Skip to main content

Posts

Showing posts with the label AIZAT

ALBUM OF THE YEAR 2011/10

2011 bikin jadi tahun manis buat beberapa nama seperti Yuna, Edry KRU, 3 Suara, Awi Rafael dan Najwa Latiff. Penerimaan terhadap karya mereka dilihat begitu baik sekali.Dan dengan kemunculan beberapa nama lain yang hadir dalam pakej kualiti lengkap seperti Najwa, Reza Salleh mampu menentukan aras baru dalam perkembangan muzik tempatan. Tahun ini juga nampaknya menjadi seperti kalam akhir buat beberapa penyanyi hebat seperti Kaer, Misha Omar dan Sarah Raisudin yang satu masa dulu pernah menjadi antara the next generation in music even Kaer dan Misha punya album tahun ini nampaknya gagal meneruskan impak Bunga-Bunga Cinta dan Izinkan Ku Pergi mereka. Dan apa yang mengejutkan album inggeris Dato' Siti Nurhaliza tidaklah boom seperti apa yang dijangkakan malah album Anuar Zain juga kalah pada trak Sedetik Lebih yang dibikin untuk runut bunyi Merongmahawangsa. Nah, berikut 10 yang aku nantikan buat 2012 ini. Dan tahun ini bagai mudah ditebak album mana yang benar-benar beri kejutan da...

#Review Aizat - Urusan Aizat Amdan

Album: Urusan Aizat Amdan (Aizat) Produser: Aizat Amdan / Anas Amdan Verdik: 5/5 Fresh from the oven! Album ini baru dilancar semalam di Saloma Bistro dan saya amat teruja semasa berada di majlis pelancaran tersebut dengan gimik yang not bad . Aizat sempat menyanyikan 4 lagu daripada album terbarunya dan nyata passion bakat muda ini amat terserlah dengan performance yang bersahaja. Back to Urusan Aizat Amdan. Kita start review album ini dengan kreativiti yang ada pada packaging album ini. Cukup kreatif, tak ramai artis yang menitikberatkan soal cover album dan saya sangat setuju dengan wakil pengurusan Aizat saat ditanya tentang packaging album ini menjawab pihak mereka mahukan setiap daripada seorang yang membeli berasa berbaloi pada setiap sen yang dikeluarkan means dapat lagu bagus dengan packaging yang sangat hebat! Album yang 100% hasil karya Aizat dan Anas ini dibuka dengan Years From Now . Sempurna! Pop dengan susunan muzik yang amat baik dan kematangan lirik Aizat me...