Skip to main content

Posts

Showing posts with the label indo pop

Neon, Bling & Ch$ng – Mendekati Kosmik Baru Lo-Fi Hip-Hop Nusantara.

Akhiran ini MK banyak mendengar pasaran muzik Hip-Hop / R&B / KRNB / Lo-Fi serantau yang tenaganya luar biasa sekali. Terima kasih Spotify dengan adanya feature Fans Also Like membantu MK explore lebih jauh nama-nama terpinggir pasaran semasa yang cukup baik sekali penghasilan muziknya. Semuanya bermula dengan kemunculan Kuizz dengan single No Matter dan Vibe yang cukup berkelas sekali penghasilannya dan Alif (Sleeq) yang sentiasa konsisten menjadi produser naskhah-naskhah hebat Kaka – bermula dengan Bukan Hal Aku, Kembali, Terima Kasih sehingga yang terkini Sibuk. Alif mula mendapat perhatian kerjaya solonya dengan single Mama (Tengok MV lagu ni, pedih mata beb!) – freestyler hip-hop yang cukup kemas sekali penghasilan perasaannya. Selepas Buat Selamanya menjengah pasaran hujung tahun lalu Alif cukup aktif dalam projek sebagai produser muzik termasuk kolaborasi bersama Ismail Izzani menerusi lagu Luar Biasa serta kolaborasi bersama Joe Flizzow dalam single Sampai Jadi...

Daftar Nominasi AMI Awards 2018 – Dominasi Pasaran Urban & Persaingan Junior Senior Industri Muzik Indonesia.

Dua hari sudah, pihak AMI Awards 2018 mengumumkan senarai pendek finalis yang berjaya dipilih panel muzik Indonesia yang terbaik antara yang terbaik berada di pasaran muzik penuh warna Indonesia. Dan kategori-kategori ini dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut genre dominan pasaran muzik seberang seperti Pop, R&B, Jazz, Rock, Dangdut, Folk Country, Religi, Teknikal dan lain-lain termasuk kategori khusus muzik Kanak-Kanak. Melihat senarai penuh ini sahaja dapat kita lihat betapa besarnya pasaran muzik Indonesia yang nyata lebih terbuka dan luas (mungkin atas faktor geografi dan demografi). Kategori Pop memberi kejutan yang cukup manis rasanya buat Marion Jola yang merupakan barisan top 12 Indonesian Idol yang lalu. Marion sudah mampu bangga dengan pencapaiannya bagi kami kerana biar tidak dapat meletakkan dirinya di tempat dua tertinggi final Idol dia mampu cukup diterima cemerlang bukan sahaja dengan jumlah 15 Juta tontonan di YouTube malah kini dengan single J...

#Review Pop Satu Dekad Afgan!

Ketika awal dia muncul mencuri perhatian dengan single Terima Kasih Cinta (Mario Ricardo) suara gemersiknya sudah mula digilai tidak hanya di pasaran Indonesia malah gelombangnya terasa sehingga ke Malaysia. Dengan tikaman wajah lembut, tutur bersantun dan perwatakan yang menyenangkan, Afgan bikin gadis senusantara menggila dengan kelibatnya dalam pasaran muzik komersil. Nyata percaturan Terima Kasih Cinta yang diikuti dengan beberapa single lain seperti Entah, Sadis dan Klise membawa tuah buat sosok kelahiran asli Jakarta ini. Dan hari ini selepas sepuluh tahun mengemudi pasaran Pop Indonesia dan nusantara, Afgan muncul dengan sebuah naskhah kompilasi yang lengkap dengan 14 lagu terbaiknya termasuk beberapa lagu baru serta rakaman semula. Mengenal Afgan dan corak muziknya sebetulnya dia tidaklah begitu grip my soul . Balada nyanyianya dalam lagu seperti Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa khususnya sekadar meneruskan apa yang pernah dibawa Glenn Fredly, Marcell...

#Review Maudy Ayunda (Oxygen) – Hembusan Pop Dengan Produksi Muzik Yang Seindah Rasa

Mendengar Oxygen kali pertama menerbitkan rasa kagum saya pada Maudy Ayunda yang bermula sangat hijau dengan suara halus ketika dia begitu hit dengan filem Perahu Kertas sekitar 2012. Dan saat itu Maudy doesn’t grip my soul sehinggalah album Moments, Maudy masih tidak begitu menarik perhatian saya kecuali trak Sekali Lagi yang cukup baik penghasilannya. Namun Oxygen mengubah segala persepsi saya terhadap keseriusan Maudy yang mahu bergerak sebagai penyanyi. Oxygen bergerak sebagai hembus nafas Pop yang cukup matang dan hebat sekali. Pola suara Maudy semakin besar dan kemas dalam penyampaiannya. Album ini dibuka sebagai prolog Pop yang catchy berjudul Kini & Selamanya yang segar dan punya vibes yang positif seperti menyatakan this is a brand new Maudy! Aku Sedang Mencintaimu balada tipikal Maudy yang tidaklah begitu mengagumkan sekadar okey sahaja penghasilannya. Saya kira album ini bermula dengan trak Oxygen yang menjadi sebab mengapa saya menyukai Maudy yang ba...

#PerspektifMuzik Dipha Barus – Joki Cakram Paling Hangat Dari Kota Jakarta

Kitaran muzik Indonesia tidak pernah membosankan saya. Sebagai seorang yang membesar dengan mendengar Harvey Malaihollo, Katon Bagaskara, ME, AB3, Ruth Sahanaya sehingga munculnya Krisdayanti, Maliq n D’Essentials dan era kugiran Dewa 19, SO7 dan Padi – saya kira piramid muzik Indonesia sentiasa memberi keterujaan bagi saya. Tahun ini tahun besar untuk joki cakram (DJ) paling hangat Jakarta mencipta nama dalam skala yang cukup besar sekali. Nama Dipha Barus hari ini menjadi dambaan semua penyanyi yang mahu berkolaborasi bersamanya. Rakaman semula lagu saduran Aku Wanita oleh Bunga Citra Lestari antara yang paling popular tahun ini. Kolaborasi ini antara yang begitu menjadi sekali selain all-time favorite saya tahun ini Made In Jakarta kolaborasi Dipha bersama Adrian Khalif yang penuh groove namun masih terasa esen muzik Indonesianya. Saya mula mendengar nama Dipha ketika kolaborasinya bersama Andien dalam lagu Rindu Ini yang dimuatkan dalam album rakaman semula Let It...