Album: Urusan Aizat Amdan (Aizat) Produser: Aizat Amdan / Anas Amdan Verdik: 5/5 Fresh from the oven! Album ini baru dilancar semalam di Saloma Bistro dan saya amat teruja semasa berada di majlis pelancaran tersebut dengan gimik yang not bad . Aizat sempat menyanyikan 4 lagu daripada album terbarunya dan nyata passion bakat muda ini amat terserlah dengan performance yang bersahaja. Back to Urusan Aizat Amdan. Kita start review album ini dengan kreativiti yang ada pada packaging album ini. Cukup kreatif, tak ramai artis yang menitikberatkan soal cover album dan saya sangat setuju dengan wakil pengurusan Aizat saat ditanya tentang packaging album ini menjawab pihak mereka mahukan setiap daripada seorang yang membeli berasa berbaloi pada setiap sen yang dikeluarkan means dapat lagu bagus dengan packaging yang sangat hebat! Album yang 100% hasil karya Aizat dan Anas ini dibuka dengan Years From Now . Sempurna! Pop dengan susunan muzik yang amat baik dan kematangan lirik Aizat me...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara