Ketika Purnama Merindu diedarkan kira-kira 20 tahun yang lalu nama Siti Nurhaliza meniti bibir pengikut muzik Pop lokal bukan sahaja kerana bakat nyanyiannya malah peribadi yang sangat disenangi (sehingga kini). Siti dengan pasukan pemasaran muzik SRC (Suria Records) dengan mastermind Tan Su Lok dan Adnan Abu Hassan meninggikan standard muzik Pop Siti ke tahap yang lebih baik. Saya masih memiliki salinan kaset yang dibeli ketika masih dibangku sekolah dahulu. Dan obsesi terhadap lagu Sendiri juga Satu Cinta Dua Jiwa dan Tak Boleh Lupa ketika itu sehingga hari ini masih menjadi senarai teratas lagu kegemaran penyanyi hebat ini. Adiwarna yang membawa maksud amat indah beredar selepas kejayaan Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu dan Cindai yang meneruskan gemilang nama Siti ketika itu yang cukup digilai semesta nusantara. Tidak salah kiranya kami meletakkan Adiwarna sebagai acuan Pop yang mana formulanya diguna pakai label-label rekod yang lain dalam ‘mencipta’ Siti Nurh...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara