Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Siti Nordiana

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Balada)

Dua tahun kebelakangan ini menjadi tahun penting Balada dalam mendominasi kembali carta radio. Kitaran muzik selepas trend Pop YouTube (Najwa Latiff, Tasha Manshahar), indie dan hip-hop yang agak perlahan sambutannya tahun ini. Nama-nama besar seperti Dayang Nurfaizah kembali kepada apa yang peminat mahukan iaitu Balada dan melupakan seketika segala beat beat rancak Dayang Sayang Kamu dan Inginku Miliki. Nama Mike Chan, Ezra Kong, Omar K, Haqiem Rusli dan Hael antara komposer yang paling aktif tahun ini mencipta hit semasa. Kebangkitan semula Siti Nordiana semakin diterima cukup meluas. Tahun ini sahaja Nana berjaya rilis dua single dengan jayanya – Terus Mencintai (Siti Nordiana) dan duet bersama Jaclyn Victor (Hael, Mike Chan, Ezra Kong) melalui lagu Nisan Cinta. Pertaruhan Dato Siti menerusi Segala Perasaan (Ivan Lahardika) antara yang paling merdu. Ajai antara senior yang masih aktif dalam mencipta lagu-lagu hit semasa. Separuh Matiku Bercinta (Dayang Nurfaizah) dan...