Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Ruth Sahanaya - Kaulah Segalanya (1992)

Penerbit: Ruth Sahanaya & JACEY Production Susunan Muzik: J.A.C.E.Y, Tito Soemarsono Verdik: 5/5 FINALLY album ini berjaya aku download (ya secara haram) penuh beberapa minggu lepas. Tanyalah siapa pun yang membesar di era 90-an Kaulah Segalanya begitu kuat mempengaruhi muzik tempatan.Dan aku masih ingat obsesi kakak aku ketika lagu ini meledak Makaysia sampai sanggup kumpul duit beli vhs karaoke yang ada trak ini. Dan membelek kembali album paling berpengaruh dalam karier Dayang Nurfaizah yang turut meletakkan Kaulah Segalanya sebagai album pilihannya sepanjang zaman. Album ini mendapat sentuhan 5 produser ulung dalam industri muzik Indonesia yang menggelarkan diri mereka JACEY iaitu mewakili James F.Sundah / Aminoto Kosin / Candra Darusman / Erwin GUtawa / Yos Pattipeolohy. Dan nama-nama ini masih lagi besar pengaruhnya sehingga kini baik di Indonesia mahu sekalipun Malaysia. Dan nama lain yang berpengaruh sehingga kini seperti Youvie Widianto dan Andre Hehanusa turut men