Skip to main content

Posts

Showing posts with the label innuendo

20 Tahun Innuendo – Warisan Legasi R&B Yang Tertinggal

  Ketika Belaian Jiwa pertama diperkenalka pada halwa massa sekitar 1998, saya baru menginjak masuk usia 13 tahun. Kiranya baru nak masuk form 1 dan sejujurnya saya tidak kenal apa itu muzik R&B kecuali mendengar beberapa lagu daripada Boyz II Men atau Mariah Carey (itupun kerana lagu mereka popular di radio). Jadi dengan kemunculan Innuendo sebetulnya buat saya makin dekat dengan genre muzik ini. Selepas itu barulah saya kembali mengorek balik kewujudan muzik R&B tempatan dengan bahan bacaan (esp. daripada Saniboey Ismail) dan mendengar kembali semua album-album awal Sheila Majid, Ning dan Fairuz Hussein. Innuendo cukup istimewa bagi saya. Selepas pasca Awie dan KRU (saya fans berat dua nama ini ketika di sekolah rendah) saya kira kita semua diperkenalkan dengan R&B berat oleh Positive Tone (yang dikemudi genius berkelulusan Berkely, Ahmad Izham Omar) Menerusi Positive Tone juga saya mengenal Liza Aziz yang maha hebat vocal dan feel dalam nyanyiannya. A...