Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

TILU (2011)

TILU (2011) Penerbit: Reza Ramsey Juru Rakam: Puja Pasaka / Reza Ramsey Juru Adun: Reza Ramsey Kreatif: Ahmad Zahili Kassim Verdik: 3.5/5 Aku ambil masa lama untuk dengar album ini. Bukan apa sebabnya aku rasa Tilu ada taste muzik dan groove yang baik untuk jadi the next big thing dalam industri cuma apa yang membunuh album ini sebenarnya adala Mira iaitu vokalis kumpulan ini. Terus terang aku cakap she cannot carry muzik Tilu. Banyak trak bagus dalam album ini dimatikan dengan flat note, emotionless dan dinamik yang tak ada langsung dalam nyanyian Mira. Jadinya selepas berbulan album ini terperap menanti review, aku punya idea lebih menarik untuk review album ini dengan mengangkat "what if" album ini tidak mempunyai vokalis dan mengundang penyanyi luar untuk melengkapkan album ini. So review kali ini jadi lain sedikit sebab aku mahu membayangkan Tilu is a musical band tanpa vokalis. Sebabnya mudah; Mira voices is sucks! MALAM MINGGU (Puja Pasaka) Cadangan nyanyian: Sarimah I

RHYTHM & BLUES REVISITED

Rhythm & Blues (2011) Warner Music 4/5 Tak pernah rasanya aku review album kompilasi. Namun yang satu ini buat aku kagum dengan usaha Warner dalam mengumpul trak-trak r&b tempatan benar-benar menarik perharian aku. Nora, Ferhad, Innuendo, Anuar Zain, Farra dan Liza Aziz antara nama yang buat aku teruja dengan kompilasi ini. Cd pertama dibuka dengan Dia (Sheila Majid) dan Tekad (Hazami) yang bertahun aku tinggalkan sebab overrated! But this time around both track aku sangat enjoy mungkin kerana mood yang diberi untuk seluruh ambient album ini. Hati Ini (Liza Aziz) dan Ku Menyintaimu (Fairuz Hussein) merupakan antara trak ulung yang menajdi favorite. Masih ingat trak Sahabat (Jee) yang merupakan antara makanan buat halwa telinga aku ketika membesar. Beautiful r&b track in here. Dan keterujaan aku bertambah bila sampai ke trak yang aku sifatkan sebagai One Sweet Day tempatan tapi flop! Jac dan Ruffedge dalam trak Kerinduan yang amat aku sanjungi akan kimia vokal mereka dan sus