Bagi yang masih ‘hijau’ tentang bakat Borneo ini, Eyza Bahra merupakan mantan ahli Salammusik (Ingat lagi kelibat Eyza di AJL 28 menerusi hit Aku Pelat). Setelah beberapa single solo perdana dikeluarkan, kini Eyza tampil 100 peratus sedia dengan Suara. Kalau anda belum pernah mendengar Eyza apa yang saya boleh gambarkan tentang bakat solo ini adalah – nuansa hip-hop yang diadun pop semasa dengan suara keras kadang kasar tetapi masih melodious dan sedap didengar. Suara dibuka dengan trak Cakerawala yang membawa namanya secara solo di persada mainstream. Trak ini catchy, mudah diingat dan santai. Sebagai single utama saya kira lagu begini tidaklah begitu menyerlahkan kebolehan sebenar Eyza tetapi sebagai naskhahnya komersil, Cakerawala acceptable . Saya lebih tertarik dengan Bulan yang lebih lembut dan feel Eyza bagus. Dia bijak menyalurkan emosi yang ada untuk trak ini. Eyza bukan power house singer macam Dayang Nurfaizah atau Ernie Zakri jad...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara