Journey muzik Camelia bagi aku sangat menarik, dari pop singer yang didiscover maestro pop, Adnan Abu Hassan sehingga ke mysteriuos Mysticam, Camelia tak pernah gagal buat aku kagumi bakat yang aku sifatkan natural dan original yang menjadi miliknya. Rindu Padanya hasil ciptaan Adnan menjadi titik tolak untuk kita mengenali anak kelahiran Sarawak ini. Kejelitaan semulajadi menjadi bonus buat kita semua suka dengannya. Dan dengan bonus itu juga membawa Cmelia dari penyanyi pop ke endorsement produk seperti L`oreal, Brands dan lain lagi hingga kini sentiasa menjadi tetamu yang dilabel socialite elite untuk majlis-majlis ekslusif di kota metro Kuala Lumpur, pasti akan ada wajahnya dimana-mana. Namun biar apa pun label yang diletakkan, suara dan kualiti setiap produk yang dihasilkan adalah perkara yang penting buat aku. Album pertamanya, mengejutkan ramai pihak apabila merangkul 2 anugerah utama AIM, bagi ketegori artis baru dan Vokal Wanita. Selain Rindu Padanya, Dengarlah Kasih dan Bersa
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara