Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Hala 'POP' Kita

  Sebahagian daripada tahun 2013 telah kita lalui. Bakat baru yang berkualiti semakin kurang atau mungkin tidak salah jika saya sebut hampir tiada. Semuanya datang dalam pakej trend yang mengikut formula serupa. Najwa Latiff beri sedikit kejutan dalam pop culture tempatan apabila mencuri tumpuan sebagai bakat YouTube yang hangat sekitar fasa 2010/11 dengan hitnya Cinta Muka Buku. Menjelang tahun kemudiannya, Ainan Tasneem muncul dengan trak 150 Juta. Ideanya sama, muziknya serupa dan buat penggemar muzik pop tempatan bertanya – Apa yang cuba dia buktikan? Dan inikah pelapis yang kita mahu ketengahkan? Saya jarang mendengar radio kebelakangan ini dan kerana mahu menulis artikel ini saya membelek carta hit radio tempatan melihat apa yang sedang hangat. Sehingga artikel ini ditulis masih lagi saya melihat nama Hafiz (Bahagiamu Deritaku) Stacy (Bosan) Hazama (Relakan Jiwa) dan ya, Ainan Tasneem dengan 150 Juta berada di carta teratas. Nama Judika, Firman dan Cakra Khan dari seberan