampu membawa satu definisi Pop Rock yang sedikit berbeza dan datang dengan penuh attitude . Elyana bertuah saya kira kerana dibentuk Aidit Alfian kerana album sebelumnya, Bicara Mata Ini (2005) yang menampilkan hit Tak Tercapai Akalmu dan Diriku Tapak Sulaiman juga menjadi album penting dalam kembara kariernya sebagai penyanyi. Aidit mencipta formula yang tepat untuk Elyana menjadi berbeza kerana jika mahu dinilai daripada dua album terawalnya – Satu (2002) dan Segalanya (2003) Elyana hanyalah