Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Bil Musa (2015)

Artis: Bil Musa Album: Bil Musa (2015) Produser: Shafiq Mohd / Bil Musa Verdik: 3/5 Bila Yuna mengumumkan dia menandatangani seorang lagi bakat baru saya berharap bakat tersebut bukanlah sekadar untuk mencari another Yuna. Selepas Diandra Arjunaidi yang saya kira gagal memancing minat pendengar tempatan (hanya sekadar hit trak Angkasa) saya harap Yuna dapat mencari bakat baru yang hadir dalam idea muzik berbeza tetapi nyata Bil Musa hanya menawarkan idea serupa yang terikat dengan penciptaan melodi dan muzik yang serupa dibawa Yuna, Diandra dan juga Zee Avi. Tetapi tidak mengapalah setidaknya bertambah juga penyanyi yang punya kebolehan bermain alat muzik dalam industrI muzik kita yang kecil ini. Debut ini dibuka dengan cukup lembut petikan gitar dalam trak The Beach. Melodi ini sangat mencedok idea berulang Zee Avi dan sejujurnya sehingglah album ini habis diputarkan fikiran saya melayang andai lebih baik album ini adalah album terbaru Zee Avi sebab suara Zee A

Ali Aiman - Overture (2014)

Artis: Ali Aiman Album: Overture (2014) Penerbit: Ali Aiman Verdik: 5/5 Saya mula mendengar Ali Aiman sekitar awal tahun ini di You Tube. Trak Jangan Kau Pergi kuat pengaruh pop dan balada ala kebanyakan singer songwriter seperti Aizat dan Amir Jahari. Selepas membaca tentang EP Overture di beberapa laman web tempatan saya begitu teruja untuk mendengar keseluruhan prosuksi album ini. Berdasarkan trak Jangan Kau Pergi, sangka saya it’s gonna be an acoustic pop album tetapi jauh sekali sangkaan tersebut. Ali Aiman membawa idea muziknya ke fasa yang lebih semasa tetapi tidak sedikit pun berkompromi dengan kualiti yang biasa-biasa. Semuanya tentang album ini adalah hebat belaka. Saat mendengar single Breathe saya pantas membayangkan James Blake dan ya keseluruhan EP ini punya feel yang serupa dengan pemuzik kelahiran London tersebut. Trak ini sangat haunting. Dari saat petikan piano yang menjadi pembuka sehingga kepada feel Ali dalam penyampaiannya yang tenang bikin trak ini ses